Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Arak (Ganti @ tidak)???

Assalamaulaikum...

Untuk post pada kali ini, hati rasa tergerak untuk menjawab satu persaolan yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat yang berkisah tentang harta. Rase2nya bila tengok pada tajuk sudah boleh terbayang-bayang apakah soalan yang berkaitan. soalannya macam nie :

Situation dia.. katalah kita pergi shopping complex, then x sedar ada botol arak. then kita terlanggar arak tuh.. tuan nyer supermarket tuh mintak kita ganti. Menurut Islam benda haram bukan properties an. so patut ke x kita bayar ganti rugi?

SEMBANG-SEMBANG KITAB: BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.

     Rasanya, ni kali pertama post pasal bedah buku dlm blog DS ni. Insya Allah, diberikan kesempatan oleh Allah utk kami baca seberapa byk buku-buku yg ada dan dibedah secara sembang-sembang, maknanya, takdala ilmiah sangat. huhu~. (boleh ke camni? heh.)

     Untuk kali yg pertama ni, saya nak sembang pasal karya Dr. Kamariah Kamaruddin yg kini beliau merupakan sbg pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti putra Malaysia. Karya beliau itu ialah:

Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa : BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.

Saturday, March 13, 2010

Lapangkan Dadamu...

Rilek beb...

قال رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهو قولي

25. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
26. dan mudahkanlah untukku urusanku,
27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
28. supaya mereka mengerti perkataanku,

Itulah dia ayat quran dalam surah Toha, 20:25 - 28, yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s. yang memohon kepada Allah agar dilapangkan dadanya untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam lagi bengis, dia seorang walaupun dia mendakwa dirinya tuhan.

Kenapa nak lapang dada?

Sebelum tu, nak terangkan maksud lapang di sini. Kalau ikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, lapang saya boleh ambil sebagai sabar, lebih kurang begitulah. Apa bagusnya lapang dada ni? Kalau kita tengok kalam Allah tadi, sebabnya adalah supaya seseorang mengerti mesej yang dibawa oleh seseorang yang lain. Takdalah kalut semacam je. Rilek, tarik nafas, baca ayat ni, kemudian sampaikanlah apa yang kita mahu sampaikan...

Apa sebenarnya yang saya nak cerita ni?

Pagi tadi, saya baru habis halaqoh sebenarnya. Setelah usai majlis, ada seorang bro ni beri cadangan untuk rombak balik pengisian halaqoh tu, sebab ada sesetengah benda yg kurang kevalidannya, maka kami pun membincangkan tentang itu. Semua memberikan pendapat, maka terdapat pelbagai pendapat untuk menyelesakan masalah yang melanda tu. Masalahnya kecil je, tapi terdapat perbezaan pendapat. Tapi, alhamdulillah, dapat diurus dengan baik.

Saya ada juga memberi pendapat, kerana tak naklah meneruskan budaya pasif pendengar majlis ilmu yang hanya mendengar sahaja, kalau kita datang majlis nak selamatkan ikan paus, bersemangatlah pulak nak bagi pertanyaan dan cadangan nak selamatkan ikan paus tu (bak kata Ust Hasrizal).

Tapi saya gembira dengan sikap sahabat-sahabat saya, mereka mendengar, menghormati dan meraikan pendapat sahabat masing-masing. Takdala sampai bertengkar untuk memaksa yang lain menerima pendapat sendiri! Kerana hal ini boleh membantutkan pemikiran. Walaupun saya sendiri, ketika perbincangan tu, rasa panas je, tak senang duduk. Astaghfirullah... Kredit kepada Allah yang memberikan saya akal fikiran untuk berfikir, mana yang lebih baik, menang sorak ataupun hilang ukhwah islamiyyah.

Takkan disebabkan hal yang kecil sahaja, kita dah membantah-bantah orang yang tak sependapat dengan kita? Manusia itu, tak dapat tidak kena hidup berjemaah beb, kalau tak, tak kemana kita. Memang saya dapat pengajaran pada hari ni, terima kasih kepada ahli politik yang tak rasional dan mereka yang tak berlapang dada, saya dapat lihat kebusukan, kejijikan dan kebodohan yang terjelma daripada sikap mereka yang sering berbalah-balah, seterusnya menghalang saya untuk jadi seperti mereka! Naudzubillah min zalik.


Jauhi permusuhan, saling bertolongan, hormati yang tua, sayangi yang muda...


Akhlak cermin iman seseorang...

Kesimpulannya?

Ingatlah Allah dalam setiap perbuatan kita. Kerana apa? Sesiapa yang berpaling daripada peringatan Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit! (20 : 124)
Insya Allah, sama-sama kita berubah, menuju redhanya. Wassalam.


*****

Hari ni, takda apa nak dikongsi, cuma nak timbulkan persoalan. Kenapa Malaysia, kalau dialih bahasa ke Bahasa Arab berbunyi Maliziya (ماليزيا), tak Malaysia (ماليشيا), padahal dalam huruf hija'iyah ada je huruf syin (ش) Hah, siapa boleh jawab? Dr Umar hari tu bagi pendapat, kalau sebut malaysia, nanti faham lain, sebab bunyi malaysia dalam bahasa arab seakan-akan militia (ميليشبا). Wallahua'lam lissowab. Sekadar pencerahan, menarik ni, bak kata Ust Ramawan, boleh buat kajian. hu3.

