Ads 468x60px

Pages

Wednesday, March 17, 2010

Tips-tips Temuduga JPA

Temu duga biasiswa? Tingkatkan keyakinan anda...


"Wa'alaikumsalam" ucapku ringkas kepada Kamal yang baru sahaja sebentar tadi datang ke rumah kami. Dia ingin mengajak Iqbal jogging di University Yarmouk. Setelah mengunci pintu, saya terus menghadap komputer. Sebaik sahaja duduk diatas kerusi tiba-tiba ada seseorang "BUZZ". Ooo... abang Abdul Rahman. Senior tahun 2 di University Yarmouk.

Abd Rahman: Salam Soleh.

Soleh Suhaimi: Wslm.

Abd Rahman: Ana nk buat permintaan dari bdk2 JPA n MARA...

Soleh Suhaimi: Silakan.

Abd Rahman: Boleh x korang wat post berkaitan pengalaman temuduga dan soklan2 yg ditanya dlm blog korang..

Soleh Suhaimi: Untuk ape?

Abd Rahman: Diorang nak tahu ape yg ditanya dan persediaan sebelum temuduga...

Soleh Suhaimi: Diorang?

Abd Rahman: Abg harap sgt korng buat 1 post...Junior abg nak tahu sbb dia apply JPA. Islamic Banking.

Soleh Suhaimi: Ke mana? Jordan?

Abd Rahman: Yup...tu dia minta kalau senior2 first batch ni boleh kongsi pengalaman temuduga ngan diorang.

Soleh Suhaimi: K la . Nanti saya fikir balik.

Begitulah sedikit sebanyak perbualan kami tentang biasiswa JPA dan biasiswa MARA. Saya ni bukannya insan yang terbaik untuk berbicara tentang bab ini tapi Darus Salam krew suruh saya buat juga. Ya la, saya akur tanpa bantah...


Muqaddimah...

Kalau hendak berkongsi berkenaan tips-tips temuduga saya rasa saya tak larat dan penat untuk menulis. Semua tips-tips tersebut dengan senang boleh didapati dalam internet. Apa yang saya bakal kongsikan bersama ini merupakan pengalaman saya, saya sebagai diri saya yang saya. Dan lebih tertumpu mengenai permohonan biasiswa dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam. JPA. Saksikan...

Penerangan secara rambang, Biasiswa JPA dibuat secara berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang tanpa mengira lelaki mahu pun wanita. Panel penilai sebanyak 3 orang akan menilai kemampuan. keyakinan, pengalaman setiap individu dalam 1 bilik khas. Temu duga dijalankan selama lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

Perlu diingatkan, kemahiran bercakap dengan penuh keyakinan dan pengetahuan am merupakan aset terpenting untuk melayakkan diri untuk memohon setiap biasiswa.


Ini temu duga saya, pengalaman saya...

Seawal pagi jam menunjukkan pukul 6.50 pagi, saya terus bergerak dari rumah ke Majlis Bandaraya Ipoh dengan hanya berjalan kaki. Ayah saya kerja luar pada hari tersebut. Bas kalau ada pun tidak menuju ke MBI. Motor pula rosak, terpaksa jalan kaki. Penat. Jauh. Redah saja...

Temu duga dijalankan pada pukul 8.00 pagi. Temuduga JPA. 10 minit sebelum pendaftaran saya sampai. Letih dan termengah-mengah tetapi masih "cool". Masih "chare" bak kata Cimok.

Kenapa mohom JPA? Senang ke? Pada ketika itu dikatakan kuota Bumiputera yang akan ditawarkan biasiswa JPA sebanyak 55% manakala kuota bukan bumiputera sebanyak 45%. Manakala MARA 100% semua Melayu. Lebih mudah dan senang, kata sesetengah orang. Kalau mohon kedua-dua biasiswa tidak boleh sebab syaratnya wajib pilih salah satu sahaja. Kenapa saya masih mohon JPA walaupun mempunyai persaingan dengan bangsa lain yang diwar-warkan lebih hebat dan cemerlang? Ini merupakan pemikiran saya pada ketika itu. Saya merupakan pelajar lelaki, keturunan melayu, memohon biasiswa ke Timur Tengah dan merupakan first batch. Fikirkan. Ini semua kunci.

