Ads 468x60px

Pages

Wednesday, May 19, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Ketiga

HARI KETIGA...
SEDANG MENUNGGU BAS...

Hari ini dimulakan seperti biasa. Bas mula bergerak pada pukul 7.30 pagi, tapi, tanpa ustazah Ekin & ustazah Nuraizah Mustakim. Ustaz hari ni, dah rancang nak pergi gua ashabul kahfi, masjid Husin, dan lain-lain. Perjalanan hari ni, agak panjang sedikit kerana kami akan melalui padang pasir yang luas. Agar kami tidak tersengguk, Ust Solihin pun mengisi masa lapang yang terbentuk. Beliau menerangkan serba sebanyak tentang tempat yang akan kami lawat nanti, iaitu قصر  (qosr) (i.e palace, castle, chateau).


Semasa zaman Umawiyah, yakni pada tahun 661 – 775 m, Islam telah berkembang hingga ke Syam, Eropah dan Parsi. Pada awal kerajaan Umayyah, pusat pemerintahan masih di Madinah. Kawasan yang dijajah semakin berkembang, oleh itu, perlu kepada tempat persinggahan. Persoalannya di sini, kenapa? Sebab Umawi banyak dibantu orang Badawi. Oleh itu, untuk membalas jasa, khalifah menziarahi mereka dari satu tempat ke tempat yang lain.


ALA2 FINAL FANTASY PLAK...

Semasa kami melewati Zarqa’( زرقاء), Ustaz cerita pula tentang orang tempatan di sini. Kebanyakan orang Zarqa’ adalah orang Palestin, kebanyakannya kerja di ‘Amman (عمان). Sewa rumah amat murah di sini, kurang 100 Dinar, tapi tiada pelajar Malaysia yang tinggal di sini. Kemudian, kami melalui Universiti Zarqa’ & Universiti Hashimiyyah.

          Zarqa’ sekarang tengah padat, oleh itu, kini sedang dibina kawasan perumahan di luar Zarqa’. Raja yang mengarahkan supaya kawasan itu dibuat projek, atas permintaan ramai. Oleh itu, tiadalah ‘Amman & Irbid dimanjakan sangat. Zarqa’ pun nak juga. Raja pun mempelawa para pelabur untuk melabur, seperti raja Arab Saudi . Antara pelaburan yang menguntungkan di sini adalah pelaburan perumahan, samalah juga halnya di Malaysia. Memang menguntungkan, asalkan tempatnya strategik, mempunyai harga yang berpatutan pula adalah satu kemestian.

          Jami3ah (جامعة) Zarqa’ dahulunya mempunyai sistem yang agak syadid sebenarnya, tapi, sekarang tidak lagi, kerana dah tukar pemilik. Pemilik yang asal telah menjual sahamnya. Syadid macam mana? Dulu tiada orang berani ber‘couple’, merokok dan seumpamanya. Kalau didapati, akan dikenakan tindakan yang tegas. Dulu juga banyak pelajar Malaysia belajar lughoh di sini - takhossus ni saja yang kerajaan Malaysia iktiraf dari Universiti ni -, tapi kini hanya seorang saja. Siapa tu? Isteri Ustaz kot… hu3



TEMPAT KERETA...

Kemudian, kami melewati kem tentera di sebelah kanan kami manakala U. Hashimiyyah di sebelah kiri. Selepas itu, melalui deretan kilang elektronik terbesar di Jordan. Sebagai contoh, kilang kereta. Semua kereta yang diimport akan dihantar di sini dahulu. Setelah bayar cukai, baru boleh dikeluarkan.



 
TANDUS

Perjalanan kami diteruskan dengan ditemani perkongsian oleh akhowat kumpulan kedua. Antara yang paling panjang kalamnya adalah Sis ‘Aini. Antara isi perkongsian beliau ialah Jordan lebih sistematik berbanding Mesir. Beliau juga bergebang tentang pengalamannya mendaki Bukit Sinai dan melawat tapak perang Yarmouk. Sesungguhnya, tiadalah bualan beliau itu melainkan untuk berkongsi hikmah pengajaran bersama peserta yang lain. Sis juga telah memberikan pendapatnya untuk memaksimumkan masa yang ada di Jordan. Tak perlu pulang ke Malaysia. Masa 4 atau 2 tahun itu tak cukup sebenarnya, ujar beliau. Ana perlu ikut ke pendapat beliau? Tak perlu, sebab nak balik bulan ramadhan ini. Heha…Tapi, lepas tu, insya-Allah terus-menerus 3 tahun di Jordan. Sis tahun 4 IKIP ni juga nasihat makanlah makkulat  Arab banyak-banyak, kurangkan makanan Malaysia, nanti pinginan...


