Sunday, February 27, 2011
Sunday, May 23, 2010
Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 2)
Thursday, May 20, 2010
Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 1)
Wednesday, May 19, 2010
Musafir: Jelajah Jordan Hari Ketiga
Monday, March 8, 2010
Tiket, Biasiswa Dan Bahasa Inggeris.
8 Mac 2010. Balad, Irbid, Jordan.
Penatnya rasanya berjalan dalam keadaan lapar tambahan pula musim sejuk sudah hampir tamat. Panas semakin membahang. Detik hatiku.Kedai yang ingin dituju juga semakin hampir. Segala kelengkapan sudah disiap awal-awal lagi dalam beg. Segala barang yang wajib dibawa seperti pasport dan kad hawiah pelajar saya tumpang letak dalam beg Iqbal. Kawan serumah. kami berjalan beriringan bersama Fadhil tanpa Yaqzan kerana ada persembahan zapin katanya.
5 minit berjalan...
"Ha ni la kedai tu kan" Tanyaku kepada Iqbal dan Fadhil. Kami ingin membeli tiket untuk pulang ke Malaysia. Minggu lepas kami tempah tiket. Iqbal. Fadhil dan Yaqzan balik ke Malaysia semua bersama-sama. Mereka balik lambat sedikit berbanding saya. Saya pulang awal kerana ada kerja di Malaysia yang perlu dibereskan. Banyak.
Lama menunggu untuk bayar tiket. 5 minit. 10 minit. 15 minit terus berlalu. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke kedai yang berbeza untuk melunaskan bayaran tiket Kuwait Airways.
lupa la nama kedai tu tapi pekerja yang berurusan dengan pelanggan di kaunter tu saya ingat namanya. Manar. Miss Manar. Gadis Jordan sekitar 20 an.
Miss Manar: Can I help you?
Saya : I want to pay for the tiket to Malaysia that I had booked it last week.
Miss Manar: Have a seat first.
Saya : Thanks.
Itu baru permulaan kalam. OK la juga bila bercakap bahasa inggeris. Semasa berurusan mesti tergagap bercakap. Tak pun tercampur bahasa arab. Muskilah kabiroh! Kalau la dulu...
Saya: Leish yujad ziyadah for the tiket?.(Awat tiket hari tu naik harga?)
Saya: Kam sa'ah...eh, how long I will transit at the Kuwait airport? (Berapa jam eh, berapa lama saya transit di lapangan terbang Kuwait?).
Kenapa la tercampur bahasa pula ni? Bahasa Inggeris + Arab Fushah + Arab 'Ami = Bahasa Pasar!!! Dalam hati ni Allah saja yang tahu. Nak tergelak la sebab tak berapa reti dah nak cakap bahasa orang putih. Mungkin setiap hari cakap arab kot. Tambahan pula di jamiah memang belajar dalam bahasa arab. Pedih2. Kalau la dulu...
Perkara sebegini sering berlaku tatkala berurusan jika penjual cakap bahasa Inggeris. Saya bukan tak reti nak cakap Inggeris tapi agak sukar untuk tukar-tukar bahasa ni. Waktu beli printer 2 bulan lepas pun berlaku macam ni juga. Penjual printer 2 punya la sakan cakap Inggeris, tekad nak balas bahasa arab. Maklumla nak mahirkan bahasa yang kurang mahir tapi akhirnya bahasa Inggeris yang dianak tirikan.
Penjual Arab: This model of printer is best.
Saya : La. Ana biddi...errr..(2 saat kemudian) this printer. I look it is good. (Tak nak. Saya nak printer ini).
Saya : Kam the price? (Berapa harganya?)
Ini semua pengalaman. Saya dapat rasakan betapa teruknya bahasa Inggeris saya ketika itu.Macam baru je masuk tadika belajar bahasa. Merah padam muka bila penjual arab seolah-olah poyo sangat cakap Inggeris. Rasa dia macam gelak kat saya je. Ingat aku tak reti cakap ke? Jangan nak berlagak la. Cakap Inggeris pun makhraj tak betul! Bentakku dalam hati. Hati je la. tak berani cakap kuat-kuat. Sabar je la. Kalau la dulu...