Pada saya, memohon JPA lebih mudah atas alasan saya berbangsa Melayu. Jangan salah faham bahawa melayu akan dapat biasiswa daripada JPA dengan semudah itu. Hal ini kerana saya menyangka ramai Melayu yang akan memohon MARA pada tahun tersebut disebabkan beberapa perkara:

1. Tahun sebelumnya kuota untuk Melayu lebih banyak dalam tajaan biasiswa JPA ke luar negara. Tahun 2008 berlaku sedikit perubahan dasar kerajaan berkaitan kuota untuk bangsa Melayu.
2. Saya menjangkakan pelajar Melayu akan lebih ramai memohon MARA disebabkan berlaku persaingan dengan bangsa lain jika memohon JPA. Jadi, Pelajar Melayu yang memohon JPA akan berkurangan dan seterusnya peratusan saya untuk berjaya akan semakin meningkat.

Yang kedua, saya seorang lelaki. Kenapa lelaki pun menjadi "important point" bagi saya? Sebabnya, dikatakan ramai lelaki ditawarkan ke Pusat Serenti dan ramai yang menerima tawaran tersebut. Fikir-fikirkanlah wahai kaumku... Semasa hari temu duga pun saya lihat memang agak sedikit lelaki Melayu. Jadi peluang agak terbuka luas.

Seterusnya, jurusan yang saya mohon Ekonomi dan Perbankan Islam. Kos ini merupakan kos pertama yang ditawarkan biasiswa oleh kerajaan, jadi ramai pelajar yang tidak sangka wujudnya kos ini semasa mengisi borang online. Realitinya, hanya sedikit sahaja yang memohon kos ini.Tapi saya teliti semasa mengisi borang.

Dari segi kewangan juga saya beranggapan JPA lebih kukuh jika hendak dibandingkan dengan MARA. Mungkin betul, mungkin salah. Tambahan pula negara mengalami kemelesatan ekonomi pada tahun 2008. Jadi saya memohon JPA.

Bagi saya, point yang paling penting sekali ialah keputusan SPM yg meletup. Kalau tak mampu mendapat semua A1 atau A+ pun tidak mengapa asalkan masih semua A. Itu seafdhalnya. Sebab yang memohon biasiswa merupakan pelajar-pelajar terbaik, tercemerlang dan terbilang. Saya tidak nafikan itu.

Semasa pembahagian kumpulan saya telah ditakdirkan 1 kumpulan dengan 4 orang wanita. Wow!!! betul atau tidak apa yang saya cakap tadi? Lelaki Melayu Islam memang sedikit. Saya bukan berniat hendak menimbulkan kontroversi mahupun memperlekehkan bangsa sendiri tetapi ini adalah hahikat yang perlu kita sedari. 2 daripadanya Melayu dan yang lainnya masing-masing berbangsa Cina dan India. Yang paling penting sekali saya seorang sahaja lelaki. Lelaki Melayu terakhir la katakan...

Perlu diigatkan juga bahawa temu duga dijalankan dalam Bahasa Ibunda yakni Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yakni bahasa perantaraan dunia kini. Jadi, pemohon biasiswa perlu mahir kedua-dua bahasa ini. Antara nilai tambah yang perlu ada ialah sesuatu yang kita ada tetapi pelajar lain tiada. Contohnya, resume. Dalam temu duga JPA tidak disyaratkan membawa resume tetapi saya rasa kita kena bersikap profesional. Saya buat dan membawa resume. Sampaikan pemohon JPA yang lain cuak dengan saya dan mereka jadi gelabah. "Ehh, kena bawak resume ke? Tak kena kan?" bukan seorang sahaja yang tanya begitu kepada saya bahkan ramai. nampak sangat mereka kurang bersedia dan tidak didedahkan dengan perkara-perkara penting sebegini.

