Ads 468x60px

Pages

Tuesday, August 17, 2010

Jalan-jalan Cari Makan

Inilah restoran yang kami maksudkan.

Selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak, kami sebulat suara untuk bersiar-siar di pantai Aqaba. Permandangan di Aqaba sangat menarik. Teringat Malaysia. Terutamanya Langkawi. Macam Langkawi pun ada, tetapi Langkawi lebih dari segi sentuhan binaan dan kemodenan. Rasanya, Aqabalah yang paling canggih dan moden di Jordan. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Dari tepi pantai di Aqaba ini kami boleh lihat negara haram Israel. Bandar Ilat, Israel memang jelas terutamanya pemandangan pada waktu malam. Israel telah berusaha untuk menjadikan Bandar Ilat sebagai bandar pelancongan.



Setelah penat bersiar-siar di tepi pantai, kami berasa lapar. Perut Iqbal berkeroncong, perut saya bernasyid manakala perut Fadhil menghasilkan bunyi "rap". Maklumlah penat berjalan dari pagi sampai malam. Padat betul masa kami. Sehingga waktu itu kami baru makan 2 kali sahaja. Sarapan dan makan tengahari.

Kami pun berbincang untuk makan makanan laut. Mengidam rasanya sebab sudah lama tak makan makanan laut. Asyik makan syawarma dan falafil je. Kami pun berbincang. Pening betul la!!! Macam-macam pendapat ada. Makan di Restoran Ali Baba la, restoran murah la, Restoran tepi pantai la...Pening2!!!

Selepas itu, kami pun berjalan untuk cari restoran makanan laut. Dalam perjalanan itu saya ada bersembang dengan seorang warga tempatan Aqaba. Ikuti perbualan kami...

Soleh: Assalamualaikum.
Pak Arab: Wa'laikumsalam. Anta Malizi?
Soleh: Aiiwah...Ana malizi. wa anta?
Pak Arab: Ana urduni. Min Aqaba.

Senang cerita saya terjemah dan singkatkan je la apa yg saya sembang dengan dia. Penat betul menaip. Ok, dalam perbualan tersebut saya tanya la dia tahu tak restoran makanan laut yang terdekat tetapi murah. Dia kata dia tahu dan nama restoran tu "Syati ul Mabruk". "Restoran tu murah. Kalau awak makan sekitar 3 dinar sahaja" Kata Pak Arab tersebut dengan penuh semangat kepada saya. Selepas itu ada ke patut dia tanya saya berapa duit yang saya ada. "Ehh... lain macam je ni. Silap2 ada yang kene muaythai dengan saya" Bisik hati saya. Saya pun balas "Saya ada sikit je duit sebab itulah saya cari restoran yang murah2 je. 5 Dinar je saya ada".

Pastu saya pun tinggalkan Mat Arab tu terkontang-kanting bersendirian. Malas nak layan.

Kami pun cari la restoran yang dimaksudkan tu. Nama restoran tu "Syati ul Mabruk". Maknanya "Pantai yang Mabruk". Mewah juga la restoran ni sebab restoran ni tiga pintu. Besar la juga. Kami pun tengok la menu dulu. Takut mahal. Ikan seekor pun harga mencecah 14 Dinar!!! Haa...apa lagi, cuba la kali 5. Kalau di Malaysia, harganya sekitar RM70!!! Mahalnya.

Memandangkan perut kami semakin rancak mengeluarkan bunyi "rap". Apatah lagi perut Fadhil. Perut saya yang pada mulanya istiqomah bernasyid tiba-tiba sahaja bertukar "rap".Pelik2.

Kalau nak ikutkan hati mahu je kami cari restoran lain tapi dah tak larat berjalan. Kami pun masuk je la... Taram je la.

Nak tahu apa yang kami makan? Sedap ke tak sedap? Baca seterusnya...

















