Ads 468x60px

Pages

Tuesday, August 17, 2010

Jalan-jalan Cari Makan

Inilah restoran yang kami maksudkan.

Selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak, kami sebulat suara untuk bersiar-siar di pantai Aqaba. Permandangan di Aqaba sangat menarik. Teringat Malaysia. Terutamanya Langkawi. Macam Langkawi pun ada, tetapi Langkawi lebih dari segi sentuhan binaan dan kemodenan. Rasanya, Aqabalah yang paling canggih dan moden di Jordan. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Dari tepi pantai di Aqaba ini kami boleh lihat negara haram Israel. Bandar Ilat, Israel memang jelas terutamanya pemandangan pada waktu malam. Israel telah berusaha untuk menjadikan Bandar Ilat sebagai bandar pelancongan.

Sunday, May 23, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 2)


Ribut pasir melanda dengan dahsyat!!!

Pada post yang lepas saya telah menceritakan berkenaan dengan Peperangan Mu'tah (Jelajah Jordan Hari Keempat Siri 1). Saya asingkan post berkenaan kerana terlalu panjang dan tak nak kacau mood sedih pembaca.

Thursday, May 20, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 1)

Hari ini merupakan hari keempat Jelajah Jordan kami dan saya ditugaskan menjadi wartawan. Menulis segala maklumat mengenai pengembaraan kami. Pagi kembara kami dimulakan dengan solat subuh. Selepas bersiap-siap, kami berenam berkumpul di lobi hotel pada pukul 6.30 pagi. Kami antara yang terawal turun jika dibandingkan dengan akhawat. Disebabkan ada masalah, bas tiba pada pukul 7.00 pagi. Sebaik sahaja semua masuk ke dalam bas, bas terus bertolak tepat pada pukul 7.11 pagi. Sebelum ke Mu'tah, pemandu bas ingin menukar bas disebabkan bas yang kami sedang naiki sekarang mempunyai masalah. Kami semua memerlukan bas yang lebih hebat, tahan lasak dan terbaik. Itu pendapat dan andaian saya. Sebaik sahaja sampai di suatu tempat yg saya lupa namanya, kami telah menukar bas. Segala beg kami pindahkan ke bas yang baru.

 Medan Peperangan Mu'tah


Wednesday, May 19, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Ketiga

HARI KETIGA...
SEDANG MENUNGGU BAS...

Hari ini dimulakan seperti biasa. Bas mula bergerak pada pukul 7.30 pagi, tapi, tanpa ustazah Ekin & ustazah Nuraizah Mustakim. Ustaz hari ni, dah rancang nak pergi gua ashabul kahfi, masjid Husin, dan lain-lain. Perjalanan hari ni, agak panjang sedikit kerana kami akan melalui padang pasir yang luas. Agar kami tidak tersengguk, Ust Solihin pun mengisi masa lapang yang terbentuk. Beliau menerangkan serba sebanyak tentang tempat yang akan kami lawat nanti, iaitu قصر  (qosr) (i.e palace, castle, chateau).

Saturday, May 15, 2010

Review Az Zikr: Kembara Merentas Benua 2

Tarikh: 8 Mei 2010
Hari: Sabtu
Lokasi: Wadi Syuib, Amman

Kali ini dua ahli crew darussalam, Yaqzan dan Fadhil, yang juga merupakan ahli Akademi Tahfiz Az-Zikr PERMAI turut seta dalam rehlah kali kedua. Kali ini di Wadi Syuib, Amman. Kalau yang kali pertama tu di Umm Qais, Irbid pun dah memang seronok, yang kali kedua ni lagi2 lah seronok. Nak tau apa kah yang seronok sangat tu? Teruskanlah membaca ye….
 






Az Zikr team --- Rehlah Kembara Merentas Benua 2


Monday, April 5, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Kedua (siri 2)

Destinasi pengembaraan kami yang seterusnya ialah Masjid dan Makam Nabi Syuib. Kawasan masjid sungguh tenang. Kami terus menuju ke kawasan khas makam Nabi Syuib Alaihisslam.
Penjaga makam berbangsa Arab telah menceritakan serba sedikit kepada kami mengenai sejarah nabi Syuib. Saya sempat merakam video untuk memperoleh maklumat mengenai penerangan yang diberikan. Ust Solihin turut membantu kami memahamkan tutur kata yang disampaikan.



Wednesday, March 17, 2010

Tips-tips Temuduga JPA

Temu duga biasiswa? Tingkatkan keyakinan anda...


"Wa'alaikumsalam" ucapku ringkas kepada Kamal yang baru sahaja sebentar tadi datang ke rumah kami. Dia ingin mengajak Iqbal jogging di University Yarmouk. Setelah mengunci pintu, saya terus menghadap komputer. Sebaik sahaja duduk diatas kerusi tiba-tiba ada seseorang "BUZZ". Ooo... abang Abdul Rahman. Senior tahun 2 di University Yarmouk.

Abd Rahman: Salam Soleh.

Soleh Suhaimi: Wslm.

Abd Rahman: Ana nk buat permintaan dari bdk2 JPA n MARA...

Soleh Suhaimi: Silakan.

Abd Rahman: Boleh x korang wat post berkaitan pengalaman temuduga dan soklan2 yg ditanya dlm blog korang..

Soleh Suhaimi: Untuk ape?

Abd Rahman: Diorang nak tahu ape yg ditanya dan persediaan sebelum temuduga...

Soleh Suhaimi: Diorang?

Abd Rahman: Abg harap sgt korng buat 1 post...Junior abg nak tahu sbb dia apply JPA. Islamic Banking.

Soleh Suhaimi: Ke mana? Jordan?

Abd Rahman: Yup...tu dia minta kalau senior2 first batch ni boleh kongsi pengalaman temuduga ngan diorang.

Soleh Suhaimi: K la . Nanti saya fikir balik.

Begitulah sedikit sebanyak perbualan kami tentang biasiswa JPA dan biasiswa MARA. Saya ni bukannya insan yang terbaik untuk berbicara tentang bab ini tapi Darus Salam krew suruh saya buat juga. Ya la, saya akur tanpa bantah...


Muqaddimah...

Kalau hendak berkongsi berkenaan tips-tips temuduga saya rasa saya tak larat dan penat untuk menulis. Semua tips-tips tersebut dengan senang boleh didapati dalam internet. Apa yang saya bakal kongsikan bersama ini merupakan pengalaman saya, saya sebagai diri saya yang saya. Dan lebih tertumpu mengenai permohonan biasiswa dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam. JPA. Saksikan...

Penerangan secara rambang, Biasiswa JPA dibuat secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang tanpa mengira lelaki mahu pun wanita. Panel penilai sebanyak 3 orang akan menilai kemampuan. keyakinan, pengalaman setiap individu dalam 1 bilik khas. Temu duga dijalankan selama lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

Perlu diingatkan, kemahiran bercakap dengan penuh keyakinan dan pengetahuan am merupakan aset terpenting untuk melayakkan diri untuk memohon setiap biasiswa.


Ini temu duga saya, pengalaman saya...

Seawal pagi jam menunjukkan pukul 6.50 pagi, saya terus bergerak dari rumah ke Majlis Bandaraya Ipoh dengan hanya berjalan kaki. Ayah saya kerja luar pada hari tersebut. Bas kalau ada pun tidak menuju ke MBI. Motor pula rosak, terpaksa jalan kaki. Penat. Jauh. Redah saja...