Ust Ramawan yg hensem, hu3


Selamat membuat kajian ye...

p/s 1 : Koje kate kat aku tadi, "aku baru perasan care ko ngan soleh post blog macam abang hilal". Memang betul aku cube nak ikut stail abg hilal, sebab bile aku bace blog die, rase terfokus, maka, saya nak tirula... hu3. Boleh x bro hilal?

p/s 2 : Baru ziarah membe, bro hilmi sudin, yang baru terpeleot sikit kakinye, katenye... huhu padahal dah berbalut simen dah... syafahullah, insyaallah...

Friday, January 29, 2010

Hari Sebelum BerJJ & Perkongsian Ketiga.

IRBID: Warga DS telah mengambil keputusan untuk mengikuti Jelajah Jordan atau Jaulah (جولة)Jordan ataupun lebih dikenali sebagai Jaulah Batu dalam kalangan senior. Kenapa batu? Itu satu persoalan yang akan pembaca semua fahami setelah kita mendalami post yang ditulis oleh kami. Kami sebenarnya baru 2 hari pulang daripada mengikuti JJ dan di sini, kami mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua, pengalaman JJ kami, terutamanya kepada sanak-saudara dan sahabat-handai di Malaysia juga di seluruh dunia...

***

Pagi Khamis tu, yakni pada 21 Jan kami berbalad, tapi tanpa Iqbal Sabry kerana masyaqqoh (مشقة) yang tak dapat beliau elakkan. Walaubagaimanapun, kekosongan itu diisi oleh Amir Siddiq aka Mirsi...


Mirsi, hang tak mau pergi ka???




Beginilah keadaan di Syari3 Jami3ah. Di jalan inilah warga Permai akan menaiki bas. Selalunya, kekedai dalam pukul 8-9 pagi masih belum beroperasi, tapi tutup biasanya lepas tengah malam.



Duar Sa3ah (دور ساعة)... mercu tanda di Balad (بلد).




Mahaall مَحَالُّ) di sekitar persisiran Balad.


Kami sebenarnya pergi ke balad berniatkan untuk membeli baju bundle kat Balad ni. Baju kat sini murah-murah, paling murah yang ana pernah beli rube3 (ربْع) dinar, lebih kurang RM1.25. Tapi, seluar, dahla susah cari saiz, agak mahalpula tu. 4-6 dinar tu harga standart. Hah, darablah 5, sebab 1JOD lebih kurang RM5 gitu. Kedai bundle di Balad lebih dikenali dengan nama Baleh (بالة). Kenapa? Ust Ridhuan, seorang penuntut PhD Bahasa Arab di sini ada menyatakan bahawa Baleh ni datang daripada jenama Bally Shoe, dari Switzerland. Diceritakan bahawa dulu, memang banyak kasut-kasut bally kat sini yang terpakai, maka berlaku asimilasi budaya di situ. Lama-kelamaan, orang merujuk pakaian-pakaian yang terpakai sebagai Baleh. Begitulah kisahnya. Samalah juga dengan budaya kita di Malaysia, kata nak beli Ridsect, sekali beli Shieldtox. Kata nak beli Pampers, sekali beli Drypers, tapi mungkin sekarang dah kurang gejala ni. Hehe. Terima kasih kepada sekolah, kerana mengajar benda begini. Sebut pasal sekolah, teringat pasal SBT. Apakah SBT? Nanti kita cerita lagi tentangnya.



Ada satu masa tu, kami masuk satu kedai. Ada seorang laki yang menjaga kedai tu diluar. Dalamnya pula, ada anaknya, tolong dia jaga kedai. Anaknya seperti gambar di atas, sedang dipeluk oleh Bro Yaqzan. Ana ada cerita tragis dengan budak ini. Disebabkan dah lama tak bercakap bahasa Arab, nak cuba berbual dengan budak ni. Maklumlah, Markaz Lughoh dan kuliah di universiti dah habis, kuranglah peluang nak cakap Arab. Berikut dialog ana dengan beliau yang telah diterjemah dan diringkaskan:

Hang anak pekedai ni ke?
Yela.
Berapa umur hang?
10 tahun...
Biar betul 10 tahun, hang nampak kecik lagi... Jgn tipu aku...
Hang ape tau? Org cakap Arab pun die x paham, nak pertikai aku pulak...

...

Pergh. Terasa ana. Walaupun tak berapa faham apa beliau cakap, tapi, entah macam mana
dapat faham ayat yang akhir tu. Sebenarnya, awal-awal tu beliau tanya pasal kholawi (خلوي) ana aka telefon bimbit, sebab nampak cam canggih ( K630i je), tapi, ada beberapa benda yang beliau cakap, tak dapat difahami. Beliau pun benganglah. Aduh, pedihnya. Pandai hang berkata-kata, wahai budak.