Jeruk buah dan roti yang dihidangkan ini percuma je sebab kami menunggu hampir 20 minit. Fadhil dan Muhtadi paling lambat terima pesanan.






Setelah kami memesan makanan. Kami telah dijamu dengan jeruk campuran timun, cili dan zaitun beserta roti. Percuma!

Sambil menunggu makanan siap. Kami makan je la jeruk tu. Masam.


Saya diapit oleh dua jejaka tampan Irbid.


Abang Firdaus (Bro Jai).

Bro Jai ala2 Men In Black lagaknya.


* Salatah Beserta Kentang Lenyek.

* Harga: 1.50 Dinar Jordan!
*Kuantiti: Sedikit.
*Rasa masakan: Sedap.
* Komen: Dah la sikit, mahal pula tu. Sabar je la..










* Soup Sea Food.

* Harga: 3.50 Dinar Jordan!!!
* Kuantiti: Boleh la tahan. Ok la.
* Rasa masakan: Memang sedap!
* Komen: Pergh! apa nih? kuah pun sikit. Isi banyak la juga.








Muhtadi The Actor.

Gaya yang sentiasa "cool".


*Nasi Goreng Udang Bersama sayur-sayuran.

*Harga: 9.00 Dinar Jordan!!!!!!!!!!
*Kuantiti: No komen. Tengok la sendiri.
* Rasa masakan: Memang sedap dan lazat. Tetapi harganya lebih mengancam daripada masakannya.
*Komen: Kenapa mahal sangat ni yeop? Nasi goreng RM45? Logik ka? Jawab2.







Solehhuddin Suhaimi (Darus Salam).

Memang berkaliber dan berkarisma! hehehe...



* Soup Sea Food.

* Harga: 3.50 Dinar Jordan!
* Kuantiti: Malas la nak komen. Sikit sangat dan tak kenyang kalau tak baca Bismillah...
* Komen: Saya masak lagi sedap...2 je kot.









* Lentil.

*Harga: 1.50 Dinar Jordan.
*Kuantiti: Mangkuk dia sama je macam Soup Sea Food.
Komen: Sedap la. Macam kuah dal. Teringat la pula roti canai.








Fadhil Hamdi (Cimok Kerto).

Mimik muka yang selamba.Relax sudah...



* Briyani Fish.

*Harga: 7 Dinar Jordan!!!
*Kuantiti: Tepi ni ada gambar. Silakan komen.
*Komen: Haa... yang ni ok la sikit. Ada kuah filet ikan dalam piring berasingan. Saya dah rasa, sedap la juga. Semua sedap.








Iqbal Sabry (Keba).

Ada gaya seorang penceramah hebat.



* Salatah Beserta Kentang Lenyek.

* Harga: 1.50 Dinar Jordan.
* Kuantiti: Makan 5 sudu dah habis daa.
* Komen: Mahal! Kentang dia tak mengancam la. Kalau boleh kome jangan la makan. Buat habih boreh je.










* Soup Sea Food.

* Harga: 3.50 Dinar Jordan.
* Kuantiti: Seperti mana yang telah dinyatakan diatas.
* Komen: Tak larat dah nak komen. Paham2 je la ye.










Yaqzan (Koje).

Kenapa ni Koje?



* Kalamari.

* Harga: 7 Dinar Jordan!!!
* Kuantiti: No komen.
* Komen: Kenapa nama makanan ni pelik? Kalamari? Kenapa tak Himawari atau Ipohmari?








Begitulah ceritanya. Lepas makan kami pun minta utk bergambar dengan pelayan di restoran tersebut sebagai kenang-kenangan sebab kami tak datang dah kt restoran tu!



Bergambar bersama pelayan di restoran "Syati ul mabruk".


P/s: Jalan-jalan cari makan pun banyak iktibarnya. Entah2 Pak Arab tu tokey restoran ni kot sebab tu la dia cakap murah. Entahlah...Wallahu'lam.
 

0 comment:

Post a Comment