Hari: Sabtu
Lokasi: Wadi Syuib, Amman
Kali ini dua ahli crew darussalam, Yaqzan dan Fadhil, yang juga merupakan ahli Akademi Tahfiz Az-Zikr PERMAI turut seta dalam rehlah kali kedua. Kali ini di Wadi Syuib, Amman. Kalau yang kali pertama tu di Umm Qais, Irbid pun dah memang seronok, yang kali kedua ni lagi2 lah seronok. Nak tau apa kah yang seronok sangat tu? Teruskanlah membaca ye….
Selepas solat Jumaat, kami para syabab telah mengambil tugas masing-masing. Semuanya bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk di bawa ke rehlah. Saya dan Fadhil ke Duwar Nasim untuk membeli ayam. Seterusnya ke Zam-zam bersama dengan Amir Jusnan untuk membeli barang perap ayam dan buat acar. Menu kali ini ayam percik hanif dan naim, ditambah pula dengan cheese kek buatan motivator terkemuka kami, Abang Asmi! hehe.. Tak lupa juga koktail asli.. sedap… Alhamdulillah, semua persiapan berjalan dengan balik dan sehingga ke petang, kami sama-sama rewang sungguh-sungguh di musolla Az Zikr. Hingga ke malam… tidur dan qiam…
Paginya, selepas solat subuh, masing2 mengemas barang dan bekalan makanan yang sudah siap disediakan, bawa ke bawah dan menanti bas yang masih belum kunjung tiba. Ahli tahfiz berpakaian agak kemas harini.. (saya biasa2 jer) Sadis dan Lan yang turut membantu semalam tidak dapat serta pada rehlah ini kerana sibuk dengan urusan FESTBUK ’10, tidak mengapa semoga Allah memberkati usaha mereka.. Amin…
Akhawat sudah pun tiba, tidak ketinggalan mahu turut serta juga, namun bertambah seorang menjadi lima orang semuanya berbanding dengan rehlah pertama dahulu hanya 4 orang sahaja. Bas tiba agak lewat sedikit, menyebabkan saya rasa agak bosan. Sempat berjalan-jalan sekitar melihat buruh kasar sibuk membina bangunan yang kini separa siap, alhamdulillah sambil memerhati sempat juga mengulang untuk dihantar hari ini..(tapi tak ada tasmik la rehlah kali nih.. )
Selesai memasukkan semua barang-barang ke dalam coster ammu Khalid, perjalanan kembara pun bermula kira-kira jam 8.30pagi. Hidangan pagi kami ialah roti cicah kuah daging hancur masakan akhawat yang sangat menyelerakan (resipi yang dimasak sempena program perkongsian bersama Ust Hasrizal Abd Jamil-Saifulislam.com pada awal semesta sani), juga nasi goreng yang agak pedas.(saya lapar, semua benda jadi sedap!hihi…) Saya tertidur pada baki ¾ perjalanan(simpan tenaga) dan alhamdulillah tiba juga di Wadi Syuib, Amman.. Cuaca agak panas tetapi air wadi yang mengalir di depan mata sungguh menyejukkan dan mengasyikkan! Oh air… rindunya sama kamu….
Tadabbur- Surah Al Mulk
Antara peserta rehlah pada kali ini selain dua darussalam crews dan 5orang akhawat ialah Abang Imran-ketua Az-Zikr team (semestinya kene pergi, habis tu sapa nak conduct program?), Abang Asmi (slot motivator), Abang Afnan serta Abang Jaq (ikon dan idola kami-Gen 5), Naim (Ketua publisiti), Hanif (Ketua makanan), Zulkhairi (ketua dapur), Kamal (ketua qiraah), Amir Jusnan (Ketua musolla) dan tidak lupa juga Amirun (ketua peralatan)-semua Gen-5 dapat jawatan..huhu.. Setelah tikar dan alat-alat disusun elok, slot pertama pun bermula walaupun sedikit terganggu dengan beberapa budak arab yang asyik memerhati dan bermain air di hadapan kami. Huh…
Kutip sampah. Kebersihan sebahhagian daripada iman...
Tinjau-tinjau...
Macho tak kami? hehe...
