Ads 468x60px

Pages

Monday, February 28, 2011

Arak (Ganti @ tidak)???

Assalamaulaikum...

Untuk post pada kali ini, hati rasa tergerak untuk menjawab satu persaolan yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat yang berkisah tentang harta. Rase2nya bila tengok pada tajuk sudah boleh terbayang-bayang apakah soalan yang berkaitan. soalannya macam nie :

Situation dia.. katalah kita pergi shopping complex, then x sedar ada botol arak. then kita terlanggar arak tuh.. tuan nyer supermarket tuh mintak kita ganti. Menurut Islam benda haram bukan properties an. so patut ke x kita bayar ganti rugi?

 Sebelum menjawab kepada persoalan yang dikemukakan, Satu hakikat yang perlu tahu bahawa sipenulis ini bukanlah orang yang selayaknye untuk menjawab persoaln tersebut kerana masih lagi berada dalam proses menuntut dan mengkaji ilmu, khususnye dalam bidang yang diceburi (Ekonomi dan Perbankan Islam) sekadar mencuba dgn hasil pengkajian yang amat sedikit...

Jawab:
1.Takrif Harta:

Harta dari segi bahasa : Sesuatu yang dimiliki oleh manusia yang diperoleh melalui                                              perbuatan seperti bekerja.

Harta dari segi istilah :
·        Hanafi - Sesuatu yang manusia cenderung kepadanya dan boleh disimpan di                                 waktu  diperlukan.
·        Jumhur Ulama’ – Sesuatu yang memiliki nilai kebendaan padanya yang diperoleh                                       melalui cara yang dibenarkan Syara’ dan perlu membayar ganti                                       rugi apabila merosakkanya (jika dimiliki oleh individu lain ).
·        Undang-undang – Sesuatu yang memiliki nilai kebendaan.

2.Pandangan Mazhab tentang Harta:

Harta boleh dibahagikan kepada 3 jenis pembahagian :-
  i.            المال المتقوم و غير المتقوم    
  ii.            المال المثلي و المال القيمي
  iii.            المال العقار و المال المنقول

Pandangan Mazhab hanya diterangkan melalui pembahagian yang pertama kerana berkaitan dengan soalan yang dikemukakan.

  المال المتقوم و المال غير المتقوم
 المال المتقوم
 
Harta yang mempunyai nilai disisi Syariat Islamiyyah. Nilai disisi syariat Islam mesti memenuhi dua syarat:
1. Sesuatu yang diharuskan oleh syara' dan dapat mengambil manfaat daripadanya pada waktu lapang ataupun susah atau pada keadaan yang biasa (seperti barang kekal dan yang bergerak-gerak.) kecuali apa yang telah diharamkan oleh Syara'

2. Dimiliki melalui perbuatan/pekerjaaan. cth:( ikan didalam laut adalah benda yang diharuskan oleh syara' dan boleh diambil manfaat daripadanya. tetapi sekiranya ikan tersbut masih lagi berada didalam laut ianya tidak dianggap sebagai harta mutaqawwim kerana tiada perbuatan padanya. walau bagaimanapun sekiranya seseorang telah menangkap ikan tersebut maka ianya akan menjadi harta mutaqawwim.

 المال غير المتقوم 

sesuata yang tidak diharuskan oleh syara' dan tidak dimilikinya melalui perbuatan atau perkerjaan. cth: arak dan daging khinzir
kecuali pada keadaan darurat

Ulama telah bersepakat bahawa Arak adalah barang yang bukan bernilai (dinilai sebagai harta) disisi syara'.

tetapi telah berkilaf (tidak bersepakat) kepada orang bukan islam (ahli zimmi).
disini ada dua pandangan:

 1. jumhur ulama: berpandangan bahawa arak juga dianggap bukan barang yang bernilai kerana sepatutnya ahli zimmi kena ikut acuan yang telah ditetapkan oleh islam.

2. Mazhab Hanafi: berpandangan bahawa arak adalah barang yang brnilai disisi oranag bukan islam walaupun ahli zimmi.




3.Penyelesaian tentang permasalahan:

Sekiranya mengikut pandangan Jumhur Ulama’ (Shafie’, Maliki, Hanbali) hukum asal, kita tidak perlu membayar ganti rugi botol arak yg pecah tu. Kerana barang tersebut bukan barang yg mutaqawwim (dinilai sebagai harta) secara syara3 walaupun yang menjualnya adalah orang bukan islam (ahli zimmah). maknanya, barang tersebut barang yang haram dan najis.

tetapi, Sekiranya mengikut keadaan kita yang berbilang agama, permasalahan ini berada dibawah siasah syar3iyyah. Maknanya, kerajaan sahaja yang  berkuasa untuk menghukum mengikut hukum yang telah ada. Dalam erti yang lain, pilih yang paling sesuai mengikut keadaan.

sebagai contoh, sekiranya kita tidak membayar ganti rugi, apakah yang akan berlaku? Pemilik kedai tersebut sudah tentu akan mendakwa yang islam zalim kerana merampas haknya sebagai orang bukan islam dan kemudian tersebar tentang keburukan islam. maka, ini akan menjauhkan lagi orang daripada islam dan lebih-lebih lagi imej Islam akan tercemar. Dan sekiranya kes ini dibawa ke Mahkamah sivil, sudah tentu pendakwa yang akan menang. Kerana Arak disisi mereka adalah harta.
tetapi, Sekiranya kita membayar ganti rugi tersebut, masalah akan selesai.

Kesimpulannya, dharurat (bahaya) yang mana lebih besar? Sudah tentu  dharurat daripada kesan tidak membayar ganti rugi.

Mengikut kaedah fiqhiyyah yg mengatakan:

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
maknanya, menanggung akibat yg khusus utk mengelak daripada akibat yg umum (akibat yg umum lebih besar dharuratnya)
Penyelesaiannya adalah dengan kita membayar ganti rugi botol arak yang telah pecah tersebut. Kerana lebih baik kita menanggung dharurat yang lebih kecil bagi mengelakkan daripada berlakunya dharurat yang lebih besar iaitu tercemarnya imej Islam dimata orang bukan Islam dan menjauhkan lagi orang bukan islam dengan Islam.

~Moga bermanfaat~!!!

2 comment:

Hamdi Ali said...

maha suci Allah yg mempunyai pengetahuan sebelum, sedang dan selepas.

Chempaka said...

owh.. x tahu plak ada hukum yg kite tak perlu bayar ganti rugi utk arak... ermm.. new info here..

cerita terbaru chempaka: PART 1 : Kerana Cinta itu Tidak Buta

Post a Comment