Kenapa "kalau la dulu...?"
Temu Duga Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beruntung sangat rasanya bila dapat pergi temu duga untuk apply biasiswa JPA. Tambahan pula saat tu merupakan saat kegemilangan Bahasa Inggerisku. I CAN SPEAK ENGLISH WELL!. Boleh la sikit-sikit.
Semasa temu duga hari tu ada 3 orang panel menilai kemampuan 5 orang pelajar. Temu duga dijalankan dalam bahasa ibunda dan bahasa inggeris. Segala isu yang ditimbulkan dapat saya jawab dengan baik samada dalam bahasa Inggeris mahu pun Bahasa Malaysia sampaikan panel meminta saya tidak menjawab soalan yang diajukan sebab pelajar yang lain tak jawab lagi. Menggigil kot.
Panel penilai: I hope that you will not answer this question. This question except for you.
waktu tu memang dah rasa dah memang besar peratusnya saya akan dapat biasiswa JPA. Makhraz dan kelancaran Bahasa Inggeris pun macho ala-ala Brad Pit.
Bila keluar je temu duga saya tersenyum sampai teliga. Puas! Tapi itu dulu...
Temu Duga Biasiswa Khazanah Nasional Berhad.

Ha... ni lagi gempak. Antara biasiswa yang paling susah di Malaysia. Maklumlah syarikat korporat GLC. Pergh!!! Kalau balik berbekalkan biasiswa ni dan terus bekerja dengan syarikat ni gaji x payah cerita la. Swasta. GLC. Paling kurang 4 angka!
Gementar juga nak cakap ni. Segala perbualan, persoalan, jawapan dan segala-galanya WAJIB dan 100% dijalankan dalam bahasa Inggeris. Waktu tu dalam 2 minggu selepas temu duga JPA. Memang cuak tapi berbekalkan Bahasa Inggeris pada waktu itu segala-galanya tidak mustahil. Memang cool.
2 orang panel menilai seorang pelajar satu demi satu selama hampir 1 jam. lama betul menunggu. Prepare apa yang nak cakap.
Bidang yang diambil Business Investment dan tempat yang ditawarkan ialah United Kingdom. Biasiswa yang diberi juga memang berlonggok! Sebab tu la kena betul-betul excellent Engglish. Temu duga pun sampai 4 stages! Saya ulang, 4 stages! Temu duga sedahsyat ni saya tak lepas. Tak ada rezeki. Tapi saya memang berpuas hati dengan tahap bahasa Inggeris saya pada ketika itu. Tapi itu dulu...
Tutup cerita.
Segala cerita diatas mungkin juga berlaku kepada anda dan kita semua. Boleh dikatakan ramai kawan di Jordan saya mengalami masalah yang sama. Sahabat serumah pun mengalami masalah yang sama. Mungkin inilah yang dikatakan produk Timur Tengah tak mahir berbahasa Inggeris padahal mahasiswa disini merupakan pelajar yang terbilang. Bukan calang-calang. Tetapi kenapa fitnah sebegini kerap dikaitkan dengan mahasiswa Timur Tengah? Persoalannya adakah salah kita? Salah persekitaran? fikirkan.
Segala yang berlaku dahulu, kini dan akan datang bergantung kepada usaha kita. Kita yang menentukan siapa kita pada masa akan datang. Kita wajib berusaha. Usaha. Tidak mustahil kegemilangan dahulu hanya ketika dahulu sahaja. Kita boleh lebih cemerlang dari itu. Yang penting uasaha.
Apa yang saya ingin kaitkan cuba kita sama-sama hayati firman Allah:
"Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka sendiri mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Ar-Ra'ad: 11).
Wallahu'alam.
Tuesday, January 12, 2010
Daurah BQ & Perkongsian Kedua
Kali ini, aku mahu menge'post' tentang daurah 2 mingguku di Baitul Qurra' Wal 'Ilmi ...Aku telah pergi ke BQ pada 2 tahun yang lepas, yakni selepas tamat SPM, bersama dengan beberapa alkis spm 08. Ramai juga yang ikut serta, walaupun mempunyai komitmen lain seperti praktikal banklah, kerjalah, jaga rumahlah dan macam-macam lagi.