Sesi Tadabbur Al Mulk bermula. Kami bersama-sama membaca surah ini dengan bacaan tadwir penuh bertartil dan khusyuk serta menjaga tajwid. Surah Al Mulk bererti kerajaan, surah ke 67, surah pertama juzuk ke 29 dan mengandungi 30 ayat. Surah ini surah Makkiyah, diturunkan di Mekah. Kebanyakan surah makkiyah menjadi hujah bagi golongan kafir serta berita gembira buat orang Islam ketika itu. Ia dikenali surah keamanan dan keselamatan kerana menjadi pelindung bagi seksa kubur. Juga turut membantu soal jawab di dalam kubur sehingga selamat masuk ke dalam syurga. Masya Allah… besarnya fadhilat Surah Al Mulk..
Abang Jaq mengetuai bacaan Al Mulk
Adapun Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Sajadah dan surah Al Mulk (Hadis riwayat Imam Tarmizi). Sebelum terus melihat tafsir Azhar karangan Profesor Hamka, kami sempat menerima dua pesanan penting daripada Abang Imran:
Untuk sebelum tidur jangan lupa;
1. Baca Al-Mulk
2. Gosok gigi! (yela.. taula abang dentist..saya ni iqtisod jer..hehe)
Tenang.. bermula sesi tadabbur
Ayat pertama surah Al-Mulk ada menyebutkan perkataan الملك yang bermaksud kerajaan. Sesungguhnya kerajaan yang sebenar tidak bersilih ganti dan ia kekal selamanya, kerajaan yang abadi ialah kerajaan Allah. Jika seseorang menjadi raja dan berkerajaan, maka ia kerana adanya pengiktirafan, andai semua bersepakat menjatuhkannya makan jatuhlah ia. Namun bersatu pada menjatuhkan Allah, maka Allah tak akan jatuh selama-lamanya. Allahu Akbar.. Hebat sungguh kerajaan dan kekuasaan Allah.
على كل شيء قدير Allah mampu menjadikan sesuatu dan setiap apa yang dijadikannya adalah sangat sempurna. Kita lihat contoh di angkasa, setiap saat akan berlaku letupan bom atom di Matahari, namun kita yang berada di bumi masih dapat hidup dengan selamat. Allah telah menetapkan jarak dan suhu matahari dengan sesempurna mungkin. Sekiranya terlebih sedikit suhu matahari, binasalah pula dunia.
Lihat pula jarak bulan yang Allah tetapkan antaranya dengan bumi, proses kejadian air pasang surut berlaku dengan seimbang. Kandungan oksigen 21% di dalam udara pula adalah kuantiti sempurna yang Allah telah tetapkan, kalau bertambah, akan jadi gas tercemar pula yang boleh memudaratkan manusia. Begitulah Allah menetapkan kadarnya pada ciptaannya dengan begitu sempurna, mana mungkin ia terjadi dengan sendirinya melainkan Allah yang meletakkannya secara TEPAT. Subhanallah!
Dalam ayat kedua, menceritakan Allah berkuasa menciptakan mati dan hidup. Merujuk tafsir Al Azhar, disebutkan mati dahulu الموت kemudian hidup الحياةadalah supaya manusia mengingati mati lebih dari kehidupan. Kerana yang pasti itu mati dan yang hidup itu hanya harus dan mungkin. Ingatlah sesungguhnya pemotong kelazatan itu ialah kematian. Pada hari kiamat Malaikat Izrael mematikan mati, sebab itulah semua akan hidup kembali pada hari kiamat.
احسن عملا terlebih baik amalan. Kita sebagai hamba Allah perlulah berusaha bersungguh sungguh meningkatkan amal kebaikan. Ramai orang solat, namun bezanya ialah kualiti. Semua orang tasmik dan mengulang, tapi kalaulah semua orang datang dan prepare awal untuk kelas tasmik, alangkah lebih baik? Fikir-fikirkanlah…
العزيز huruf zai sendiri menunjukkan rasa hebat dan perkasanya Allah taala. Ada tanasuk (kesesuaian) perkataan dengan maknanya di sini. Jika Allah itu perkasa, maka semua orang tidak akan berani untuk bermain-main dengan Allah dalam setiap amalan. Kalau dengan raja kita pamerkan yang terbaik, ini pula dengan Allah, raja kepada sekalian raja? العزيز - oleh itu kita perlu ada rasa takut pada Allah. الغفور - sekiranya ada kurang dan cacat dalam amalan, usahlah rasa sedih, kerana Allah Maha Pengampun, mudah-mudahan agar kesalahan diampunkan. Sesuai dengan fitrah manusia خوف ورجاء , berdoalah kepada Allah selepas usaha dan berikhtiar.