Berpoyo-poyoan sambil mencari baju.




Cari, Koje. Jangan tak cari. Banyak seluar saiz hang...




Mirsi yang kegirangan (dalam Teksi Wira).




Nilah ma3allim (معلّم) yang bawa Teksi Wira ni. Koje tanya beliau, bagaimana kereta Wira ni? Ni kereta Malaysia , tahu tak? Jawab beliau: " Bagus, ana rasa selesa pandu kereta ni". Agak bangga mereka berdua pada masa itu. Ana dengan soleh pula, pulang berasingan.



Masa nak balik tu, ana sempat beli kaki Agumon. Sedap beb, takla beku kaki. Hehehe.


Pukul 12.30 tengah hari pula, ada mesyuarat untuk seminar ekonomi yang akan dilangsungkan pada 19 & 20 Februari ini. Sempatlah berbincang, walaupun tanpa kehadiran 2 orang AJK.



Bro Sahel, Ana & Bro Soleh



Bro Syazwan selaku Pengarah dan Bro Koje sebagai Bendahari yang belum ada kerja khusus.



Selepas Isyak pula ada kuliah tafaqquh Fiqh bersama Ust Mahadi, penuntut Master Ekonomi & Perbankan Islam. Ajar tentang bab solat lagi, di samping tu, adalah juga diselitkan satu dua cerita. Antaranya adalah tentang dunia jangan diletak dalam hati. Ada 2 orang syeikh dulu, Sheikh A hidup mewah, Syeikh B pula hidup papa. Pada suatu hari, B suruh anak muridnya menyampaikan salamnya kepada A. Setelah disampaikan salam itu, A meminta anak murid tu supaya memberitahu B agar jangan tertipu dengan harta kekayaan. Maka, terkejutlah anak murid tu secara menganga atau tidak, itu tidak diberitahu. Mengapa kaget? Sebab A amatlah kaya, hidup serba kemewahan, manakala B, gurunya pula hidup dalam kedhoifan. Mana mungkin si kaya menasihati si miskin agar tidak tertipu dengan dunia??? Walau bagaimanapun, si anak murid tetap menyampaikan hasrat A. Pabila diberitahu saja tentang pesanan itu, B terasa huzil (tension) sebentar. Beliau menafikan pesanan yang bersifat tuduhan itu. Tetapi, lama-kelamaan, B pun berterus terang. Sebenarnya, walaupun A dilimpahi kemewahan, akan tetapi, beliau langsung tak berharap kepada kemewahan itu. Walhal B pula, disebalik pengiriman salam itu sebenarnya menunjukkan hatinya yang cemburu dengan kemewahan A itu. Maka, bertaubatlah B... Oleh itu sahabat sekalian, letaklah dunia itu di tangan anda semua, kerana jika akhirat memerlukan ruang yang lebih luas, anda mampu membuang dunia itu dengan senangnya. Jika berada di dalam hati, agak susah sedikit hendak dibuang kerana memerlukan kos pembedahan yang agak tinggi...

Setelah kuliah habis, kami, pelajar Yarmouk tahun 1 berkumpul di rumah Muhtadi. Ada Majlis Mahabbah (MM)kali kedua. Mereka yang hadir ke kuliah tadi pun dijemput sama. Jom kita lihat, apa yang ada kat MM ni...



Daus aka tuan rumah sedang menuang kari



Nasi yang tinggal untuk pelajar Jais. Kesian mereka, ada perjumpaan untuk menyusun maddah.




Sedap beb!




Tomato mengandungi lycopene, amat baik untuk kesihatan kulit, kot...



Tak cukup ayam kari, ayam goreng ala-ala bakar pun ada!




Shahir aka Mr Donald Trump merangkap pengerusi majlis.



Ustaz Mahadi tak nak cakap sebenarnya, tapi, setelah ada kata-katanya dalam kuliah yang 'backfire' beliau kembali, terpaksalah beliau bercakap. Heheh.
(Tuan Rumah berhak minta tetamu mengimami Solat, apatah lagi memberikan ucapan - Hasil usaha Bro Soleh)




Antara yang hadir... Tersenyum besar Bro Syuk. Muhtadi aka tuan rumah yang cool hanya berkain pelikat. Bro Fath tengah tengok Koje ke???



Riskhon aka tuan rumah jua...



Makan Time!!!



Tetamu undangan: Ust Ciku & Ust Rukes



Suke...



Ikut Sunnah...


Pukul 10 je, kami minta diri dulu sebab nak bersiap-siap untuk esok hari. Tapi, time dalam pukul 11 gitu, datang Mirsi membuat kagetan aka surprise, untuk menyambut hari lahir Koje, walaupun lambat sehari.



Antara yang hadir di DS



Nampak horror, tapi habis pada waktu tu juga!


Itu sahaja... Bersambung pada post yang akan datang... Hari Pertama JJ...



***
PERKONGSIAN KETIGA

تي تي تي تي, زَيْ ما رُحْتِ جِيتِ

(titititi, zai ma ruhti jiiti)

- Maksudnya: Seseorang yang pabila telah pulang dari hijrah, sama sahaja keadaannya seperti mana sebelum dia berhijrah.


