Ads 468x60px

Pages

Thursday, May 20, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 1)

Hari ini merupakan hari keempat Jelajah Jordan kami dan saya ditugaskan menjadi wartawan. Menulis segala maklumat mengenai pengembaraan kami. Pagi kembara kami dimulakan dengan solat subuh. Selepas bersiap-siap, kami berenam berkumpul di lobi hotel pada pukul 6.30 pagi. Kami antara yang terawal turun jika dibandingkan dengan akhawat. Disebabkan ada masalah, bas tiba pada pukul 7.00 pagi. Sebaik sahaja semua masuk ke dalam bas, bas terus bertolak tepat pada pukul 7.11 pagi. Sebelum ke Mu'tah, pemandu bas ingin menukar bas disebabkan bas yang kami sedang naiki sekarang mempunyai masalah. Kami semua memerlukan bas yang lebih hebat, tahan lasak dan terbaik. Itu pendapat dan andaian saya. Sebaik sahaja sampai di suatu tempat yg saya lupa namanya, kami telah menukar bas. Segala beg kami pindahkan ke bas yang baru.

 Medan Peperangan Mu'tah





Proses penukaran bas sedang dilakukan, mungkin bas lama tu injurt...


Hanya tinggal sejarah...


Mu'tah mantiqah ma'rakah (Mu'tah Daerah Medan Peperangan).

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami ke Mu'tah. Menurut Ustaz Solihin, Mu'tah merupakan tempat yang paling sejuk di Jordan. Antara tempat-tempat paling sejuk di Jordan ialah Ajlun dan Wadi Musa. Jika Jordan mengalami musim sejuk, salji akan turun di Mu'tah dahulu kerana ia merupakan tempat yang tinggi. Kebanyakan penduduk Mu'tah merupakan Arab badwi. Kebanyakan mereka mengembala kambing dan menanam pokok zaitun. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pada tahun 80-an , penduduk Arab badwi di sini seperti tidak pernah tengok pelajar Melayu. Kita semua seperti makhluk asing saja lagaknya pada pandangan mereka. Di Mu'tah juga terdapat Sungai Nabi Soleh. Tapi kami x berkesempatan untuk pergi ke sana. Hal ini kerana kekangan masa dan banyak lagi tempat yang lebih aula dan terkenal yang kami kena pergi. 

Di sini juga terdapat Telaga Nabi Syuib yang dahulunya digunakan oleh Kaum Madyan. Telaga ini juga didakwa tidak pernah kering sampai ke hari ini walaupun pada musim panas. Subhanallah! telaga ini terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Middin kalau tak silap. Menurut penduduk di sini, air teh paling sedap apabila dibuat menggunakan air telaga ini. Tidak dapat ditandingi oleh air teh yang dibuat daripada air paip yang mengandungi klorin. Berhampiran dengan bekas tinggalan Peperangan Mu'tah ini dahulunya terdapat sebuah tugu peringatan yang besar dan tinggi dan terpahat nama-nama syuhada Perang Mu'tah. "Ustaz, mana tugunya? tak nampak pun." tanya kami. "Dah tak ada dah, sebab diruntuhkan" Jawab Ustaz Solihin dengan selamba. Menurut Ustaz Solihin lagi, selepas peristiwa 11 September 2001, tugu tersebut telah diruntuhkan. Hal ini kerana kerajaan Jordan takut dan risau jika akan muncul para mujahidin disebabkan tugu tersebut yang masih berdiri megah dan kukuh. Wallahu'lam.


Peperangan Mu'tah.

Perang Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidup Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallam biasa mengirim surat kepada para raja untuk berdakwah dan bertabligh kepada mereka. Salah satu surat beliau telah dibawa oleh Harits bin Umair ra. yang akan diberikan kepada Raja Bushra. Ketika sampai di Mautah, maka Syarahbil Ghassani yang ketika itu menjadi salah seorang hakim kaisar telah membunuh utusan Rasulullah SAW. Membunuh utusan, menurut aturan siapa saja, adalah suatu kesalahan besar. Rasulullah SAW sangat marah atas kejadian itu. Maka Rasulullah SAW menyiapkan pasukan sebanyak tiga ribu orang. Zaid bin Haritsah ra. telah dipilih menjadi pemimpin pasukan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda, "Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja'far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka pemimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya". 
Seorang Yahudi, ketika mendengar perkataan ini berkata, "Ketiga orang sahabat yang telah ditunjuk sebagai amir tersebut pasti akan mati. Anbiya AS. pun, dahulu telah mengucapkan kata-kata yang demikian". Kemudian Rasulullah SAW memberikan bendera berwarna putih kepada Zaid bin Haritsah ra. Beliau sendiri ikut mengantar rombongan untuk melepas mereka. Di luar kota, ketika orang-orang yang mengantarkan pasukan tersebut akan kembali, maka beliau berdoa untuk para mujahidin ini dengan doa keselamatan, kejayaan, dan agar mereka dijauhkan dari semua perkara yang buruk sampai mereka kembali. 
Do'a Rasulullah SAW ini dijawab oleh Abdullah bin Rawahah ra. dengan membaca tiga bait syair yang maksudnya:
Engkau meminta ampunan dari Tuhanmu.
Sedangkan kami menginginkan pedang yang akan memutuskan pembuluh-pembuluh darah atau tombak yang akan menusuk lambung dan hatiku
Jika nanti, orang-orang melewati kuburan kami, mereka akan berkata:

Inilah orang-orang yang telah berjuang untuk Allah. Sungguh, kalian betul-betul telah mendapat petunjuk dan kejayaan
Setelah itu, berangkatlah pasukan tersebut. Syarahbil pun telah mendengar tentang keberangkatan pasukan ini. Dia telah menyiapkan pasukan sebanyak seratus ribu tentara untuk melawan kaum muslimin. Dalam pada itu, para sahabat r.ahum. juga telah mendengar kabar bahwa Heraclius, raja Romawi, juga telah mengirim seratus ribu tentaranya untuk ikut menyerang kaum muslimin. Maka dengan jumlah musuh yang demikian banyak tersebut membuat sebagian sahabat ra. menjadi ragu: meneruskan bertempur melawan musuh, ataukah memberitahukan kepada Rasulullah SAW. Abdullah bin Rawahah ra. berkata,
"Hai orang-orang. Apa yang kalian takuti?
Untuk apa kalian keluar meninggalkan Romawiah kalian?
Apakah kalian keluar ini bukan untuk mati syahid?
Kami adalah orang-orang yang tidak memperhitungkan kekuatan ataupun banyaknya orang dalam pertempuran.
Kami hanya berperang agar di suatu hari nanti, Allah s.wt. memuliakan kita.
Majulah. Setidaknya salah satu di antara dua kemenangan mesti kita dapatkan. Mati syahid, atau menang dalam pertempuran ini".


Maqam Abdullah Bin Rawahah r.a.

Mendengar kata-kata tersebut, semangat kaum muslimin pun bangkit kembali. Mereka terus maju sehingga sampailah pasukan tersebut di Mut'ah dan mulailah pertempuran berlangsung antara mereka dengan pasukan musuh. Dalam permulaan pertempuran, bendera dibawa oleh Zaid bin Haritsah ra. Dengan bendera di tangan, ia telah menyerang ke tengah Pertempuran. Mulailah berlangsung pertempuran. Ketika itu saudara Syarahbil telah terbunuh sedangkan kawan-kawannya melarikan diri. Syarahbil sendiri telah lari ke sebuah benteng dan bersembunyi di dalamnya. Kemudian Raja Heraclius mengirimkan bala bantuan lagi kurang lebih sebanyak dua ratus ribu orang tentara. Pertempuran berlangsung dengan begitu dahsyatnya. Akhirnya, Zaid ra. gugur syahid. Maka bendera kaum Muslimin segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib ra., setelah itu ia memotong kaki kudanya agar tidak berpikiran lagi untuk kembali. Sambil menyerang musuh, ia membaca beberapa bait syair yang terjemahannya sebagai berikut:
Hai orang-orang, apakah tidak baik surga itu
Dan surga itu sudah dekat
Betapa indahnya ia
Dan betapa sejuknya air surga
Telah dekat masa siksa bagi raja Romawi
Dan saya mempunyai kewajiban untuk membunuhnya
Setelah membaca syair tersebut, dipotonglah kaki kudanya dengan tangannya sendiri. Agar hatinya tidak berpikir untuk kembali. la menghunus pedangnya dan terjun ke tengah pertempuran melawan orang-orang kafir tersebut. Karena ia adalah pimpinan pasukan, maka bendera itu tetap berada di tangannya. Pada mulanya, bendera tersebut dipegang dengan tangan kanannya. Tetapi salah seorang pasukan kafir telah memenggal tangan kanannya sehingga bendera pun terjatuh. Maka bendera tersebut segera diambil dengan tangan kirinya. Tetapi, orang kafir itu telah memotong kembali tangan kirinya. Maka ia segera mendekap bendera itu di dada dengan kedua lengannya yang masih tersisa dan digigitnya bendera itu dengan sekuat tenaga. Kemudian, seorang musuh dari arah belakang menebasnya dengan pedang sehingga tubuhnya terpotong menjadi dua. Ia pun roboh ke tanah, dan gugur dalam keadaan syahid. Pada saat itu, Ja'far bin Abi Thalib ra. baru berumur tiga puluh tiga tahun. 
Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa setelah Jafar ra. menjadi mayat, ketika mayat tersebut diangkat, di bagian muka tubuhnya terdapat sembilan puluh buah luka. Ketika Ja'far bin Abi Thalib ra. telah mati syahid, maka orang-orang memanggil Abdullah bin Rawahah ra. Ketika itu, ia sedang berada di sebuah sudut dengan beberapa tentara muslimin, sedang memakan sepotong daging karena sudah tiga hari lamanya mereka tidak makan sesuatu pun. Mendengar suara yang memanggilnya, maka dilemparkanlah sisa daging itu. Ia berkata memarahi dirinya sendiri,
"Hai lihatlah, Ja'far telah syahid, sedangkan kamu masih sibuk dengan keduniaanmu".
Maka ia segera maju menyerang ke depan dan mengambil bendera kaum muslimin. Tetapi, jari tangannya telah terluka berlumuran darah dan terkulai hampir putus. Kemudian jari itu diinjak dengan kakinya sendiri lalu ditarik tangannya sehingga terpotonglah jarinya tersebut. Kemudian, jari yang sudah terputus itu ia lemparkan, kemudian ia maju kembali ke medan pertempuran. Dalam keadaan susah dan payah seperti ini, ia merasa sedikit ragu di dalam hatinya karena hampir tidak ada semangat dan kekuataan lagi untuk berperang. Tetapi, keraguan tersebut hanya terlintas sebentar saja dalam hatinya. Ia segera berkata pada dirinya sendiri,
"Wahai hati, apa yang masih kamu ragukan, apa yang menyebabkan kamu ragu-ragu? Istrikah? Ia sudah saya talak tiga. Atau hamba sahaya yang kamu miliki? Semuanya telah saya merdekakan. Ataukah kebun? Itu pun telah saya korbankan di jalan Allah".
Setelah itu, ia membaca syair berikut:
"Wahai hati, kamu harus turun Meskipun dengan senang hati, ataupun dengan berat hati Kamu telah hidup dengan ketenangan beberapa lama. Berpikirlah, pada hakikatnya, kamu berasal dari setetes air mani Lihatlah orang-orang kafir telah menyerang orang-orang Islam Apakah kamu tidak menyukai surga jika kamu tidak mati sekarang suatu saat nanti, akhirnya kamu akan mati juga".
Setelah itu, ia turun dari kudanya. Seorang sepupunya, yaitu anak pamannya, telah memberi sekerat daging kepadanya sambil berkata, "Makanlah ini untuk meluruskan tulang punggungmu." Karena sudah berhari-hari ia tidak makan, maka daging tersebut diterimanya. Baru saja ia mengambil daging tersebut, terdengarlah suara kekalahan. Akhirnya, dilemparkanlah daging tersebut. Ia segera mengambil pedangnya dan menyerbu ke kancah pertempuran melawan orang-orang kafir. Ia terus bertempur hingga mati syahid.