Pelbagai ilmu yang aku dapat daripada daurah di sini. tapi... banyak mende sebenarnye yang aku dah lupe... tapi... aku ingat lagi pesanan Ust Zul (+- beginila)...
Kamu hadir daurah ni, kalau tak dapat ingat semua yang diajar, ingat satu pun cukuplah
Takkanlah dapat ingat satu je???
getus fikiranku...
tapi, itulah yang berlaku, dan aku rasa, nasihat beliau itu untuk aku. Aku hanya dapat ingat dengan betul-betul dari fikiranku satu perkara yang diajar, KHIDMAH.
KHIDMAH
Apa sebenarnya khidmah ni? Ikut apa yang aku faham dari lidah Ust Zul, aku fahamnya sebagai khidmat yang diberikan seseorang kepada orang lain yang antara tujuannya untuk merendahkan ego dan sikap bangga diri.
Ust zul memberikan contoh yang amat mudah, tapi bukan semua orang boleh melakukannya, daripada diri beliau sendiri (kalau tak silap saya), bukan untuk riak, tapi untuk anak muridnya mendapat feel & zouq yang sebenar.
Ceritanya lebih kurang begini... Beliau sebagaimana kami, juga menuntut dengan guru, pada zaman mudanya. Dan patut dinyatakan bahawa dahulu, banyak pakai tandas berbaldi/berbesen, mana ada tandas yang mewah-mewah macam sekarang. Dan setiap kali usai gurunya berhadas besar, beliau akan menyelinap mengambil bekas hadas dan membersihkannya. Lama-kelamaan, gurunya perasan akan hal itu dan kemudian menyorokkannya. Tapi, jika ada saja peluang, beliau akan mengambil peluang itu, semata-mata untuk merendahkan ego, menghilangkan bangga diri...
Aku agak terpaku sebenarnya mendengar ceritanya itu. Lantas aku cuba aplikasikan dalam hidup aku. Tapi, takdalah sampai angkat baldi tahi. Aku usaha ringankan tulang aku, walaupun aku dari segi kiraan kg memang berat. Sesiapa yang perlukan pertolongan, aku cuba tolong.
Sampailah di sini, di Jordan, aku cuba aplikasikan khidmah. Contohnya, mana-mana member yang datang rumah aku, BaytDS, kami akan menjamu mereka, (kalau ada benda nak bagilah, kalau tiada, senyap-senyap sudah). Itu hanya satu contoh yang mudah...
Dari satu sisi yang lain pula, takkanlah kita asyik nak mengharap orang lain yang memberi khidmat, kalau begitu, tak pelik kalau umat Islam hari ini ditindas. Usahakan diri jadi lebih baik, untuk manfaat diri sendiri juga, dan juga untuk makhluk di sekeliling kita.
Dan, patut dinyatakan bahawa aku amat bersyukur dipilih Allah untuk mengikuti daurah BQ ini. Harap-harapnya, Allah berikan aku kesempatan lagi sekali untuk bertandang ke BQ... Di sini disertakan sekali video Qasidah Ya Badratim. Memang layan habis.
***************************************************************************************
Perkongsian Kedua.......
كلّي آذان صاغِية
(kulli aazaanin soghiah)
Maksudnya, seluruh diriku adalah telinga yang mendengar. (+- lah, hoho)
Boleh saja guna dalam perbualan mahupun penulisan...
Contoh:
يا زلمي, عندي مشكلة كبيرة. هل تمكن أن تسمع مشكلتي؟
(yaa zalame, 3indi mushkilah kabiroh. hal tumkinu an tasma3a mushkilati?)
(yo bro, aku ade prob besaq beb. Boleh x hg dgr masalah aku nih?)
-مش مشكلة, كلّي آذان صاغية.
(mush mushkilah, kullii aazaanin soghiah)
(no prob, seluruh diri gua la ni, telinga yang mendengar beb.)
*INTABIH! PENGGUNAAN مُش & زلمي HANYA DALAM BAHASA PASAR SAHAJA, BUKAN BAHASA FUSHAH, MASHI???
SELAMAT BERCOBA-COBAAN!!!