Lebih kurang begitulah maksudnya. Tapi ni ana dapat dari Dr. Umar, banyak versi yang ana dengar sebenarnya.


Contoh penggunaan:

يا بُنيّ, انظر إلى فلان. هو قد تخرّج من جامعة اليرموك, ولكنّه ما زال لم يتغير. تي تي تي تي, زي ما رحت جيت

(ya bunayya, unzhour ila fulan. huwa qod takhorroja min jami3atilyarmouk, walakinnahu ma zala lam yataghoyyar. titititi, zai ma ruhti jiti.)


-Maksudnya: Wahai anakku, tengoklah kepada si fulan. Dia dah grad dari U Yarmouk, tapi, masih belum berubah. Sekarang, dia samalah macam dia dahulu yakni sebelum dia datang belajar di Yarmouk.


Selamat mencuba!

Wednesday, January 13, 2010

Keunikan Buah Tamar

Kurma: Sejuk mata memandang, enak dimakan.


Kali ini penulis ingin berkongsi ilmu mengenai buah tamar atau lebih dikenali sebagai buah kurma. Mungkin ada yang berpendapat bahawa post tajuk sebegini sesuai ketika hampir menjelmanya bulan Ramadhan atau Hari Raya Aidiladha. Arghh... bila2 pun tak kisah la. Post kali ini akan merungkai kelebihan buah kurma supaya kita semua lebih menghargai buah ciptaan Allah ini tambaham lagi sekarang kita sekarang berada di salah sebuah negara pengeluar kurma.


Sebenarnya, maklumat ini penulis telah terima dalam inbox Yahoo yang diceritakan oleh krew RTM tetapi penulis ingin berkongsi. Sekadar perkongsian. Saksikanlah...


Sudah pastilah ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti Tamar Ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Mungkin berganda-ganda mahalnya!

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok ta
mar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam..

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.


Pokok kurma betina menghasilkan buah yang lebat.


Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).


Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .


Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.


Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah celcius. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbandin
g dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau m
erosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "M
asya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.


Kenapa bau lain macam je ni?


" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Haaa…lebih kurang begitulah kisahnya. Mungkin ada benarnya apa yang telah diceritakan oleh krew RTM tersebut. Tetapi penulis berasa seronok kerana segala persoalan penulis sejak menjejakkan kaki ke Jordan ini khususnya Jamiah Yarmouk terjawab. Kan kita semua sedia maklum bahawa kat Jamiah Yarmouk ni banyak pokok kurma yang tak berbuah. Adakah pokok kurma tersebut mandul? Tidak. Ini bermakna pokok kurma di Jamiah Yarmouk ialah pokok kurma jantan! Tak hairanlah waktu pagi2 nak pergi kuliah ada bau semacam je…(ana senyap je).


Kesimpulannya, makanlah buah kurma setiap hari. Banyak khasiatnya.


P/s: Buah kurma dlm peti sejuk pn tak habis2 lagi. Harap ana sorang je makan mana boleh…

Tuesday, January 12, 2010

Daurah BQ & Perkongsian Kedua

Kali ini, aku mahu menge'post' tentang daurah 2 mingguku di Baitul Qurra' Wal 'Ilmi ...


Aku telah pergi ke BQ pada 2 tahun yang lepas, yakni selepas tamat SPM, bersama dengan beberapa alkis spm 08. Ramai juga yang ikut serta, walaupun mempunyai komitmen lain seperti praktikal banklah, kerjalah, jaga rumahlah dan macam-macam lagi.


Pelbagai ilmu yang aku dapat daripada daurah di sini. tapi... banyak mende sebenarnye yang aku dah lupe... tapi... aku ingat lagi pesanan Ust Zul (+- beginila)...

Kamu hadir daurah ni, kalau tak dapat ingat semua yang diajar, ingat satu pun cukuplah
Takkanlah dapat ingat satu je???

getus fikiranku...

tapi, itulah yang berlaku, dan aku rasa, nasihat beliau itu untuk aku. Aku hanya dapat ingat dengan betul-betul dari fikiranku satu perkara yang diajar, KHIDMAH.

Al Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Bin Haji Ismail

Kitab daurah hasil tulisan beliau sendiri, tapi, yang paling kiri tak sempat diajar

KHIDMAH


Apa sebenarnya khidmah ni? Ikut apa yang aku faham dari lidah Ust Zul, aku fahamnya sebagai khidmat yang diberikan seseorang kepada orang lain yang antara tujuannya untuk merendahkan ego dan sikap bangga diri.

Ust zul memberikan contoh yang amat mudah, tapi bukan semua orang boleh melakukannya, daripada diri beliau sendiri (kalau tak silap saya), bukan untuk riak, tapi untuk anak muridnya mendapat feel & zouq yang sebenar.