 DAH SAMPAI!!!

Tak brape lama selepas tu, kami pun sampai ke Istana Biru. Kenapa dipanggil Istana Biru? Ammu X (lupe name bliau, adehh) guider kitorg tu kata mungkin disebabkan istana ni dulu ada banyak air, bahkan langitnya pun biru betul. Telah di bina sekitar kurun ke-3 Masihi semasa pemerintahan Roman dan telah ditakluk oleh tentera Saahuddin alAyyubi, istana ni kini hanya tinggal peninggalannya sahaja. Kalau masuk ke dalam, macam tiada apa. Sebenarnya, dulu telah terjadi zilzal di seluruh pelosok bumi Jordan, menyebabkan istana ni hanya bersetingkat saja. Patut juga dinyatakan bahawa istana ni memang takde atap.


GUA AMMU X. HENSEM X GUA?

Semasa zaman pemerintahan Rom, istana ni telah diangkat menjadi tempat ibadah mereka. Kemudian, setelah diambil-alih oleh Pemerintahan Mamalik di bawah Salahuddin alAyyubi, ia telah dijadikan masjid yg bermihrab. Pintu masuk ke masjid ada dua, belah kiri dinamakan Bab Islami, belah kanan Bab Uthmani. Dan, tempat ni ada kaitannya dengan Lawrence alA’rab. Tak tau? Hmm, bolehlah google2 nanti… Dan dalam kalangan orang Arab ni ada yang memandang tinggi beliau. Mungkin terdapat konspirasi. Boleh dikaji benda nih.


DARI PINTU GERBANG

Dalam tu juga ada Jurun, iaitu tempat minuman haiwan. Di sini, qafilah yg datang akan meletakkan haiwan mereka di sini. Disediakan juga tempat penginapan yg berisi 2 bilik setiap unit. Sebelah jurun tu ada Kafe, yg sekarang telah dijadikan muzium.


 
TEMPAT TAMBAT HAIWAN


 
ATAP YG PAKAI JLN KETAPI...

Lukisan yg berada dalam kafe, memperlihatkan lukisan haiwan2. Dikatakan haiwan2 yg dilukis tu memang wujud pada zaman itu. Contohnya rusa dan arnab. Kafe itu juga diatapi oleh kayu yg sebenarnya kayu untuk landasan kereta api.


SPT RUSA

Bila kata tentang pintu masuk, mesti ada pintu keluarnya. Tapi, pintu keluar kat sini mungkin hanya Umar alKhattab atau Khalid alWalid saja yg boleh bukak, sebab  penulis sendiri pun tak boleh nak bukak!


 SEDANG MENIKMATI KEKERDILAN...



NMPK MIHRAB?



KREW DS DI ISTANA BIRU


 TINGGAL SEJARAH...

Jordan dahulunya memang tiada kerana ia adalah sebahagian daripada Syam. Telah berlaku pelbagai peristiwa sehingga wujudnya Jordan pada hari ini. Orang2 Badwi dan Palestin banyak memainkan peranan dalam pembentukan Jordan.


 BERSAMA UST HEIZAL & UST RIDHWAN



Kemudian, kami melawat Qasr ‘Amroh (قصر عمرة) yang merupakan tempat mandi. Dibina pada kurun ke-8 hijrah semasa pemerintahan walid bin abd malik bin marwan. Lukisan yang ada dalam bilik mandi raja adalah hasil lukisan org2 eropah yg masuk islam. Mereka menggambarkan kehidupan raja di sini. Patutlah seninya memang kebaratan sikit…


PLAN ISTANA AMROH

Klu perhati kat pelan di atas, bas kitorg berhenti kat tapak yg belah kiri tu. Kemudian, kami lps berurusan ngan pengawal kat pejabat dpn parking tu, trus berjalan kaki kira2 200m utk sampai ke tempat mandi raja. Utk pengetahuan, istana ni sebenarnye memang tempat mandi semata2.

TEMPAT MANDI RAJA, HEAVEN BEB.


LUKISAN YG???

Tempat mandian cam kat sini byk kat Syria dan masih digunakan lagi, terang Ust Solihin. Utk pengetahuan juge, Syria adalah pusat negera Syam. Negara Jordan juga kita boleh bahagikan tanahnya kpd 4 bhgn, 
1st, sebelah Iraq, panas terik & tanahnya hitam.
2nd, selatan Jordan, berpasir, dekat2 Saudi.
3rd, belah utara, terkenal dgn pertanian n perumahan. (cam irbid kot)
4th, barat (cam aghwar, memang penuh ngan aktiviti pertanian)

Sehingga zaman pemerintahan Saddam Hussein juge, hubungan antara Jordan dan Iraq amatlah erat.