Wednesday, January 6, 2010
Hari Terakhir di Markaz Lughah
Tarikh 5 Jan 2009 agak meninggalkan kesan kepada aku. Macam-macam rasa ada. Gembira, sedih, huzil, kenyang, dan macam-macam lagi…
Gembira sebab tak perlu nak cari modal untuk muhadasah untuk keesokan harinya (guna ayat naim dalam FB. Haha). Gembira juga sebab dah takhorruj markaz lughoh.
Sedih sebab lepas ni, susahlah nak jumpa Dr Umar dan Dr Alaa'. Sebenarnya, nak belajar lebih banyak lagi sepert Munada ( tajuk yang aku tak berapa nak belajar masa di 510, main ragbi daerah kot. Haha. Samihni Ustazah Norhayati! Huhu). Tapi bak kata Rakif kepada Dr Umar dengan bersemangat:
"Kalau Markaz Lughah free, saya datang"
Banyaklah hang Rakif…
Huzil sebab ada ikhtilat yang mungkin agak terkawal kot… agak… Pelajar-pelajar Korea kan… Tidak berapa faham tentang Islam. Apatah lagi aku yang kekadang alpa. Tapi, aku masih dapat belajar satu kalimah:
"ARASSO"
Maknanya 'SAYA TAHU'. Haha. Banyak kali aku terdengar dalam lagu Korea, ini maknanya…
Kenyang, sebab ada jamuan. Tiga perkatan tentang jamuan:
MERIAH, PUAS HATI.
Sabo Dr... Doakan kami berjaya ya...
Tapi, kalaulah ditanya kepada aku, adakah wajar kita ambil daurah kat markaz lughoh (ML), aku akan berkata بلى... tanpa ragu-ragu. Bagus ML ni, memang menyediakan persiapan kepada pelajar-pelajar yang nak sambung belajar di U Yarmouk, tapi, ada syaratnya. Amal tanpa kesungguhan, ibarat melepaskan batuk di tangga.
Dan, perlu diingatkan, bahawa aku bangga menggunakan perumpamaan di atas, kerana masal itu adalah warisan Melayu. Siapa lagi yang akan menggunakannya, kalau bukan orang melayu itu sendiri (ataupun yang seangkatan dengannya, sebab nyong wong jowo. huhu)! Aku menyahut seruan Dr Umar, dia menggesa kami supaya memelihara perihal ini kerana baginya, orang arab amat mementingkan masal dalam percakapan sehari-hari. Serius penting, supaya mesej terus masuk ke hati. Memang makan dalam bagi golongan yang berfikir.
Dan di sini, aku ingin mengucapkan seUrdun kesyukuran kepada 2 Dr aku, Dr Umar dan Dr Alaa' kerana berhempas-pulas mengajar kami. Sungguh, mereka adalah antara mu3allim terbaik di alam ini ( kecuali Dr Umar, kerana beliau mendakwa bahawasanya beliau adalah yang terbaik antara terbaik. Haha) Adapun guru-guruku yang lain, aku memang menghargai kalian, kerana memberikanku wasilah kepadaku...
Dan di sini juga, aku nak memperkenalkan amsal yang aku dapat daripada 2 duktur-duktur ini. dan sebagai permulaan, aku mulakannya dengan:
من طقطق لسللام عليكم
(min toktok lisalamu 3alaikum)
~daripada toktok hinga ke selamat tinggal~
Maksud masal ni adalah daripada mula hingga habis.
Sejarah masal ini adalah, kalau anda semua hendak pergi ke rumah kawan, awal-awalnya mestilah ketuk pintu rumah dulu kan. Dan setelah berziarah, apabila hendak mengundur diri, akan diakhiri dengan salam.
Masal ini sesuai digunakan untuk semua siyaaq(keadaan).
CONTOH:
ماذا تكلمتَ مع فرقان؟
- . تكلمتُ معه عن حياتي في الأردن من طقطق لسلام عليكم
(Ape yg hg citer ngan furqon?)
-(Aku citer tentang hidupku di Jordan daripada mula sampai habis)
OK. Jumpa lagi. Selamat bercuba-cubaan... Bittaufiq beb!
P/S: 19 ni xm, x berape nk study lagi. kamonla cimok, makan jer!

