Ceritanya lebih kurang begini... Beliau sebagaimana kami, juga menuntut dengan guru, pada zaman mudanya. Dan patut dinyatakan bahawa dahulu, banyak pakai tandas berbaldi/berbesen, mana ada tandas yang mewah-mewah macam sekarang. Dan setiap kali usai gurunya berhadas besar, beliau akan menyelinap mengambil bekas hadas dan membersihkannya. Lama-kelamaan, gurunya perasan akan hal itu dan kemudian menyorokkannya. Tapi, jika ada saja peluang, beliau akan mengambil peluang itu, semata-mata untuk merendahkan ego, menghilangkan bangga diri...

Aku agak terpaku sebenarnya mendengar ceritanya itu. Lantas aku cuba aplikasikan dalam hidup aku. Tapi, takdalah sampai angkat baldi tahi. Aku usaha ringankan tulang aku, walaupun aku dari segi kiraan kg memang berat. Sesiapa yang perlukan pertolongan, aku cuba tolong.

Sampailah di sini, di Jordan, aku cuba aplikasikan khidmah. Contohnya, mana-mana member yang datang rumah aku, BaytDS, kami akan menjamu mereka, (kalau ada benda nak bagilah, kalau tiada, senyap-senyap sudah). Itu hanya satu contoh yang mudah...

Dari satu sisi yang lain pula, takkanlah kita asyik nak mengharap orang lain yang memberi khidmat, kalau begitu, tak pelik kalau umat Islam hari ini ditindas. Usahakan diri jadi lebih baik, untuk manfaat diri sendiri juga, dan juga untuk makhluk di sekeliling kita.

Dan, patut dinyatakan bahawa aku amat bersyukur dipilih Allah untuk mengikuti daurah BQ ini. Harap-harapnya, Allah berikan aku kesempatan lagi sekali untuk bertandang ke BQ... Di sini disertakan sekali video Qasidah Ya Badratim. Memang layan habis.


Di sini tempat malaikat mengembangkan sayapnya - Musolla BQ


'Pondok' untuk para pelajar dauroh, minta maaf kepada yang tak dapat tidur lena sebab aku...


Bergambar bersama-sama syeikh arab, tetamu kami



Kredit kepada Firdaus Izara'i - Tahun 1, U. o Vanderbilt.

***************************************************************************************



Perkongsian Kedua.......

كلّي آذان صاغِية
(kulli aazaanin soghiah)

Maksudnya, seluruh diriku adalah telinga yang mendengar. (+- lah, hoho)

Boleh saja guna dalam perbualan mahupun penulisan...

Contoh:

يا زلمي, عندي مشكلة كبيرة. هل تمكن أن تسمع مشكلتي؟
(yaa zalame, 3indi mushkilah kabiroh. hal tumkinu an tasma3a mushkilati?)
(yo bro, aku ade prob besaq beb. Boleh x hg dgr masalah aku nih?)

-مش مشكلة, كلّي آذان صاغية.
(mush mushkilah, kullii aazaanin soghiah)
(no prob, seluruh diri gua la ni, telinga yang mendengar beb.)

*INTABIH! PENGGUNAAN مُش & زلمي HANYA DALAM BAHASA PASAR SAHAJA, BUKAN BAHASA FUSHAH, MASHI???

SELAMAT BERCOBA-COBAAN!!!


Saya adalah telinga!!! - gambar hiasan

Monday, January 11, 2010

Imtihan Nihaie: Selamat Berjuang! & {Madah Sunnah}


Ana senyap jer... Haha...

Nampaknya imtihan nihaie Jamiah Yarmouk dan JUST [Irbid] telah pun bermula. Maka dikesempatan ini pihak Darussalam crews ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua mahasiswa mahasiswi, Bittaufiq Wannajah fil Imtihan! Moga sama2 kita semua mendapat redha Allah. Insya Allah.

Bagi yang mengambil madah Al Madkhol Ila As Sunnah An Nabawiyah Wa Ulumuha, saya ada sedikit perkongsian mengenai kitab dan laman web rujukan yang boleh membantu dalam proses pemahaman.

Pertama, kita menggunakan kitab Taisir Mustolahul Hadis karangan Dr. Mahmud Tohhan. Semua pelajar dinasihatkan mengkhatamkan kitab ini agar dapat memahami banyak istilah yang berkaian dengan hadis.


Kitab Silibus Jamiah


Untuk pengetahuan, terdapat laman web yang menterjemah kitab ini.
Terjemah Kitab Taisir Mustolah Hadith Online
Bolehlah layarinya untuk rujukan. Harap maklum.

Laman web ini juga turut sama membantu. Ilmu Hadis untuk Pemula.

Antara kitab sampingan yang disyorkan ialah Syarah Al Manzumah Al Baiquniyah fi Mustolahul Hadith. Pengarang matan ialah Al Imam Al Alamah Muhd bin Soleh 'Astimin dan syarahnya ditulis oleh abu Abd Rahman dan Muhd Khalil At Thukhi. Kitab ini amat bagus sebagai rujukan kerana syarah daripada 34 matan kitab ini lebih menghuraikan istilah satu persatu, dan kefahaman yang kita terima daripada Kitab Taisir Mustolahul Hadith (Kitab Silibus Jamiah) dapat dikembangkan.


Saya beli di Tasjilat An Nur Al Islamiyah, nipis je tapi sangat berguna!