Temu duga dijalankan pada pukul 8.00 pagi. Temuduga JPA. 10 minit sebelum pendaftaran saya sampai. Letih dan termengah-mengah tetapi masih "cool". Masih "chare" bak kata Cimok.

Kenapa mohom JPA? Senang ke? Pada ketika itu dikatakan kuota Bumiputera yang akan ditawarkan biasiswa JPA sebanyak 55% manakala kuota bukan bumiputera sebanyak 45%. Manakala MARA 100% semua Melayu. Lebih mudah dan senang, kata sesetengah orang. Kalau mohon kedua-dua biasiswa tidak boleh sebab syaratnya wajib pilih salah satu sahaja. Kenapa saya masih mohon JPA walaupun mempunyai persaingan dengan bangsa lain yang diwar-warkan lebih hebat dan cemerlang? Ini merupakan pemikiran saya pada ketika itu. Saya merupakan pelajar lelaki, keturunan melayu, memohon biasiswa ke Timur Tengah dan merupakan first batch. Fikirkan. Ini semua kunci.

Pada saya, memohon JPA lebih mudah atas alasan saya berbangsa Melayu. Jangan salah faham bahawa melayu akan dapat biasiswa daripada JPA dengan semudah itu. Hal ini kerana saya menyangka ramai Melayu yang akan memohon MARA pada tahun tersebut disebabkan beberapa perkara:

1. Tahun sebelumnya kuota untuk Melayu lebih banyak dalam tajaan biasiswa JPA ke luar negara. Tahun 2008 berlaku sedikit perubahan dasar kerajaan berkaitan kuota untuk bangsa Melayu.
2. Saya menjangkakan pelajar Melayu akan lebih ramai memohon MARA disebabkan berlaku persaingan dengan bangsa lain jika memohon JPA. Jadi, Pelajar Melayu yang memohon JPA akan berkurangan dan seterusnya peratusan saya untuk berjaya akan semakin meningkat.

Yang kedua, saya seorang lelaki. Kenapa lelaki pun menjadi "important point" bagi saya? Sebabnya, dikatakan ramai lelaki ditawarkan ke Pusat Serenti dan ramai yang menerima tawaran tersebut. Fikir-fikirkanlah wahai kaumku... Semasa hari temu duga pun saya lihat memang agak sedikit lelaki Melayu. Jadi peluang agak terbuka luas.

Seterusnya, jurusan yang saya mohon Ekonomi dan Perbankan Islam. Kos ini merupakan kos pertama yang ditawarkan biasiswa oleh kerajaan, jadi ramai pelajar yang tidak sangka wujudnya kos ini semasa mengisi borang online. Realitinya, hanya sedikit sahaja yang memohon kos ini.Tapi saya teliti semasa mengisi borang.

Dari segi kewangan juga saya beranggapan JPA lebih kukuh jika hendak dibandingkan dengan MARA. Mungkin betul, mungkin salah. Tambahan pula negara mengalami kemelesatan ekonomi pada tahun 2008. Jadi saya memohon JPA.

Bagi saya, point yang paling penting sekali ialah keputusan SPM yg meletup. Kalau tak mampu mendapat semua A1 atau A+ pun tidak mengapa asalkan masih semua A. Itu seafdhalnya. Sebab yang memohon biasiswa merupakan pelajar-pelajar terbaik, tercemerlang dan terbilang. Saya tidak nafikan itu.

Semasa pembahagian kumpulan saya telah ditakdirkan 1 kumpulan dengan 4 orang wanita. Wow!!! betul atau tidak apa yang saya cakap tadi? Lelaki Melayu Islam memang sedikit. Saya bukan berniat hendak menimbulkan kontroversi mahupun memperlekehkan bangsa sendiri tetapi ini adalah hahikat yang perlu kita sedari. 2 daripadanya Melayu dan yang lainnya masing-masing berbangsa Cina dan India. Yang paling penting sekali saya seorang sahaja lelaki. Lelaki Melayu terakhir la katakan...

Perlu diigatkan juga bahawa temu duga dijalankan dalam Bahasa Ibunda yakni Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yakni bahasa perantaraan dunia kini. Jadi, pemohon biasiswa perlu mahir kedua-dua bahasa ini. Antara nilai tambah yang perlu ada ialah sesuatu yang kita ada tetapi pelajar lain tiada. Contohnya, resume. Dalam temu duga JPA tidak disyaratkan membawa resume tetapi saya rasa kita kena bersikap profesional. Saya buat dan membawa resume. Sampaikan pemohon JPA yang lain cuak dengan saya dan mereka jadi gelabah. "Ehh, kena bawak resume ke? Tak kena kan?" bukan seorang sahaja yang tanya begitu kepada saya bahkan ramai. nampak sangat mereka kurang bersedia dan tidak didedahkan dengan perkara-perkara penting sebegini.

Selain itu, kalau anda sertai NGO atau aktiviti selepas SPM yang menunjukkan anda seorang yang aktif sila lampirkan sekali dalam fail dan resume. Contohnya, aktiviti saya selepas SPM adalah dengan menyertai praktikal di Bank Rakyat di Ipoh selama 3 bulan. Hal ini kerana, sekolah saya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ada membuat perjanjian dengan Bank Rakyat bahawa pelajar yang cemerlang dalam subjek akaun diberi pilihan untuk membuat praktikal di Bank Rakyat selama 3 bulan. Selama 3 bulan tersebut, saya telah mempelajari prosedur membuat, melulus dan menganalisis pinjaman. Saya juga mempelajari berkenaan dengan CCRIS, CTOS, FIS, pelaburan mata wang dan banyak lagi. Program ini merupakan program pertama di Malaysia yang meluluskan pelajar lepasan SPM membuat praktikal di Bank yang diiktiraf. maklumat ini saya masukkan dalam resume. Penting.

Cuba fikirkan, apa yang kita ada tetapi dalam masa yang sama orang lain tiada. Itulah nilai tambah kita. Itulah alter terahsia kita.

Jika saya berjalan kaki untuk temu duga hingga berpeluh pun dapat menghadapi temu duga dengan baik, apatah lagi anda? Mesti lagi dahsyatkan. Ini cabar supaya anda sahut cabaran ini.



Krew Darus Salam bersama dengan Ust Ghafarallah dan Dr. Rahimi di bilik mesyuarat INTEC.


Perbincangan Dalam Temu Duga...


Kita sambung cerita, selalunya kalau kita servey senior-senior atau dalam internet apa yang dibincangkan dalam temu duga ialah berkenaan dengan isu-isu semasa dan pengetahuan am. Sentuh mengenai isu semasa, temu duga JPA saya dijalankan pada awal tahun 2009. Pada tahun 2008 berlaku krisis ekonomi dunia. Secara tidak sedar Malaysia tercinta turut terkena tempiasnya.

Antara isu yang diketangahkan ialah:
1. JPA sudah kekurangan dana, jadi kita batalkan sahaja penghantaran anda semua ke luar negara.
2. Petronas, minyak galian negara dan tenaga pakar Malaysia.
3. Adakah anda ingin menjadi "Bagai kacang lupakan kulit" kerana tidak pulang ke tanah air untuk berbakti setelah kerajaan menaja anda ke luar negara sehingga anda berjaya?
4. Kenapa anda memilih untuk belajar dinegara tersebut?

Keempat-empat soalan diatas ditanya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika panel bertanya dalam Bahasa Inggeris maka hendaklah jawab dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga sebaliknya.