Selain itu, kalau anda sertai NGO atau aktiviti selepas SPM yang menunjukkan anda seorang yang aktif sila lampirkan sekali dalam fail dan resume. Contohnya, aktiviti saya selepas SPM adalah dengan menyertai praktikal di Bank Rakyat di Ipoh selama 3 bulan. Hal ini kerana, sekolah saya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ada membuat perjanjian dengan Bank Rakyat bahawa pelajar yang cemerlang dalam subjek akaun diberi pilihan untuk membuat praktikal di Bank Rakyat selama 3 bulan. Selama 3 bulan tersebut, saya telah mempelajari prosedur membuat, melulus dan menganalisis pinjaman. Saya juga mempelajari berkenaan dengan CCRIS, CTOS, FIS, pelaburan mata wang dan banyak lagi. Program ini merupakan program pertama di Malaysia yang meluluskan pelajar lepasan SPM membuat praktikal di Bank yang diiktiraf. maklumat ini saya masukkan dalam resume. Penting.

Cuba fikirkan, apa yang kita ada tetapi dalam masa yang sama orang lain tiada. Itulah nilai tambah kita. Itulah alter terahsia kita.

Jika saya berjalan kaki untuk temu duga hingga berpeluh pun dapat menghadapi temu duga dengan baik, apatah lagi anda? Mesti lagi dahsyatkan. Ini cabar supaya anda sahut cabaran ini.



Krew Darus Salam bersama dengan Ust Ghafarallah dan Dr. Rahimi di bilik mesyuarat INTEC.


Perbincangan Dalam Temu Duga...


Kita sambung cerita, selalunya kalau kita servey senior-senior atau dalam internet apa yang dibincangkan dalam temu duga ialah berkenaan dengan isu-isu semasa dan pengetahuan am. Sentuh mengenai isu semasa, temu duga JPA saya dijalankan pada awal tahun 2009. Pada tahun 2008 berlaku krisis ekonomi dunia. Secara tidak sedar Malaysia tercinta turut terkena tempiasnya.

Antara isu yang diketangahkan ialah:
1. JPA sudah kekurangan dana, jadi kita batalkan sahaja penghantaran anda semua ke luar negara.
2. Petronas, minyak galian negara dan tenaga pakar Malaysia.
3. Adakah anda ingin menjadi "Bagai kacang lupakan kulit" kerana tidak pulang ke tanah air untuk berbakti setelah kerajaan menaja anda ke luar negara sehingga anda berjaya?
4. Kenapa anda memilih untuk belajar dinegara tersebut?

Keempat-empat soalan diatas ditanya dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika panel bertanya dalam Bahasa Inggeris maka hendaklah jawab dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga sebaliknya.

Sepanjang pemerhatian saya, saya lihat para pelajar kurang arif berkenaan isu semasa dan pengetahuan am. Hal ini kerana kurangnya sikap membaca dan mengkaji. Misalnya, semasa soalan 1 diajukan, rakan sekumpulan saya tidak dapat menjawab dengan baik. Seolah-olah sembang kosong dengan rakan-rakan. Kenapa saya kata tidak dapat menjawab dengan baik? Pada saya, jika soalan fakta hendaklah kita menjawab dengan fakta.

Soalan 1 lebih tertumpu kepada ekonomi, antara hujah saya:
1. Untuk mengelakkan kekurangan dana kerajaan perlu membuat pelaburan.
2. Jangan kecilkan skop pelaburan hanya untuk wang semata-mata.

Kemudian saya huraikan pelaburan terbahagi kepada 2. Pertama, perlaburan kewangan dan yang kedua pelaburan kemanusiaan. Ya, pelaburan kemanusiaan. kesimpulan, JPA wajar menghantar pelajar ke luar negara kerana ia merupakan pelaburan kemanusiaan yang penting walaupun memerlukan jangka masa yang panjang. Secara automatik hujah saya diterima. Tambah markah.

Seterusnya, antara soalan yang famous saya kira. Kenapa anda memilih untuk belajar di negara tersebut? Kepada pemohon biasiswa, saya nasihatkan agar mengkaji negara yang kita mohon sebelum hari temu duga. Kalau anda bersekolah agama, mungkin anda akan menyatakan:

1. Hendak mantapkan Bahasa Arab. Jadi saya pilih Timur Tengah.
2. Saya dah ada basic ekonomi jadi saya pilih bidang ini.
3. Segala dugaan yang mendatang saya akan hadapinya sebagai cabaran dan bukannya sebagai masalah.