Anda boleh dengarkan nasyid matan al Manzumah Al baiquniyah di video ini. Kalau hafal matan, lagi best dan syok! Mudah faham subjek ini!



Terdapat satu lagi kitab yang menarik iaitu Mustolahul Al Hadith Al Maisir karangan Dr. 'Imad Ali Jum'ah, Jamiah Al Qasim. Kitab ini juga membantu kerana terdapat carta dan peta minda yang lebih memudahkan pelajar untuk memahami konsep mustolah hadith secara gambaran dan grafik yang lebih jelas. Nota2 nya juga padat dengan pemahaman lebihmudah.



Pinjam Akh Amar punya...

Terdapat juga kitab2 besar dan agung yang lebih banyak membantu, tetapi lebih disarankan agar pelajar tahun satu bolehlah merujuk kitab2 dan web2 ini sebagai permulaan untuk menjadi lebih power!

Maaf ya kerana buat post ini lewat, exam subjek ini dah nak hampir dah.

Kepada pelajar tahun satu pula yang ingin mengambil madah ini pada fasal sani, diharapkan dapat membeli kitab ini dan merujuk laman web yang disarankan. Kalau study awal, boleh faham banyak, bila muhadoroh, tak adelah kalut sangat. Okey...


~Cari ilmu dan keberkatan, bukan takut jatuhnya muaddal! Kerana ilmu untuk kehidupan sepanjang zaman, muaddal hanya mainan ijazah di tangan! Namun, muaddal turut sama membuktikan, tahap pada penguasaan ilmu dan pengetahuan, maka berjuanglah untuk kedua-duanya demi kejayaan sepanjang kehidupan!~


Selamat imtihan nihaie~


P/S: Kredit to Syahir kerana menjumpakan laman web terjemah kitab mustolah hadith tu. Kredit to Muizz kerana tolong post link web terjemah kitab mustolah hadith dekat Yahoo Group PERMAI, moga2 ia berguna bagi yang nak exam madah sunnah ni. Thanks to Akh Amar kerana pekenalkan kitab yang ada carta tu, juga kepada Akh Zaid sebagai wasilah saya pinjam kitab Akh Amar tu daripadanya (pinjam lepas subuh tadi). Kredit to Akh Sahel juga sebab first sekali berikan pinjam cetakan terjemah kitab mustolah hadith Akh Usamah punya, walaupun terjemah tu xlengkap, tapi sangat2 berguna!Syukran yea semua!

Kenalilah Hanset Anda

Inilah Handphone kawan Bro Hanset...Canggih tuh!


Tahukah anda sebenarnya hanset anda mempunyai banyak fungsi walaupun hanset anda cokia (bukan Nokia)? Hakikatnya, hanset anda boleh jadi penyelamat kepada anda atau pun penjahanam. Bergantung kpd cara penggunaannya laa…

Ok…Kali nie, Bro Hanset akan ajar cara penggunaan hanset dgn cara yang “chare”. Supaya hanset anda semua menjadi penyelamat kpd anda sama ada di dunia mahupun akhirat.

Adakah anda tahu apakah fungsi hanset anda? Baiklah, di sini Bro Hanset senaraikan beberapa fungsi hanset anda yang anda semua mungkin tidak ketahui:


Mungkin di sini tiada line...


PERTAMA (KETIKA KECEMASAN).

Adakah anda tahu bahawa hanset anda mempunyai Emergency Number Worwide? Hahaha… tahu pun tak tahu! Tapi tak pe… Bro Hanset boleh ajar. Caranya mudah. Cuma tekan 122! Kalau anda berada di luar kawasan talian telefon atau tak da line, time nie lah nk cuba. Apabila anda dail no nie, hanset anda secara automatik akan search any existing network to establish the emergency number for you. Ha! Nie yg Bro Hanset nak cakap English nie. Yang paling power plak cuba anda tekan no 112 nie waktu keypad hanset anda sedang locked. InsyaAllah boleh. Bro Hanset dah cuba dah. Berjaya! Alhamdulillah…


Mungkin inilah kereta Bro Hanset suatu hari nanti. Amin...


KEDUA (KETIKA PINTU KERETA TERKUNCI)

Ok, kali nie Bro akan ajar mcm mana nak buat kalau tertinggal kunci kereta tertinggal kat rumah tapi nak buka gak pintu kereta tanpa kunci dan kereta tersebut ada di tempat lain. Macam mane caranya? Menangis? Bukan. Caranya mudah mcm James Bond buat la… mula2 berdiri kira2 satu kaki dari pintu kereta n pastu telefon isteri nombor 2 sebab kunci tertinggal kt rumah isteri kedua kan? Next, suruh bini anda tekan butang “unlock” pada remote kunci kereta anda. InsyaAllah pintu kereta anda boleh dibuka. Kaedah ini dinamakan “Bro Hanset’s Technique”! Kaedah ini juga berkesan walaupun remote kunci kereta anda beratus-ratus kilometer jauhnya dari kereta anda! Wow, Subhanallah! Tapi kaedah ini belum dicuba oleh Bro sendiri sebab Bro Henset tak da kereta lagi. Tapi boleh la cuba, kalau tak boleh jangan mencarut pula, bawa istighfar.