Sepanjang pemerhatian saya, saya lihat para pelajar kurang arif berkenaan isu semasa dan pengetahuan am. Hal ini kerana kurangnya sikap membaca dan mengkaji. Misalnya, semasa soalan 1 diajukan, rakan sekumpulan saya tidak dapat menjawab dengan baik. Seolah-olah sembang kosong dengan rakan-rakan. Kenapa saya kata tidak dapat menjawab dengan baik? Pada saya, jika soalan fakta hendaklah kita menjawab dengan fakta.

Soalan 1 lebih tertumpu kepada ekonomi, antara hujah saya:
1. Untuk mengelakkan kekurangan dana kerajaan perlu membuat pelaburan.
2. Jangan kecilkan skop pelaburan hanya untuk wang semata-mata.

Kemudian saya huraikan pelaburan terbahagi kepada 2. Pertama, perlaburan kewangan dan yang kedua pelaburan kemanusiaan. Ya, pelaburan kemanusiaan. kesimpulan, JPA wajar menghantar pelajar ke luar negara kerana ia merupakan pelaburan kemanusiaan yang penting walaupun memerlukan jangka masa yang panjang. Secara automatik hujah saya diterima. Tambah markah.

Seterusnya, antara soalan yang famous saya kira. Kenapa anda memilih untuk belajar di negara tersebut? Kepada pemohon biasiswa, saya nasihatkan agar mengkaji negara yang kita mohon sebelum hari temu duga. Kalau anda bersekolah agama, mungkin anda akan menyatakan:

1. Hendak mantapkan Bahasa Arab. Jadi saya pilih Timur Tengah.
2. Saya dah ada basic ekonomi jadi saya pilih bidang ini.
3. Segala dugaan yang mendatang saya akan hadapinya sebagai cabaran dan bukannya sebagai masalah.

Saya secara peribadi sokong fakta diatas, cuma bergantung kepada cara huraian sahaja supaya panel yakin. Itu sahaja. Tetapi, saya ada membuat perbandingan belajar di Jordan dengan di Mesir. Kalau boleh, kita sentuh sesuatu fakta yang mungkin panel tidak mengetahuinya. Misalnya, saya ada menyentuh mengenai bahasa fushah dan ammi di Jordan. Saya katakan ammi Jordan lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan bahasa fushah. Point yang saya gunakan ini membuatkan panel terpaku dan terpana. Tambah markah.

Saya tersenyum dan ketawa kegirangan dalam hati apabila salah seorang panel berbisik kepada panel disebelahnya dan berkata "Fushah dan Ammi itu bahasa apa?". Memang seronok. Setelah panel disebelahnya menerangkan maksud 2 perkataan tersebut, panel yang tidak memahami perkataan yang saya gunakan tadi mencatat sesuatu atas kertas laporannya. Cayalah... Tambah markah.


Sekadar Perkongsian.

Tujuan saya menulis berkenaan dengan temu duga ini hanya menjalankan amanah sahaja. Saya terfikir apakah sumbangan saya selaku senior "first batch" pelajar tajaan JPA dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Jordan. Dalam masa sama, sekurang-kurangnya saya tidak menghampakan harapan Abang Abd Rahman.

Junior-junior saya yang berada di sekolah lama pun sering bertanya cara-cara untuk temu duga khususnya dalam bidang ini. Segala kebaikan yang kita peroleh sama-sama kita kongsikan. Untuk manfaat bersama.

Penulisan saya kali ini seperti mana yang saya katakan sebelum ini merupakan khusus untuk temu duga JPA dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam ke Timur Tengah.


Jika anda sehebat mana sekali pun tetapi tidak mampu memanipulasikan kehebatan anda, anda akan tetap tidak akan berjaya...



P/s: Kalau nk tips yg lebih banyak cari di tempat lain ye... Saya cuba buat tips-tips yang lain dari yang lain dan jarang dibincangkan berdasarkan sedikit pengalaman dari saya. Buat keputusan berdasarkan kesesuaian masa, tempat dan faktor2 lain. Harap membantu dan semoga berjaya.

P/s: Saya sebenarnya dah nk exam ni. Doakan saya ye...








Saturday, March 13, 2010

Lapangkan Dadamu...

Rilek beb...

قال رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهو قولي

25. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
26. dan mudahkanlah untukku urusanku,
27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
28. supaya mereka mengerti perkataanku,

Itulah dia ayat quran dalam surah Toha, 20:25 - 28, yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s. yang memohon kepada Allah agar dilapangkan dadanya untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam lagi bengis, dia seorang walaupun dia mendakwa dirinya tuhan.

Kenapa nak lapang dada?

Sebelum tu, nak terangkan maksud lapang di sini. Kalau ikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, lapang saya boleh ambil sebagai sabar, lebih kurang begitulah. Apa bagusnya lapang dada ni? Kalau kita tengok kalam Allah tadi, sebabnya adalah supaya seseorang mengerti mesej yang dibawa oleh seseorang yang lain. Takdalah kalut semacam je. Rilek, tarik nafas, baca ayat ni, kemudian sampaikanlah apa yang kita mahu sampaikan...

Apa sebenarnya yang saya nak cerita ni?

Pagi tadi, saya baru habis halaqoh sebenarnya. Setelah usai majlis, ada seorang bro ni beri cadangan untuk rombak balik pengisian halaqoh tu, sebab ada sesetengah benda yg kurang kevalidannya, maka kami pun membincangkan tentang itu. Semua memberikan pendapat, maka terdapat pelbagai pendapat untuk menyelesakan masalah yang melanda tu. Masalahnya kecil je, tapi terdapat perbezaan pendapat. Tapi, alhamdulillah, dapat diurus dengan baik.

Saya ada juga memberi pendapat, kerana tak naklah meneruskan budaya pasif pendengar majlis ilmu yang hanya mendengar sahaja, kalau kita datang majlis nak selamatkan ikan paus, bersemangatlah pulak nak bagi pertanyaan dan cadangan nak selamatkan ikan paus tu (bak kata Ust Hasrizal).

Tapi saya gembira dengan sikap sahabat-sahabat saya, mereka mendengar, menghormati dan meraikan pendapat sahabat masing-masing. Takdala sampai bertengkar untuk memaksa yang lain menerima pendapat sendiri! Kerana hal ini boleh membantutkan pemikiran. Walaupun saya sendiri, ketika perbincangan tu, rasa panas je, tak senang duduk. Astaghfirullah... Kredit kepada Allah yang memberikan saya akal fikiran untuk berfikir, mana yang lebih baik, menang sorak ataupun hilang ukhwah islamiyyah.

Takkan disebabkan hal yang kecil sahaja, kita dah membantah-bantah orang yang tak sependapat dengan kita? Manusia itu, tak dapat tidak kena hidup berjemaah beb, kalau tak, tak kemana kita. Memang saya dapat pengajaran pada hari ni, terima kasih kepada ahli politik yang tak rasional dan mereka yang tak berlapang dada, saya dapat lihat kebusukan, kejijikan dan kebodohan yang terjelma daripada sikap mereka yang sering berbalah-balah, seterusnya menghalang saya untuk jadi seperti mereka! Naudzubillah min zalik.


Jauhi permusuhan, saling bertolongan, hormati yang tua, sayangi yang muda...


Akhlak cermin iman seseorang...

Kesimpulannya?

Ingatlah Allah dalam setiap perbuatan kita. Kerana apa? Sesiapa yang berpaling daripada peringatan Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit! (20 : 124)
Insya Allah, sama-sama kita berubah, menuju redhanya. Wassalam.