Begitulah serba sedikit sirah perjuangan para sahabat dalam berjuang menegakkan kalimah "la ilaha illallah". Antara maqam 3 orang sahabat yang syahid dalam peperangan ini yang kami ziarahi ialah:



1) Zaid Bin Harithah r.a.
* Maqamnya terletak di dalam masjid.
* Maqam terletak di di tingkat 2 masjid? kerana masjid didirikan di atas tanah yang berbukit-bukit.
* Masjid tersebut dinaik taraf/ ubah suai oleh Malik Hussein (Raja Jordan) ketika akhir hayatnya.
2) Ja'far Bin Abu Talib r.a.
* Merupakan adik-beradik Saidina Ali r.a.
*Pernah berhijrah ke Habsyah.
* Mempunyai banyak parut pada tubuh badannya disebabkan peperangan.

3) Abdullah Bin Rawahah r.a.
* Maqamnya terletak di dalam bangunan khas yang didirikan.
* Merupakan sahabat yang terkenal dengan syairnya (Penyair).
* Sekitar maqamnya terpahat syairnya sendiri.

 Berjalan menuju kebenaran...

Satu perkara yang membuatkan kami terharu, sebak dan insaf ialah betapa harumnya bau maqam para sahabat ini. Semerbak kasturi! Bau ini memang kuat dan sama sahaja dengan bau maqam para sahabat yang lain yang telah kami lawati sebelumnya. Subhanallah. Itu sahaja yang kami mampu ucapkan kerana kagum.

Gambar A (Ada Iqbal).


 Gambar B (Tiada Iqbal).


Ok la, utk mengelakkan kemungkinan yang tidak betul, di sini saya sertakan 2 gambar maqam sahabat yang syahid. 2 maqam ni memang hampir serupa. Antara kemungkinan tersebut ialah:
1. Mungkin Gambar A ialah maqam Zaid Bin Harithah r.a manakala Gambar B maqam Ja'far Bin Talib r.a.

2. Mungkin maqam A ialah maqam Ja'far Bin Abu Talib manakala Maqam B maqam Zaid Bin Harithah.

3. Mungkin maqam A dan B maqam Zaid Bin Harithah.

4. Mungkin maqam A dan B maqam Ja'far Bin Abu Talib.




P/s: Ikuti Jelajah Jordan (Siri 2). Tunggu nk post je sbb dah lama draft. 
P/s: Kepada yang nk exam nihaei bittaufiq ok. :)

2 comment:

Hamdi Ali said...

'Kami antara yang terawal turun jika dibandingkan dengan akhawat'

aku rse ni point yg hg nk kasi besar...
huhu

Solehhuddin said...

Kpd Hamdi Ali:
Haha. Memang pun. Mcm mana hg tau?
Kalau boleh nak buat tajuk post ni "Kami lebih awal daripada akhawat".
Tp nk wat mcm mane, dh semua tajuk yg sebelum ni Jelajah Jordan.

Post a Comment