BATU (RASENYE), BERFUNGSI SBG PEMANAS AIR



AWOK YG SDG MAIN RABBABAH (KOT NMENYE)

Kemudian, time nak berangkat pergi ke istana seterusnya, kami terjumpe ngan brader hakim. Sesambil menungu mereka yg sdg bertoilet, kami citer2 sket ngan beliau. Katenye, Walid Abd Malik bina qasr ni sbg tande cintanya pada isteri2nye. Setiap name istana mewakili name para isterinye. Cthnye, qasr ni nmenye Qasr Amroh, bersempena isteri Walid yg pertama, yg bernama Amroh. Begitu juga qasr yg akan kami pergi selepas ini, Qasr Haraneh, bersempena name buah hatinya yg kedua. Kate bro hakim lagi, ade lagi 2 istana sempena name isteri2 beliau, iaitu Qasr Yanabeh (klu x silap) -isteri ke3- dan satu lagi qasr, nmenye die lupe. hehe. tp, isteri Walid yg ke4 ni org sepanyol. Wallahu a'lam lissowab...

BRO HAKIM SABALEH YG BAIK HATI TERANG SERBA SEDIKIT TTG ISTANA2 SEKITAR SINI.




Kemudian, kami pun bergerak ke Qasr Harana/ Haroneh/ Haraneh, (sukati hgpalah nak sebut yg mane satu). Dlm perjlnn, ternmpk sg kecil. Kagum kot. haha.

AIR!!!


ISTANA HARANA, DARI JAUH.


GUIDER KITORG... AMMU FADHEL

Mengikut cer Ammu Fadhel ni, ade sbb dinamakan harana, tp, penulis lupe... (rilek, jgn marah ye.chill2. hu3). Qasr ni dibina pada 8 hijrah, iaitu lebih 700 masihi. Qasr ni berukuran 300m^2 x 14 m tinggi. Nak mudah ckp, qasr ni boleh kita anggap hotel 5 stars beb!(time tula tapi. hehe.) Terdapat juge tulisan yunani pada bangunan ini. Selalunye, zaman tok tonggek dulu, org haji akan berehat kat sini.

DARI DALAM...

Qasr ni mengandungi 61 bilik tido, tp skang, dah x nmpklah jumlah bilik tu. Klu diperhatikan, di setiap bilik tu akan ada saluran air masuk. X caye dtglah. hu2. Sebenarnye, kat tgh2 qasr ni ade perigi, tp, setelah berlaku zilzal, ia telah musnah. Tak tau knape, tp, memang qasr ni xde bumbung jugak. Memang stail rumah tumpangan dulu camni kot, bumbungless...


LUBANG NI SEBENARNYA PENYAMAN UDARA TRADISIONAL, SEJUK BEB, ANGIN ASLI, PUAS HATI.

Qasr ni bernasib baik, kerana masih mengekalkan kebanyakan binaan asalnye, kerana, sehingga ke hari ini, kekal dengan 2 tingkat, x seperti Qasr Azraq. Dlm qasr ni, utk satu unit rumah akan ade:
1ruang tamu
4 bilik tidur
disediakan sakhonah (pemanas, time musim sejuk)

Lupe plak, org dtg jauh2 x kan jalan kaki je, ye x? kat sini juge disediakan 4 bilik tidur kuda, yakni stabel. Masuk dlm sket, baunye, masya allah, hancing. hu3.


ZAMAN BILE NTAH NI.


Ade juge tertulis di rumah di tingkat 2, tulisan arab lame, ala tulisan tamil la juge mengikut pandangan aku. Tulisan tu, kate Ammu Fadhel bercerita ttg tarikh pada 710 masihi n ttg khalifah. Spt yg ditunjukkan pada gambar di atas, terdapat juga beberapa lubang2 yg menghala ke bawah (air-cond) yg dipanggil tahwiyah.

BUDAK2 NI, BAHAYELAH LARI2 KAT SINI!!


NI SATU LAGI BUDAK, DEGIL... HU2


DGR PENERANGAN TAMBAHAN...

Jom kita dgr2 pe yg Ammu Fadhel ckp time kitorg nak balik. Kitorg citer balik ttg citer 4 isteri Walid tadi, tapi, die tak pnah tahu menahu. Aik? pelik2.. hu2. rase cam baru kne kencing ngan Bro Hakim tadi, tapi, husnuzzon suda. Mungkin ade khilaf kot. Biaselah, sejarah...

NAK GERAK DAH...


Kemudian, kami bergerak ke sebuah tempat yg ade dinukilkan dlm Quran, iaitu alKahfi. Kami akan pergi ke tempat bersembunyinya 7 org pemude yg beriman.