*****

Hari ni, takda apa nak dikongsi, cuma nak timbulkan persoalan. Kenapa Malaysia, kalau dialih bahasa ke Bahasa Arab berbunyi Maliziya (ماليزيا), tak Malaysia (ماليشيا), padahal dalam huruf hija'iyah ada je huruf syin (ش) Hah, siapa boleh jawab? Dr Umar hari tu bagi pendapat, kalau sebut malaysia, nanti faham lain, sebab bunyi malaysia dalam bahasa arab seakan-akan militia (ميليشبا). Wallahua'lam lissowab. Sekadar pencerahan, menarik ni, bak kata Ust Ramawan, boleh buat kajian. hu3.

Ust Ramawan yg hensem, hu3


Selamat membuat kajian ye...

p/s 1 : Koje kate kat aku tadi, "aku baru perasan care ko ngan soleh post blog macam abang hilal". Memang betul aku cube nak ikut stail abg hilal, sebab bile aku bace blog die, rase terfokus, maka, saya nak tirula... hu3. Boleh x bro hilal?

p/s 2 : Baru ziarah membe, bro hilmi sudin, yang baru terpeleot sikit kakinye, katenye... huhu padahal dah berbalut simen dah... syafahullah, insyaallah...

Monday, March 8, 2010

Tiket, Biasiswa Dan Bahasa Inggeris.



Balik Malaysia 13 Jun ni. InsyaAllah.

8 Mac 2010. Balad, Irbid, Jordan.

Penatnya rasanya berjalan dalam keadaan lapar tambahan pula musim sejuk sudah hampir tamat. Panas semakin membahang. Detik hatiku.Kedai yang ingin dituju juga semakin hampir. Segala kelengkapan sudah disiap awal-awal lagi dalam beg. Segala barang yang wajib dibawa seperti pasport dan kad hawiah pelajar saya tumpang letak dalam beg Iqbal. Kawan serumah. kami berjalan beriringan bersama Fadhil tanpa Yaqzan kerana ada persembahan zapin katanya.

5 minit berjalan...

"Ha ni la kedai tu kan" Tanyaku kepada Iqbal dan Fadhil. Kami ingin membeli tiket untuk pulang ke Malaysia. Minggu lepas kami tempah tiket. Iqbal. Fadhil dan Yaqzan balik ke Malaysia semua bersama-sama. Mereka balik lambat sedikit berbanding saya. Saya pulang awal kerana ada kerja di Malaysia yang perlu dibereskan. Banyak.

Lama menunggu untuk bayar tiket. 5 minit. 10 minit. 15 minit terus berlalu. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke kedai yang berbeza untuk melunaskan bayaran tiket Kuwait Airways.
lupa la nama kedai tu tapi pekerja yang berurusan dengan pelanggan di kaunter tu saya ingat namanya. Manar. Miss Manar. Gadis Jordan sekitar 20 an.

Miss Manar: Can I help you?
Saya : I want to pay for the tiket to Malaysia that I had booked it last week.
Miss Manar: Have a seat first.
Saya : Thanks.

Itu baru permulaan kalam. OK la juga bila bercakap bahasa inggeris. Semasa berurusan mesti tergagap bercakap. Tak pun tercampur bahasa arab. Muskilah kabiroh! Kalau la dulu...

Saya: Leish yujad ziyadah for the tiket?.(Awat tiket hari tu naik harga?)

Saya: Kam sa'ah...eh, how long I will transit at the Kuwait airport? (Berapa jam eh, berapa lama saya transit di lapangan terbang Kuwait?).

Kenapa la tercampur bahasa pula ni? Bahasa Inggeris + Arab Fushah + Arab 'Ami = Bahasa Pasar!!! Dalam hati ni Allah saja yang tahu. Nak tergelak la sebab tak berapa reti dah nak cakap bahasa orang putih. Mungkin setiap hari cakap arab kot. Tambahan pula di jamiah memang belajar dalam bahasa arab. Pedih2. Kalau la dulu...

Perkara sebegini sering berlaku tatkala berurusan jika penjual cakap bahasa Inggeris. Saya bukan tak reti nak cakap Inggeris tapi agak sukar untuk tukar-tukar bahasa ni. Waktu beli printer 2 bulan lepas pun berlaku macam ni juga. Penjual printer 2 punya la sakan cakap Inggeris, tekad nak balas bahasa arab. Maklumla nak mahirkan bahasa yang kurang mahir tapi akhirnya bahasa Inggeris yang dianak tirikan.

Penjual Arab: This model of printer is best.
Saya : La. Ana biddi...errr..(2 saat kemudian) this printer. I look it is good. (Tak nak. Saya nak printer ini).
Saya : Kam the price? (Berapa harganya?)

Ini semua pengalaman. Saya dapat rasakan betapa teruknya bahasa Inggeris saya ketika itu.Macam baru je masuk tadika belajar bahasa. Merah padam muka bila penjual arab seolah-olah poyo sangat cakap Inggeris. Rasa dia macam gelak kat saya je. Ingat aku tak reti cakap ke? Jangan nak berlagak la. Cakap Inggeris pun makhraj tak betul! Bentakku dalam hati. Hati je la. tak berani cakap kuat-kuat. Sabar je la. Kalau la dulu...

Kenapa "kalau la dulu...?"



Temu Duga Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Beruntung sangat rasanya bila dapat pergi temu duga untuk apply biasiswa JPA. Tambahan pula saat tu merupakan saat kegemilangan Bahasa Inggerisku. I CAN SPEAK ENGLISH WELL!. Boleh la sikit-sikit.

Semasa temu duga hari tu ada 3 orang panel menilai kemampuan 5 orang pelajar. Temu duga dijalankan dalam bahasa ibunda dan bahasa inggeris. Segala isu yang ditimbulkan dapat saya jawab dengan baik samada dalam bahasa Inggeris mahu pun Bahasa Malaysia sampaikan panel meminta saya tidak menjawab soalan yang diajukan sebab pelajar yang lain tak jawab lagi. Menggigil kot.

Panel penilai: I hope that you will not answer this question. This question except for you.

waktu tu memang dah rasa dah memang besar peratusnya saya akan dapat biasiswa JPA. Makhraz dan kelancaran Bahasa Inggeris pun macho ala-ala Brad Pit.

Bila keluar je temu duga saya tersenyum sampai teliga. Puas! Tapi itu dulu...



Temu Duga Biasiswa Khazanah Nasional Berhad.


Ha... ni lagi gempak. Antara biasiswa yang paling susah di Malaysia. Maklumlah syarikat korporat GLC. Pergh!!! Kalau balik berbekalkan biasiswa ni dan terus bekerja dengan syarikat ni gaji x payah cerita la. Swasta. GLC. Paling kurang 4 angka!

Gementar juga nak cakap ni. Segala perbualan, persoalan, jawapan dan segala-galanya WAJIB dan 100% dijalankan dalam bahasa Inggeris. Waktu tu dalam 2 minggu selepas temu duga JPA. Memang cuak tapi berbekalkan Bahasa Inggeris pada waktu itu segala-galanya tidak mustahil. Memang cool.

2 orang panel menilai seorang pelajar satu demi satu selama hampir 1 jam. lama betul menunggu. Prepare apa yang nak cakap.

Bidang yang diambil Business Investment dan tempat yang ditawarkan ialah United Kingdom. Biasiswa yang diberi juga memang berlonggok! Sebab tu la kena betul-betul excellent Engglish. Temu duga pun sampai 4 stages! Saya ulang, 4 stages! Temu duga sedahsyat ni saya tak lepas. Tak ada rezeki. Tapi saya memang berpuas hati dengan tahap bahasa Inggeris saya pada ketika itu. Tapi itu dulu...