Saya secara peribadi sokong fakta diatas, cuma bergantung kepada cara huraian sahaja supaya panel yakin. Itu sahaja. Tetapi, saya ada membuat perbandingan belajar di Jordan dengan di Mesir. Kalau boleh, kita sentuh sesuatu fakta yang mungkin panel tidak mengetahuinya. Misalnya, saya ada menyentuh mengenai bahasa fushah dan ammi di Jordan. Saya katakan ammi Jordan lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan bahasa fushah. Point yang saya gunakan ini membuatkan panel terpaku dan terpana. Tambah markah.

Saya tersenyum dan ketawa kegirangan dalam hati apabila salah seorang panel berbisik kepada panel disebelahnya dan berkata "Fushah dan Ammi itu bahasa apa?". Memang seronok. Setelah panel disebelahnya menerangkan maksud 2 perkataan tersebut, panel yang tidak memahami perkataan yang saya gunakan tadi mencatat sesuatu atas kertas laporannya. Cayalah... Tambah markah.


Sekadar Perkongsian.

Tujuan saya menulis berkenaan dengan temu duga ini hanya menjalankan amanah sahaja. Saya terfikir apakah sumbangan saya selaku senior "first batch" pelajar tajaan JPA dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Jordan. Dalam masa sama, sekurang-kurangnya saya tidak menghampakan harapan Abang Abd Rahman.

Junior-junior saya yang berada di sekolah lama pun sering bertanya cara-cara untuk temu duga khususnya dalam bidang ini. Segala kebaikan yang kita peroleh sama-sama kita kongsikan. Untuk manfaat bersama.

Penulisan saya kali ini seperti mana yang saya katakan sebelum ini merupakan khusus untuk temu duga JPA dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam ke Timur Tengah.


Jika anda sehebat mana sekali pun tetapi tidak mampu memanipulasikan kehebatan anda, anda akan tetap tidak akan berjaya...



P/s: Kalau nk tips yg lebih banyak cari di tempat lain ye... Saya cuba buat tips-tips yang lain dari yang lain dan jarang dibincangkan berdasarkan sedikit pengalaman dari saya. Buat keputusan berdasarkan kesesuaian masa, tempat dan faktor2 lain. Harap membantu dan semoga berjaya.

P/s: Saya sebenarnya dah nk exam ni. Doakan saya ye...








19 comment:

Hamdi Ali said...

alter terahsie ek? terbaek~
satu lagi, klu dah blank sgt, jgn tunjuk muke gelabah. tunjuk muke yang pehun ngan keyakinan, ala2 poyo gitu...

lebeh baek daripade otak blank dan muke memperlihatkan keblankan itu.

remember! confidence is fundamental.

Anonymous said...

terbaik la scohalar!

Solehhuddin said...

Kpd Hamdi Ali (Cimok Kerto):
Yup! Itulah alter terahsia kita.
Kalau gelabah jgn tnjk muka poyo sudah...

Kpd Anonymous:
Kita semua mmg terbaik.
Tp ejaan "scholar" pn x betul mcm mana nk jadi terbaik?
Belajar dr kesilapan k.

syaza said...

salam..
sy pelajar sbp(samura)dan merupakan pelajar aliran science.
alhamdulillah memperoleh keputusan spm 2009 yg cemerlang,straight a's,9A.
ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang islamic banking di jordon
tetapi tidak mengambil subjek tambahan seperti akaun,ekonomi asas mahupun bahasa arab.
sedang memohon jpa dlam bidang tersebut.
pertanyaan sy:
besarkah peluang sy utk mendapat biasiswa tersebut memandang kan sy tidak mengambil subjek tambahan tersebut?

Solehhuddin said...

