Ads 468x60px

Pages

Monday, February 28, 2011

Arak (Ganti @ tidak)???

Assalamaulaikum...

Untuk post pada kali ini, hati rasa tergerak untuk menjawab satu persaolan yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat yang berkisah tentang harta. Rase2nya bila tengok pada tajuk sudah boleh terbayang-bayang apakah soalan yang berkaitan. soalannya macam nie :

Situation dia.. katalah kita pergi shopping complex, then x sedar ada botol arak. then kita terlanggar arak tuh.. tuan nyer supermarket tuh mintak kita ganti. Menurut Islam benda haram bukan properties an. so patut ke x kita bayar ganti rugi?

SEMBANG-SEMBANG KITAB: BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.

     Rasanya, ni kali pertama post pasal bedah buku dlm blog DS ni. Insya Allah, diberikan kesempatan oleh Allah utk kami baca seberapa byk buku-buku yg ada dan dibedah secara sembang-sembang, maknanya, takdala ilmiah sangat. huhu~. (boleh ke camni? heh.)

     Untuk kali yg pertama ni, saya nak sembang pasal karya Dr. Kamariah Kamaruddin yg kini beliau merupakan sbg pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti putra Malaysia. Karya beliau itu ialah:

Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa : BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.

Sunday, February 27, 2011

SEMESTER BARU, SEMANGAT BARU!

PERBINCANGAN LEBAT BERINTIK-RINTIK
     Rasanya, belum terlambat lagi utk saya post pasal ni. Baru sebulan je kot. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan selamat mendaftar dan mengambil beberapa maddah di Universiti Yarmouk, yakni pada 30 Jan lepas. 

Thursday, January 27, 2011

~Erti Sehelai Daun~

Erti Sehelai Daun 
Daun..padamu letaknya seribu satu makna pengertian..
Bertunasnya dirimu dari sebiji benih..memberi seribu satu harapan yang baru..
 Membawa erti…adanya harapan disebalik kepayahan..
Kelebihanmu membawa seribu nafas yang baru..
Nafas yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk hamba-Nya..untuk disyukuri atau dikufuri..

Tuesday, August 17, 2010

Jalan-jalan Cari Makan

Inilah restoran yang kami maksudkan.

Selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak, kami sebulat suara untuk bersiar-siar di pantai Aqaba. Permandangan di Aqaba sangat menarik. Teringat Malaysia. Terutamanya Langkawi. Macam Langkawi pun ada, tetapi Langkawi lebih dari segi sentuhan binaan dan kemodenan. Rasanya, Aqabalah yang paling canggih dan moden di Jordan. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Dari tepi pantai di Aqaba ini kami boleh lihat negara haram Israel. Bandar Ilat, Israel memang jelas terutamanya pemandangan pada waktu malam. Israel telah berusaha untuk menjadikan Bandar Ilat sebagai bandar pelancongan.

Sunday, May 23, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 2)


Ribut pasir melanda dengan dahsyat!!!

Pada post yang lepas saya telah menceritakan berkenaan dengan Peperangan Mu'tah (Jelajah Jordan Hari Keempat Siri 1). Saya asingkan post berkenaan kerana terlalu panjang dan tak nak kacau mood sedih pembaca.

Thursday, May 20, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 1)

Hari ini merupakan hari keempat Jelajah Jordan kami dan saya ditugaskan menjadi wartawan. Menulis segala maklumat mengenai pengembaraan kami. Pagi kembara kami dimulakan dengan solat subuh. Selepas bersiap-siap, kami berenam berkumpul di lobi hotel pada pukul 6.30 pagi. Kami antara yang terawal turun jika dibandingkan dengan akhawat. Disebabkan ada masalah, bas tiba pada pukul 7.00 pagi. Sebaik sahaja semua masuk ke dalam bas, bas terus bertolak tepat pada pukul 7.11 pagi. Sebelum ke Mu'tah, pemandu bas ingin menukar bas disebabkan bas yang kami sedang naiki sekarang mempunyai masalah. Kami semua memerlukan bas yang lebih hebat, tahan lasak dan terbaik. Itu pendapat dan andaian saya. Sebaik sahaja sampai di suatu tempat yg saya lupa namanya, kami telah menukar bas. Segala beg kami pindahkan ke bas yang baru.

 Medan Peperangan Mu'tah