Tutup cerita.

Segala cerita diatas mungkin juga berlaku kepada anda dan kita semua. Boleh dikatakan ramai kawan di Jordan saya mengalami masalah yang sama. Sahabat serumah pun mengalami masalah yang sama. Mungkin inilah yang dikatakan produk Timur Tengah tak mahir berbahasa Inggeris padahal mahasiswa disini merupakan pelajar yang terbilang. Bukan calang-calang. Tetapi kenapa fitnah sebegini kerap dikaitkan dengan mahasiswa Timur Tengah? Persoalannya adakah salah kita? Salah persekitaran? fikirkan.

Segala yang berlaku dahulu, kini dan akan datang bergantung kepada usaha kita. Kita yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Kita wajib berusaha. Usaha. Tidak mustahil kegemilangan dahulu hanya ketika dahulu sahaja. Kita boleh lebih cemerlang dari itu. Yang penting uasaha.

Apa yang saya ingin kaitkan cuba kita sama-sama hayati firman Allah:

"Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka sendiri mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar-Ra'ad: 11).

Wallahu'alam.





Wednesday, February 24, 2010

Maha Pengasih, Adil Dan Penyayang???

Setiap masalah ada penyelesaiannya.


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini tidak terlepas daripada ujian, cabaran, halangan dan dugaan hidup. Sudah pasti post kali ini untuk kita semua, untuk saya dan saya dan saya dan semua. Semoga kita dapat ambil faedah dari apa yg telah dituliskan.

Sebagai insan yang kerdil kita hendaklah redha dan cuba sedaya-upaya dalam menghadapi ujian dalam kehidupan. Pernahkah anda semua mendengar keluhan dari seseorang seolah-olah kecewa dalam hidup? Pernahkah anda mengeluh?

Insan A: "Aku dah tak nak hidup dah kat muka Bumi ni! Aku hidup ke mati ke sama je! lebih baik aku mati je dari ....."

Haa... itu baru baru keluhan dan luahan dari insan yang kecewa dalam hidup. Dia mendakwa bahawa lebih baik mati daripada terus hidup di muka Bumi ini atas alasan onak dan duri yang terpaksa ditempuhi dalam kehidupan. Alasan yang cukup rapuh! Kita cuba baca pula keluhan insan kedua.

Insan B: "Kenapa asyik aku je yang ditimpa musibah ni? Kenapa aku? kenapa orang lain tak kene ujian sebesar ini? Allah zalim!!!"

Subhanallah... ini sudah sampai tahap kritikal ni. Silap-silap boleh terbatal syahadah. Mungkin insan sebegini tak mampu menaggung ujian yang dihadapi oleh dirinya sendiri atau mungkin dia sendiri bercakap hanya mengikut hawa nafsunya. Kepada Insan B dan seangkatan dengannya saya nasihatkan agar mengucap dan bertaubat. Mohon petunjuk dari Allah. Setiap ujian mesti ada jalan penyelesaiannya.

Segala yang ditimpakan kepada kita mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita semua mesti berpegang bahawa Allah itu Maha Adil!

Allah Maha Adil? Apa alasannya?

Firman Allah:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" Baqarah: 286.

Kenapa Allah berfirman bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya? Padahal Sang Penerima Ujian tetap mengeluh dan berputus asa? Pada saya, Sang Penerima Ujian ialah bukan orang yang calang-calang. Dia ialah orang yang hebat! Dia hendaklah yakin bahawa dia mampu hadapi masalah tersebut. Sebab itulah dia ditimpa musibah dan musibah itu hanya untuk menguji kekuatan dirinya. Kuncinya ialah dengan bersabar dan berpegang kuat kepada agama.

Ya, kuncinya bersabar, berpegang kuat kepada agama dan berusaha mencari jalan penyelesaian. ini yang kita mahukan.

"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya" Kata-kata ini merupakan dari Haji Abdul Malik Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA.

Sesungguhnya kita sebagai makhluk ciptaan Allah sudah semestinya lemah dan dhaif. Jadi, setiap ujian Allah tidaklah sebesar ujian yang dihadapi oleh para Rasul Allah. Kalau kita ingat kita susah, Rasulullah lagi susah. Kalau kita rasa kita lapar, Rasulullah lagi lapar sehingga ikat perut baginda dengan batu. Kita pernah? Kalau pernah pun sekadar ikat dengan tali pinggang. Takde maknanya! Kalau kita rasa kita sibuk, Rasulullah lagi sibuk. Makan, pakaian dan tidur Rasulullah tidak pernah cukup! Semata-mata kerana menegakkan syariat Islam dan kalimah Allah di muka Bumi ini.



Kenapa ni pak cik? Ada yang tak kene ke?


Firman Allah lagi:

"Allah hendak meringankan (beban) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" An-Nisa': 28

Berdasarkan dua ayat diatas, dapatlah kita fahami bahawa Allah tidak membebankan kita melainkan apa yang kita mampu sahaja kerana Allah tahu kita dijadikan berkeadaan lemah. Walaupun umat manusia merupakan sebaik-baik ciptaan tetapi manusia tetap lemah di sisi Allah Yang Maha Esa.

Allah juga berfirman:

"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran" Al-Baqarah: 185.

"...Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama..." Al-Hajj: 78.

Antara sifat Maha Pemurah dan Maha Pengampun Allah ialah Allah akan ganti kejahatan yang dilakukan oleh kita kepada kebaikan dengan syarat kita bertaubat dan amalkan kebaikan. Syaratnya mudah tetapi ganjaran yang bakal dikecapi itu lebih besar. Persoalannya, Adakah Allah zalim? Baca seterusnya...


"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang". Al-Furqan: 70.

" Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya". Nisa':40.

Marilah kita semua baca dan hayati betapa besarnya kasih dan keampunan Allah kepada kita. Tetapi kita masih buta dan memekakkan telinga. Adakah kita cukup hebat sehingga kita bersikap angkuh dengan pencipta kita? Kita mestilah yakin bahawa keampunan Allah lebih besar daripada kesalahan manusia.

" Katakanlah" Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang". Zumar: 53.

Hakikatnya, satu ayat di atas sahaja sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan sifat Maha Pemurah dan Penyayang Allah kepada makhluknya. Jadi kenapa kita masih berada di takuk yang lama? Fikirkan...

Tetapi kita juga perlu waspada bahawa Allah juga tidak mengampunkan dosa syirik. Hal ini kerana orang yang murtad secara terang terangan tidak mengiktiraf penciptanya iaitu Allah Yang Esa. Padahal hanya Allah jualah yang menciptakannya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kerana menyekutukannya..." An-Nisa': 48.

"Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu..." An-Nisa': 116.


Kalau dibaca post saya, mungkin anda semua tertanya-tanya kenapa banyak sangat dalil-dalil? Sebenarnya, saya gemar jika semua pembaca sekalian menggunakan dalil-dalil diatas untuk menerangkan Islam kepada semua umat manusia. Kesemua dalil-dalil diatas boleh digunakan untuk melawan hujah seperti ini:

1. Apa bukti Allah adil?
2. Kenapa Allah cipta manusia dan neraka semata-mata hendak menyeksa manusia dengan azab yang tersangat pedih padahal Allah jualah yang mencipta manusia berkedaan lemah?
3. Allah samseng?
4. Dan soalan-soalan yang seangkatan dengannya.

Anda akan berjaya menerangkan Islam kepada umat manusia jika anda pandai mengolah dan menggunakan dalil-dalil diatas dengan sebaik-baiknya.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Wallahu'alam...