KETIGA ( POWER BATERI YANG TERSIMPAN)

Ha… nie lg hebat. cuba anda bayangkan kalau bateri anda very very low. Untuk aktifkannya tekan *3370#. Hanset anda akan restart dan akan onn semula dgn kenaikan bateri 50%! Apabila anda charge bateri anda, bateri ini akan penuh semula. Tetapi kaedah ini dicuba oleh Bro Hanset sendiri tapi x berjaya. Bro Hanset istighfar je…Walau bagaimanapun Bro harap anda semua dapat cubalah. Mungkin hanset Bro rosak kot.

KEEMPAT ( NAK BAGI HANSET TIDAK BERFUNGSI)

Haaaa… nie bukan nak ajar cara membaling hanset ataupun memijaknya tetapi Bro ingin ajar kalau hanset anda dicuri apa perlu buat. Insihab madah? Jangan! Ok, first and foremost, anda semua perlulah tahu nombor siri hanset anda. Tak tahu juga? ok, sebelum hanset anda dicuri, cuba tekan no *#06#...selepas itu akan terpampang di skrin hanset anda kod 15 digit. Itulah nombor siri hanset anda. Bro harap anda dapat ingat atau salin nombor 2 kat tempat lain. Kalau hanset anda dicuri, you can phone your service provider and give them this code. Nanti mereka akan blok hanset anda yang kene curi tadi. Walaupun pencuri tadi menukar sim kad dan menggunakan hanset anda, hanset anda tetap tidak boleh digunakan. Teknik ini dinamakan “Darus Salam’s techniques” kalau boleh Bro harap semua dapat hafal nama teknik ni. Bukannya panjang sangat! Dan Bro Hanset telah mencuba teknik ini dan hasilnya lumayan, berjaya! Walaupun anda tidak akan dapat balik hanset anda,sekurang-kurangnya pencuri tersebut tidak dapat menggunakannya dan akan menyesal dan seterusnya kembali bertaubat kepada Allah s.w.t. Amin…


Yang Benar,

Bro Hanset


P/s: Selamat bercuba-cubaan. Selamat berjaya Bro Hanset doakan. Tapi kalau tak jadi jangan marah pulak ye...


Saturday, January 9, 2010

BERTANYALAH DEMI KEBENARAN

Tumbuhan hijau boleh melakukan proses fotosintesis.


Al-Quran merupakan sumbar perundangan Islam yang pertama. Dikesempatan ini, penulis ingin berkongsi sesuatu supaya kita semua tergolong dalam golongan yang berfikir. Cuba kita fikirkan hikmah sepotong ayat Quran ini.

“Iaitu (Allah) yang menjadikan api untuk kamu dari kayu yang hijau, maka seketika kamu nyalakan (api) dari kayu itu”. (Yasin: 80)

Cuba kita fahami ayat ini. Kenapa Allah jadikan api dari kayu yang hijau? Kenapa hijau?

Ayat ini telah dibincangkan dalam program Wacana Ilmiah Siri kedua oleh Ust Redzuan. Antara pendapat Ulama-ulama dan para pentafsir sebagaimana berikut:

1. Allah jadikan kayu yang hijau sebagai bahan bakar yg kita gunakan hari ini, zaman serba canggih. Dari dahan2 dan pokok ini akan mati. Ketika itu proses pereputan dan pemendapan akan berlaku. Proses ini akan berlaku dalam jangka masa yang lama. Setelah sekian lama bahan2 ini terpendam dalam Bumi, ia akan menghasilkan petroleum. Petroleum inilah yg kini lebih dikenali sebagai emas hitam. Emas hitam inilah yg kita gunakan sebagai bahan bakar. Subhanallah!!!

2. Satu lagi pendapat ialah, kenapa Allah berfirman dengan menggunakan warna hijau? Hal ini kerana, warna hijau simbolik kepada klorofil. Apa itu klorofil? Klorofil digunakan untuk proses fotosintesis dan proses ini juga turut menggunakan gas karbon dioksida seterusnya menghasilkan gas oksigen. Dengan gas oksigen inilah manusia gunakan untuk nyalakan api. Tanpa oksigen, sobah tak dapat dinyalakan. Subhanallah!!!

Macam mane pula fakta sebegini dapat dibuktikan? Jawapannya mudah! Berfikir dan dengan membuat kajian. Kalau tak faham bertanya. Konsep inilah yang dipegang oleh para Ulama. Sebab itulah Ulama dan Mufassirin merupakan org yg hebat dan dikagumi. Kalah sainstis kot…

Kuncinya mudah, hanya dengan bertanya. Allah turut berfirman…

“Maka bertanyalah kepada org yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Anbia’: 7)

Dengan ayat inilah menjadi hujah bahawa Allah menggalakkan kita mengkaji, bertanya dan berfikir. Sejarah juga telah membuktikannya.

Dalam Surah Baqarah ayat 30 malaikat sendiri bertanya soalan.