Kpd Syaza:
wslm...
Alhamdulillah keputusan SPM yg cemerlang.
Tahniah diucapkan.
InsyaAllah akan dapat jika sewaktu temu duga cemerlang. Besar kemungkinan berjaya.
Tetapi perlu diingatkn bhw 3 subjek tersebut merupakan subjek yg sangat penting. Pd pndpt saya, antara 3 subjek tersebut subjek yg terpenting sekali ialah BA, Ekonomi dan yg terakhir akaun.
Para pelajar Ekonomi Islam akan diletakkan bawah Kuliah Syariah, bukannya Kuliah Ekonomi.
Jadi, pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bhs Arab. Buku2 teks dan rujukan juga dlm bhs Arab.
Cuma sedikit sahaja subjek yg belajar blm bhs Inggeris seperti Akaun.
Setahu saya, pelajar Melayu di University Yarmouk semuanya mempunyai basic Bhs Arab. Kecuali pelajar Melayu yg belajar di Jordan University of Science and Technology (JUST) kerana pengajaran dan pembelajaran dlm Bhs Inggeris. Itupun majoriti pelajar JUST mempunyai asas Bhs Arab.
Adakalanya pelajar yg mempunyai basic bhs Arab juga sukar memahami apabila membaca. Pengajaran di sini juga bercampur antara Fushah dan Ammi.
Bergantung kepada pensyarah.
Harap menjawab soalan. All the best.

P/s: Utk maklumat lanjut boleh add YM wakil kami (Yaqzan) ibnu_ajed@yahoo.co.uk utk berbincang dgn lebih mendalam berkenaan bab ini.

Anonymous said...

thx..moga abg berjaya dunia akhirat abadi:)

Solehhuddin said...

Kpd Anonymous:
Sama2. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin

ummu said...

salam..
nk tumpang tnye..
cner nk wat resume tu eh??
bla bce post kt ats..trase cm nk wat gak..hhehe
hope dpt mbantu..=)

Anonymous said...

Thank you very much! It's really helpful :)

fatinah said...

assalamualaikum..
ada x contoh resume?apa yg perlu ditulis dlm resume?

Solehhuddin said...

Kpd Ummu dan Fatinah:
Contoh resume boleh didapati dari internet. Sebaik-baiknya buat dalam Bahasa Inggeris. Dlm resume jugalah merupakan wadah terbaik utk menceritakan kelebihan diri kita kepada penaja.
Link contoh resume:
http://www.scribd.com/doc/17770112/Contoh-Resume-Terbaik
Resume tersebut khas utk mohon kerja. Jadi kena la ubah "Working Experience" tu. Kalau dulu, saya buat "Activity after SPM"
Contohnya: Aktiviti NGO atau Progran Rakan Muda.
Program Rakan Muda kebiasaannya akan dapat sijil.
Saya kira itu merupakan nilai tambah yg terbaik. Aktif bersosial dan bermasyarakat.
Semoga Berjaya.


Kpd Anonymous:
You are welcome...

Norazreen said...

syukran..really helping in giving me da general view of the intrview..^^..newya,gdluck in ur exams..bonne chance..!!n hope cn wish me luck as well..

Anonymous said...

resume tu.. nk ltak kt bhgian mne dlm clear folder... pling dpn.. atw pling blkg?

Solehhuddin said...

Kpd Norazreen:
I only can wish you will be success in your interview, but I'm not a witch..
Good luck.

Kpd Anonymous:
Letak kt mane?
Susunan sijil dlm clear folder ada disyaratkan oleh JPA.
Saya dulu letak paling depan..
Sbb resume 2 sekadar muqaddimah utk menenali diri kita. Mcm ta'aruf juga la.
Antara hikmah lain, supaya menjadi tumpuan panel penilai jika diletakkan dihadapan.
Harap membantu.

fatin syafikah binti ismail said...

salam,
esok saya akan menghadiri temuduga JPA,
doakan saye ye,,
i'll try my best!!!!


~fatin aka Fify

Solehhuddin said...

Kpd Fatin Syafikah:
Semoga berjaya.
All the best.
"Mostest Bestest"(Most n Best)

Nurul Hani' said...

salam.
trima kasih byk2 ya suma info2 tuh.
sgt bguna. :D rsa bsyukur sgt2 ad org yg baik hati sggup korbn masa ntuk tlg org len wlupun nk exam.
thnks byk2 ! :D

harumaki said...

syukran akh..
sy pulak candidate JPA untuk 2011/2012.. sekarang jpa xde offer untuk ke mesir... So skrg laluan saya untuk lebih mendalami bahasa arab di smping mengambil course medic hanyalah ke Jordan...tp cmbest..doakan sy ntk interview rabu ni!~

Anonymous said...

thanks for the tips..

Post a Comment