Ps: Lama sangat tunggu nk publish post Jelajah Jordan hari ke-4, Koje x publish lg hari ke-2... Kena la tunggu ye...

Sunday, February 7, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari kedua (Siri 1)

Orang Melayu kata, “jauh perjalanan, luas pengalaman”
~Luas pengalaman, bertambah keimanan. Insya Allah.
Sabtu, 23/01/2010
Hari kedua, pengembaraan kami diteruskan lagi dengan melawat tempat-tempat yang lebih menarik. Bermula malam semalam, kami telah bermalam di Hotel “Al Ahfad Li Syaqqoq Al Funduqiyah”. Hotel ini agak mewah, terletak di kawasan Jubaihah dalam bandar Amman, Akhir Syarik Baladiyah. Memandangkan kami syabab hanya seramai 6orang, maka kami mendapat satu bilik hotel, namun keluasan dan kelengkapannya amat memuaskan hati kami. Cukup selesa! Dengan tilamnya yang empuk, bilik air bershower dan tab mandi, siap dapur dan peralatan memasak, ruang tamu yang indah dengan televisyen pelbagai saluran serta n sistem pendingin dan pemanas yang semi-automatik amat menambat hati serta rindukan hotel mewah dengan harga yang berpatutan tersebut. Dua bilik disediakan, maka dua orang tidur satu bilik, dan dua lagi rakan tidur di kawasan ruang tamu dengan extra tilam empuk yang dibekalkan.

Hotel Ahfad, Amman, tempat penginapan kami

Bilik yang mewah!

Ruang tamu pun best da...

Semangat dan tenaga kami direcharge kembali dengan keselesaan yang kami terima itu. Syukur pada Allah. Seawal jam 7.30pagi, kami semua telah siap berada dalam bas yang mahu meneruskan pengembaraan hari kedua. Saya duduk bersama Fadhil, Abang Jai IKIP bersama Iqbal dan Soleh bersama Mukhtadi dibahagian hadapan. Akak-akak IKIP termasuk seorang akhawat lughah sudah bersedia duduk di tempat masing2 di tempat duduk belakang. Ust Haizal sekeluarga bersama Ust Ridhuan sekeluarga serta Ust Solihin sekeluarga sudah bersedia dengan muka berseri2. Anak Ust Solihin, ‘Asum tidak habis2 dengan gelagat comelnya, sementara anak2 kecil Ust Ridhuan turut sama memeriahkan suasana, tidak jupa juga putera tunggal Ust Haizal yang hansome macam ayahnya.
Bas bergerak melewati bandar Amman melalu laluan Swaileh dan kawasan utara bandar. Dikatakan penduduk di negara jordan kira-kira 5 hingga 6 juta orang termasuk orang luar seperti Mesir, Syiria dan lain2. Ramai antara penduduk yang berasal dari negara Palestin rentetan dari negara mereka yang sedang bergolak. Mereka berhijrah ke Jordan yang merupakan negara jiran untuk mencari rezeki bagi menampung sara hidup keluarga. Ada antara mereka yang menghantar pendapatan mereka ke Palestin untuk dibekalkan kepada keluarga yang masih berada di sana. Kebanyakan kawasan yang memang dihuni oleh oleh orang asal tempatan ialah Karak, Tofilah dan Sahab. Kawasan utara Jordan lebih bertumpu kepada pertanian dan kawasan selatannya pula penternakan seperti kambing dan sebagainya.
Perjalanan dari Amman ke destinasi pertama kami iaitu jabal Nibo memakan masa kira-kira 40minit. Bas travel SAHARA kami, buatan China dipandu oleh seorang pak cik yang berpengalaman, Ammu Khalil bin Abbas Abu Usamah. Beliau telah bekerja dengan syaraikat bas SAHARA kira-kira 13 tahun dan beliau berasal dari negara Palestin. Kebiasaannya tugasnya sebagai drebar bas bagi jemaah Islam yang mahu mengerjakan umrah. Cuti semesta ini, beliau diberi peluang membawa pelancong jelajah jordan dan kamilah penumpang-penumpangnya yang sungguh bertuah!
Perjalanan kami diserikan lagi dengan sesi luahan dan kata2 dari setiap peserta, selain penerangan Ust Solihin selaku ketua rombongan kami yang mantap serta penuh pengalaman. Isterinya yang lebih suka dipanggil dengan nama Akak Ikin turut menerangkan serba ringkas, namun sekadar di belakang tabir sahaja. Ditambah pula dengan hiburan berfaedah oleh para DJ dari IKIP F.M. yang memutarkan lagu2 nasyid dan zikir yang membina jiwa rohani. Bermakna, sepanjang perjalanan kami terisi dengan perkara bermanfaat, selain diluangkan sedikit masa untuk tidur sebentar mengambil tenaga, dengan niat ibadah semata-mata, Insya Allah.

Sejuknya... Gunung Nibo...

Kami tiba di Gunung Nibo, suhu agak sejuk dengan angin bertiup agak kencang, terasa kebas jari jemari dan anak telinga kami. Gunung Nibo terletak di kawasan Madaba, iaitu kawasan di arah barat daya dari bandar Amman, juga dikenali dengan nama “City of Mosaics". Gelaran Bandar Mozek ini diambil sempena kekreatifan bangsa zaman Byzantine dan Umaiyah menyusun mozek-mozek kecil dan dicorakkan dengan bentuk tertentu. Mozek ini seterusnya menjadi kebanggaan mereka dan menjadi sangat terkenal. Bercerita mengenai Gunung Nibo, gunung ini ialah tempat di mana Nabi Musa wafat dikatakan ketika berumur 150 tahun. Beliau telah berdialog dengan Allah dan mendapat wahyu serta diturunkan kepadanya kitab Taurat semasa di Bukit Thur Sina sebelum bergerak ke Kana’an untuk menjadi pemimpin kepada umat Bani Israel. Beliau telah diperintahkan oleh Allah untuk membuka Kana’an, atau kini negara Israel dan Palestin, dan mendapatkan kembali kawasan tersebut bersama kaum Bani Israel daripada jajahan Mesir pimpinan kerajaan Firaun. Bani Israel merupakan kaum yang banyak soal dan mereka telah disesatkan oleh Allah selama 40tahun, sebelum generasi seterusnya membuka Kana’an bersama Nabi Yusha’, iaitu pengganti Nabi Musa selepas beliau wafat di destinasi terakhir, Jabal Nibo, seperti yang telah dijanjikan Allah akan kewafatannya di sana.
Berhampiran gunung nibo juga terdapat air mata air Nabi Musa, namun ia tidak dijaga. Dikatakan najis kambing juga bertebaran di kawasan tersebut kerana para pengembala kambing telah mengambil alih kawasan itu. Kami tidak berpeluang ke sana kerana mengejar masa ke destinasi seterusnya.

Tugu bersejarah tinggalan zaman Byzantine

Lantai mozek bercorak.. kebanggaan generasi lampau

Kawasan pembinaan semula gereja Byzantine

Tembikar zaman lampau

Replika...

Tulisan zaman Roman

Dikatakan replika tongkat Nabi Musa dengan bentuk lilitan ular menurut kepercayaan Kristian

Berdiri dari sini, boleh melihat kawasan2 penting, rujuk papan tanda...