“Apakah engkau hendak menjadikan org yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah di sana (Bumi), sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?… Adakah Allah marah kpd Malaikat yg bertanya soalan tadi? Jawapannya tidak. Malah Allah bagi jawapan serta buktikan jawapan yg diberikanNya kpd Malaikat dlm ayat 31-33 Surah Al-Baqarah.(Kalau kita fikirkan soalan ini mcm nk pertikaikan ciptaan Allah kn?)

Nabi Ibrahim pun bertanya soalan (soalan yg lg super pelik) Sekali lagi adakah Allah memarahi nabi Ibrahim? Tidak! Dan sekali lagi Allah beri jawapan beserta pembuktian kebenaran jawapan yg diberi.

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata”Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan org mati”. Allah berfirman “Belum percayakah engkau?” dia Ibrahim menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap)”. Dia Allah berfirman, “Kalau begitu ambillah 4 ekor burung, lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing2 di atas sebuah bukit satu bahagian kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dgn segara”. Ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Baqarah: 260)

Malah nabi Musa pernah minta utk melihat Allah (permintaan ini lagi super power pelik!). Lalu adakah Allah marah nabi Musa disebabkan permintaan pelik tadi? No! Sekali lagi Allah beri jawapan beserta bukti.

Dan ketika Musa dtg utk (munajat) pada waktu yg telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, ”Ya Tuhanku tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau. "Berfirman (Allah), “Engkau tidak akan (sanggup) melihat Ku, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (sebagai sedia kala) nescaya engkau dapat melihat Ku”. Maka ketika Tuhannya menampakkan (KeagunganNya) kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata, “Maha suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah org yg pertama-tama beriman. (Al-A’raf: 143)

Ayat ini menunjukkan kalaulah terzahir keagungan Allah, maka umat manusia akan beriman kapada Allah. Ayat2 di atas buktikan bahawa kita boleh bertanya soalan. Bezanya kita x mampu la nak bagi jawapan sbgmana Allah bagi.

Lagi firman Allah…

Dan mereka (org2 kafir itu) tidak datang kpd kamu (membawa) sesuatu yg aneh, melainkan Kami datangkan kepadamu yg benar dan penjelasan yg paling baik. (Al-Furqan: 33)

Kenapa Allah berfirman dengan ayat “penjelasan yg paling baik”? Ini membuktikan apa2 saja soalan pasti ada jawapannya & sekaligus membuktikan Islam ialah agama Faith & Prove! Cuma kita saja yg mgkn x tau jawapan kpd sesuatu soalan.

Meskipun demikian, ada juga soalan yg sebenarnya x perlu dilayan. Contohnya ialah kisah bani Israel yg saja mengada2 tanya ttg jantina, warna, tua ke muda, dll soalan ttg haiwan yg hendak dikorbankan. Benda ni ada dalam surah al-Baqarah.

Persoalan dan kesimpulan.

Sebenarnya, penulis ingin bertanya soalan. Macam mana nak power? Taklah... dahulu ada dakwaan dan artikel yang menceritakan berkenaan hikmah hukuman sebat bagi penzina yg belum berkahwin mengikut sains. Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa jika disebat di belakang badan, enzyme dalam badan penzina yg belum berkahwin ini akan menghasilkan antibodi yg dapat melawan penyakit AIDS. Tetapi jika sudah berkahwin, enzyme ini sudah tidak mampu menghasilkan antibodi yg dapat melawan AIDS. Adakah fakta ini benar?

Penulis tidak mempertikaikan hukum Islam tetapi mempertikaikan fakta ini. harap jangan salah faham. Dahulu ada seorang India yg bertanya kepada penulis ”kalau macam tu macam mana enzyme tu dapat membezakan tuan badannya samada belum berkahwin atau sudah berkahwin”? Ini pengalaman penulis sendiri tetapi penulis sendiri tak tahu jawapannya tetapi kita wajib yakin bahawa setiap perintah dan hukum Allah ada hikmahnya.

Penulis telah mengambil tindakan bertanya pelajar sains di Jordan nie yg boleh dipercayai tapi beliau kate ” kita jgn sgt fikir bende2 mcm nie...sebaik-baik perkara ialah pertengahan...ibadah ada kadarnya, main ada kadarnya...n nk fikir pn ada kadarnya. Macam wuduk, kenapa kentut tp masih basuh anggota wuduk? Kenapa tak basuh tempat keluar angin?” Penulis berasa sangat-sangat sedih dah tersentak. Persoalan ini bukan mempertikaikan zat dan sifat Allah! Tetapi sekadar ingin tahu kajian sains dan beliau merupakan pelajar sains di Jordan ni.

Cuba bayangkan suatu hari nanti ada org bukan Islam bertanya soalan yg sama kepada kita. Kalau kita berjaya jawab dan berusaha meyakinkannya mungkin dia akan memeluk agama Allah ini. Alangkah besarnya pahala dan saham kita...Semoga kita semua tergolong dlm kalangan org2 yg berfikir...Amin.


p/s: sape2 yg tahu jawapan kpd soalan td boleh la bgtau ye...