BERCANDA DGN ANAK UST HEIZAL, KESIAN BUDAK NIH...

Gua ashabul kahfi ni lebih dikenali sebagai arraqib oleh penduduk setempat. Kenapa boleh ade ukiran kat Kahfi ni? Sebabnye boleh rujuk Surah Kahfi, ayat 19 sampai 21. Slps lari, raja (bukan yg zalim, tp stlh 300 tahun) suruh cari mereka. Tp, menurut cer, mereka tlh dighaibkan Allah. Lepas jumpe gua mereka, raja suruh ukir gua tu.

PINTU MASUK ALKAHFI

Dikatakan juga, tempat gua ni tlh dijadikan tempat ibadah semase zaman nabi musa. wallahu a'lam. Ade juge tempat takungan air (yg asalnye disangke penulis sbg kubur) utk org umrah melepaskan lelah dari Syam ke Hijaz.

DARI DALAM, AGAK SEMPIT, INI PUN SETELAH DIPERLUAS SLPS KEJADIAN TU.


AMBIL SEMANGAT...

Tempat ni juge dipanggil sahab, sebuah kawasan perindustrian yg antare terbesar di Jordan. Dinamakan begitu kerana kwsn ni sentiase sejuk n redup kerana dilitupi awan sentiasa.


TEMPAT MASUK CAHAYA, RUJUK ALKAHFI:17

Berkaitan dengan gambar di atas, lubang masuk cahaya nilah yg menjadikan tapak gua ni tempat yg paling tepat untuk alKahfi, kerana ada perbezaan pendapat berkenaan tapak sebenar alKahfi. Kat Iraq pon ade sebenarnye! Tapi, ditambah dengan lokasinye yg strategik dan masuk akal serta lobang cahaya matahari ni, tempat ni paling tepat.Wallahu a'lam.

TERNGIANG2 LAGU RAIHAN

Kemudian, kami pun pulang ke Amman, dengan menggunakan bandar Amman Lama. Di Amman Qadimah (Lama), terdpt laluan ketapi dr hijaz ke syam yg telah digunakan sehingga zaman uthmaniyah untuk mengangkat barang shj. Sebelum sampai ke hotel, kami akan singgah sebentar ke Mudarraj Rumani, aka Roman Theatre. 

LAMA DAH TERINGIN NAK AMIK GAMBAR NGAN KETA AUDI POLIS. HU2

SAPE MENANG NIH?

Semasa kami dtg tu, dpn teater ni tgh dibina Plaza Hashemi. Skang mungkin dah siap kot.

 TEATER YG SAMA SPT DI JERASH


NI ADA GAYA BOLEH JADI KULIT BUKU LANGIT ILAHI 3 NI. HU3



Kemudian, destinasi terakhir kami utk hari ketiga ini adalah Amman Citadel. Tp, malangnya, kami tidak dibenarkan masuk kerana tempat tu akan ditutup dlm 10 minit saja lagi. Tp, Ust kate, tempatnya +- sama saje dgn yg di Jerash...

DPT AMIK GAMBAR PLAN DIE PON BOLEHLA.


Dari mana perkataan Amman diterminologikan??? Amman dikatkan diambil drpd Tuhan Ammon. Semase zmn Rom, Amman dipanggil Philadelphia, bukan Filipina ye...
Salah satu anak bukit di Amman adalah jabal qol'ah.
UST SOLIHIN:"BERAPA BYK MASJID KAT BLAKANG NIH?"
(ust sendiri pon tak tahu senanye... tp, aku kire ade dlm 13...)

Dpn Amman Citadel ni, ade satu masjid yg dipanggil Masjid Darwish yg bahan binaannye yakni batu diambil drpd Iraq. Semua azan di kawasan ini dtg dari masjid itu.

NI PUN BOLEH JADI COVER KULIT NOVEL NI...


SAPE MENANG LAWAN AKU...


Sampailah kami ke hotel. Utk perjalanan yg seterusnye, kami akan berpindah hotel, jadi, utk tidak menyusahkan diri sendiri, kami meletakkan brg2 yg x diperlukan di rumah ustaz, kerana lepas ni akan ke Amman semula. Selepas bermesra ngan budak kecik kat bawah ni, saye, koje, keba dan tady pergi ke City Mall. (ke Mecca mall? x ingatlah den) utk membeli rubic cube koje. (sahaja? ye, mende alah tu saje...hu3)

PERASAN JARI DIA? TU TRADEMARK DIA...


BAJET COMEL LA? MEMANG COMEL PUN...



P/S: kaw2 penat + huzil den buat post kali ni... nak blasah study mustolah n masorif plak pasni!!!

0 comment:

Post a Comment