Pemandangan sekitar Gunung Nibo

Destinasi seterusnya ialah laut mati, bahrul maiyit. Kami sekadar berhenti di tepi jalan, dan turun sedikit ke curam bawah untuk ke sisir pantai. Kami tidak masuk ke kawasan utama kerana mahu jimat masa perjalanan. Namun, melihat ketenangan pantai sudah cukup memberi kepuasan dan kerehatan kepada kami. Airnya cukup masin, bila kami celupkan jari jemari, terasa melekit dibuatnya, seperti tercelup pada air garam yang dibancuh pekat. Apabila dirasa dengan lidah, masin bercampur pahit yang amat sangat pula. ‘Asum, anak ust Solihin sibuk cuba merasa air masin yang pahit lagi memeningkan itu! Nasib baik saya sempat menghalangnya dan mendukungnya, bawa ke kasawasan pesisir pandai yang lebih sesuai.
Disebutkan maiyit, bermaksud mati kerana dikatakan tiada hidupan walau di atas atau di dalam laut. Wallahu A’lam. Keluasan laut ini kira-kira 57km panjang dan 18km lebar. Berkisar sejarah Nabi Luth,merupakan anak buah Nabi Ibrahim, seorang pengembala kambing dari Iraq. Kelebihan beliau ialah apabila setiap kali bertemu dengan kaumnya, Kaum Sadum, beliau sentiasa akan bercerita mengenai kebesaran Allah kepada mereka. Kaum Sadum pula ialah kaum yang mengamalkan homoseksual. Terdapat satu kisah di mana terdapat dua malaikat menyerupai pemuda tampan, datang ke rumah Nabi Luth. Kamu nabi Luth yang telah mengetahui perkara itu apalagi, dengan ghairahnya mahu datang ke rumah nabi beramai-ramai. 3hari pintu diketuk, namun tak dibuka. Akhirnya, dua pemuda tampan tersebut memberi tahu nabi bahawa mereka ialah malaikat. Maka, selepas itu pintu ruma pun dibuka, namun kaum nabi yang ramai itu hanya nampak kegelapan dan meraba-raba kebingungan. Hakikatnya, Allah telah membutakan pandangan mereka sebagai hukaman perlakuan seks luar tabiie itu. Nabi Luth telah keluar dari rumah bersama keluarganya sebelum subuh. Mereka turut dipesan jangan menoleh ke belakang, kerana dikhuatiri mereka terkena sama azab besar yang akan di turunkan Allah sebaik saja mereka pergi dari perkampungan tersebut. Maka, Allah telah menterbalikkan bumi, hinggalah musnah dan hancur kawasn tersebut. Allahu Akbar... hebat kekuasaan Allah, hukuman azab pedih buat kaum yang ingkar dengan suruhan dan larangan-Nya.

Airnya yang cukup masin

Aik 'Asum pun nak baling batu ka???

Jauhkan kami dari bala dan malapetaka serta maksiat kepada-Mu.. Amin...


Kami mendapat peluang untuk menaiki unta dan kuda, walaupun keldai ada bersama, namun kami tak berani naik kerana kesian. Namun sebenarnya kami tersalah anggap, keldai sejenis binatang yang tiada perasaan, kalau letak dua tong gas dekat belakang badan pun, dia main jalan je tak sakit pun. Haha.. Seronok juga dapat peluang naik binatang2 ni. Terima kasih kepada para syabab badawi yang beri kami peluang tunggang haiwan tersebut walaupun bayar sedinar.

Nak terjungkel kat belakang!kahkah!

Tengok...stedy je Koje tunggang Si Bonggol..hohOO

Ai unta... malu ka nak tengok kamera??

Wow...beratlah weyy...

Perghh memang kuda moden, makan keropok Mr. Chip lah!!!

Kuda depan namanya Emterfein, yang belakang Namras

Adik2 ku, pegang elok2 yea... ya Whazzoh(nama unta), slow2 sikit deh...

Kesian khimar... xde yang nak naik da... sedih... tunduk jer..huhu

Cuaca agak sejuk walaupun mentari sinar memancar. Kami teruskan perjalanan ke makam-makam para sahabat yang bersejarah. Sama-sama nantikan siri kedua..
~Selamat membaca...
p/s= Ana ambik gambar, ana reporter, asyik ana jer... susah la deh..hoho...

Sunday, January 31, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Pertama (siri 2)

Seterusnya perjalanan di teruskan ke lembah Ghour yang terletak tidak jauh daripada Ummu Qais. Lembah Ghour merupakan lembah yang paling subur di jordan. Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam di lembah tersebut dan dihantar ke seluruh Jordan. Di sini juga dikatakan tempat yang paling banyak motor di Jordan.(Wa ALLAH `Alam). Dalam perjalanan ke lembah juga kami berkesempatan melihat empangan sungai Yarmouk dan melalui kawasan kolam air panas yang paling ramai kunjungannya terutamanya pada musim sejuk. Kawasan lembah ini juga terletaknya banyak maqam-maqam sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang agung yang Dharih( yakni diyakini wujudnya jasad). Antaranya ialah Sayidina Muaz bin Jabal, Sayidina Abu Ubaidah, Sayidina amir bin Waqas dan ramai lagi. Dan ramai sahabat- sahabat Nabi S.A.W yang syahid disebabkan sakit taun. Seperti mana:
“Sabda Nabi S.A.W : Barang siapa yang mati disebabkan TAUN maka matinya adalah SYAHID”.
Destinasi kami yang pertama adalah menziarahi maqam As Syahid Sayidina Muaz bin Jabal. Adalah tidak manis sekiranya kita tidak mengenali sahabat Rasulullah S.A.W yang mulia. Ini sedikit sebanyak sejarah tentang Sayidina Muaz. Nama sebenar beliau adalah Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal bin Uwais al Anshori alkhazraji. Ibunya bernama Hind binti Sahal daripada Bani Rafa`ah/ Rifa`ah (رفاعة). Beliau telah memeluk Islam ketika berumar18 tahun dan beliau adalah yang terawal memeluk Islam. Selain itu beliau juga turut serta dalam perjanjian `aqobah bersama 70 yang lain daripada Ansor. Beliau juga turut serta dalam peperangan al Kubra di jazirah Arab iaitu perang Badar dan pada ketika itu beliau berusia 20 tahun. Selain itu juga beliau juga telah berjihad bersama-sama Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud, Khandak. Dan antara yang paling besar sumbangan beliau adalah terlibat juga dalam pembukaan Syam pada zaman al Faruq Sayidina Umar Al Khattab di bawah pimpinan Abu Ubaidah.
Kawasan masjid saidina Muaz bin Jabal

tenang merenung camera...


Beliau adalah seorang pemuda yang pemaaf, mulia pekertinya dan apabila berkata seperti keluar cahaya dan permata daripada mulutnya. Adalah beliau merupakan seorang yang hafiz Al-Quran dan di kalangan yang bersama-sama mengumpulkan Al-Quran dan merujuk padanya (Quran) dan apa jua keadaan.
قل الرسول صلى الله عليه وسلم: "خذوا القرآن من أربعة ,أبن مسعود وأبي ومعاذ بن جبل وسالم مولى ابي حذيفة"
~bermaksud ambillah Al-Quran daripada empat orang iaitu ibn Mas`ud, abi, Muaz bin jabal dan Salam maula abi Huzaifah~

Maqam Saidina Muaz bin Jabal
Maqam Anaknya Abdul Rahman

Beliau juga merupakan qhadi yang pertama yang diutuskan oleh Rasulullah S.A.W ke Yaman untuk menentukan hukum-hukum dan menyebarkan Agama ALLAH S.W.T di Yaman.pada tahun 10 hijrah selepas hujjatul wada’. Dan merupakan hari yang terakhir bersama dengan Rasulullah S.A.W sebelum diutuskan ke Yaman.
قل عنه الرسول صلى الله عليه وسلم: أعلم أمتي الحلال والحرام معاذ بن جبل
~yang paling tahu halal dan haram adalah Muaz bin Jabal~

penerangan daripada penjaga Maqam Saidina Muaz bin Jabal
Beliau telah menghidapi penyakit taun `Amwas yang diambil sempena nama tempat yang terletak di Palestin di mana tempat bermulanya penyakit tersebut. Dan beliau Syahid bersama anaknya Abdul Rahman dan juga isterinya.
Seterusnya setelah diberi peluang menghidu bau wangi para syahadad yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di mana baunya sama sahaja dan menenangkan hati yang gelisah, kami meneruskan program kami dengan meneruskan perjalanan menziara hi maqam yang seterusnya iaitu Sayidina Aamir bin Waqas. Beliau adalah sepupu kepada Nabi S.A.W yang menerima bantahan daripada ibunya ketika ingin memeluk Islam.Nama sebenar beliau adalah Aamir bin Malik bin Ahaib bin Abdul Manaf. Adik-beradik nya adalah Said, Ameer dan `utbah. Adalah Said dan Ameer antara yang terawal yang memeluk islam manakala `Utbah mati dalam keadaan Kufur. Beliau juga termasuk dalam golongan sahabat yang awal memeluk islam.
masjid Saidina `Aamir

mendengar penerangan daripada Ustaz Solihin

Maqam saidina `Aamir bin Waqas


Beliau telah berhijrah daripada Kota Makkah ke Kota Madinah bersama sahabat- sahabat yang lain. Dan tinggal di Madinah sehingga tahun ke tujuh Hijrah. Beliau antara sahabat yang kuat dalam menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan turut serta dalam peperangan di luar jazirah Arab iaitu peperangan Syam di bawah pimpinan Abu Ubaidah radiya Allah dan syahid dalam peperangan tersebut.
Tepat pada pukul 1.25 ptg tetapi hakikat sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahui masa yang sebenarnya kami semua bertolak ke maqam Shurahbil dan berhenti sementara di masjid Sharhabil yang diambil sempena nama beliau untuk makan tengah hari. Nama sebenar beliau adalah Shurahbil bin Abdullah bin al matho’ bin al ghutrif bin abdul ` uzza bin jasamah bin Malik Al kindi al Yamani. Ibunya bernama Hasanah dan beliau telah di nasabkan dengan ibunya kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi kecil.

masjid Sharhabil

Beliau telah memeluk Islam ketika masih lagi berada di Makkah Al-Mukarramah. Bersamanya dua orang adik- beradiknya yang turut serta memeluk Islam iaitu Junadah dan jabar. Adalah Sharhabil daripada arab Quraisy dan antara salah seorang penulis Al-Quran yang sepuluh. Seorang yang memuliakan tetamu, wara’, terkenal dengan keberanian dan kepandaiannya. Beliau telah menyertai peperangan Yarmouk dan telah dilantik sebagai s alah seorang panglima perang.


Maqam Saidina Sharhabil



Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, beliau telah menyertai peperangan dalam memerangi golongan murtad. Kemudian Sayidina Abu Bakar telah melantik beliau untuk mengetuai tentera perang dan telah berjaya membuka Urdun, Syam dan Al Quds. Beliau adah seorang tentera perang berkuda yang hebat. Beliau telah Syahid disebabkan sakit taun `Amwas pada tahun 18 hijrah dan pada waktu yang sama wafatnya ketua kepada panglima perang iaitu Abu Ubaidah.
Pada jam 2.05 kami semua bertolak daripada maqam Sayidina Shurahbil ke maqam seorang sahabat nabi yang besar dan ketua panglima perang serta tentera di bawa hnya iaitu Sayidina Abu Ubaidah. Nama sebenar beliau adalah Abu Ubaidah `Amar bin al Jarrah bin Hilal al Qursyi. Merupakan salah seorang sahabat nabi S.A.W yang hebat dan yang terawal memeluk Islam. Beliau daripada Muhajirin. Dilahirkan pada 40 tahun sebelum hijrah dan salah seorang daripada 10 sahabat yang terus ke Syurga.

Pintu masjid Abu Ubaidah

Maqam Saidina Abu Ubaidah di sebalik cermin..

Beliau telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu hijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Turut juga terlibat dalam Bai`ah ar Ridhuan. Beliau diberi gelaran oleh Rasulullah S.A.W sebagai أمين هذه الأمة yakni keamanan umat Nabi S.A.W. Beliau adalah seorang yang tawadu’, zuhud,mulia akhlak, sangat berlapang dada. Dan dikisahkan tentangnya apabila Sayidina Umar Al Khattab memerintahkan seseorang untuk mencari golongan yang layak untuk menerima zakat dan beliaulah yang paling layak untuk menerimanya. Walau pun beliau seorang pemimpin yang disegani tetapi hati beliau tidak sesekalipun terikat dengan kemewahan dunia yang sepatutnya pemimpin mampu untuk memperolehnya. Betapa hebat dan tingginya iman dan ketaqwaannya terhadap Allah S.W.T dan kecintaan yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W.

Maqam Saidina Abu Ubaidah

Beliau sangat hebat dalam kesenian perang dan taktik perang yang terbaik dan pelbagai.Disamping itu juga, beliau turut menyertai kebanyakan perang bersama-sama Rasulullah S.A.W. Dan Sayidina Abu Bakar ketika pemerintahannya telah meletakkan kepercayaan terhadapnya untuk memimpin tentera dalam membuka Bilad Syam. Beliau telah Syahid fi Sabilillah disebabkan sakit taun `amwas pada tahun 18 hijrah.

Perigi pada zaman Saidina Abu Ubaidah


Pada pukul 3.08 kami telah sampai di destinasi seterusnya iaitu menziarahi maqam sahabat Nabi S.A.W iaitu Sayidina Dhirar bin Azwar. Beliau merupakan adik kepada Khawlah bin Azwar. Beliau merupakan salah seorang ketua perang berkuda yang tangkas menunggang kuda sambil menghayung pedang demi menegakkan kalimah . لا إله إلا ا لله محمد رسول الله . Beliau juga mampu membebaskan tentera Islam yang ditahan secara berseorangan tanpa diketahui oleh pihak musuh.

Masjid Dhirar

Ini adalah maqam Saidina Dhirar bin Azwar



kami diberi peluang untuk menghidu bau wangi para syuhada

Ini adalah lubang tempat keluarnya bau wangi daripada syuhada yang dijanjikan oleh Allah

Pada jam 3.45 ptg kami segerombolan bertolak setelah penat menziarahi makam-makam sahabat di Ghour Urdun ke Amman. Sama-samalah kita berdoa kepada para sahabat Nabi SAW dan niat di dalam hati agar kita mengambil dapat iktibar dan sama-sama menanam semangat roh pejuang Islam ini demi menegakkan agama Allah SWT. Takbir!!! Ini hanya sekadar perkongsian dan masih banyak lagi yang perlu kita sama-sama kaji dan hayati sejarah-sejarah Islam yang terdahulu.
Nantikan hari yang kedua daripada kami....
  • ke Jabal Nebo....
  • apakah yang terdapat disana?
  • ke Madaba... apakah ia? nama orang? nama tempat? atau...???
  • ke maqam Nabi Allah Syuib..
  • apakah sejarah laut mati?
  • apakah yang menyebabkan Allah menurunkan bala disana?
  • siapakah Nabi Yusha'?
  • apakah mukjizat yang Allah kurniakan kepadanya?