Sesi Masak dan Makan
Kami bersama-sama hidupkan api dan masak ayam-ayam serta sosej yang telah diperap. Aduhai, ayam memang tawar, siapalah yang tak letak gula ni… nasib baik kuah percik lazat, backup perisa tawar tu. hihi…
Main panggang-panggang, main kipas-kipas nak hidupkan api, main air, main lempar-lempar batu, main tangkap2 ikan, main silat2 dalam air, main tangkap2 gambar.. main2 sampai henset pun masuk dalam air.. kesian… huhu…
yeah... kipas anep!!
Ayam percik.. lazatnyer...
Memang seronok rehlah kali ni. Tak ada tasmik pula tu! Haha.. kelas nanti tasmik banyak2 yea… jangan lupa ulang…
Saya pun nak bergambar juga!
Hidangan siap!
Potong2 cheese kek! Lazatnya...
Abang afnan dan Kamal... makan bersama...
Ammu khalid bersantai dengan pak cik sape tah, jumpa kat wadi ni. hihi...
Sesi Muhasabah- Abang Imran
“Siapa nak hafal Quran?”
“Siapa rasa diri sekarang ni sebagai seorang yang hafal Quran?”
Betapa besarnya nikmat yang Allah beri. Masuk Akademi. Jadi Az Zikr team. Subhanallah.
Cara syukur? Apalagi buktikan dengan usaha! Kalau yang tak lepas interview itu menangis2 nak minta masuk Akademi, tapi apa pula usaha sebagai Az Zikr team sendiri yang dah ada, dah dapat masuk dalam akademi?
Menjadi orang yang hafal Quran bukan kerja separuh masa. Ingat, kita bukan tahfiz part time!
Hafal time sebelum tasmik, hafal takut kena marah, hafal sebab serba salah, hafal sebab malu dengan kawan dan cikgu.. Bukan!
Ubah! Part time --- tukar--- Full Time!
Apa yang diperlukan?
Pengurusan Masa. Hidup dengan Quran…
Facebook? Kenapa tak layan quran setiap masa macam layan Facebook? Malah perlu lebih dari itu!
Ibadah. Ibadah yang kuat sangat perlu untuk penghafal Quran. Menghafal itu sukar --- perlukan pertolongan --- hubungan dengan Allah --- tingkat ibadah! Solat, doa, zikir, qiam, etc…
Keseimbangan akademik dan Al Quran. Belajar betul2, hafal? Mesti betul2! Al Quran nombor satu tapi belajar bukan nombor dua.
Kerja banyak? Argh.. semua itu alasan.. Kalau macam tu baik tak perlu cakap.. “Saya hafal Quran.” Sama saja!
Kadang-kadang cikgu lebih bersemangat? Pelik.. sapa nak tolong sapa? Sapa nak minta dibantu? Kita perlu kerja keras lebih dari cikgu!
Al Quran, modal terbesar seorang daie. Sepanjang proses menghafal, banyak perkara yang diperoleh.
Latihan--- pengurusan masa, akhlak, qiam… Dengan Quran, macam2 dapat. Modal terbesar! Allahu Akbar!
Kenapa tak objektif dengan hafalan Quran? Itu nak, ini nak.. Padahal tak mampu.. Tawazun penting! Synchronies…
Keseriusan! Letak kayu ukurnya atas beban diri sendiri. Sendiri ukur sendiri tahu.
Ragu2 pada niat.. itu syaitan! tolak semua ke tepi.. kembali pada pangkal, niat asal!
Kesusahan menubuhkan akademi, kekurangan wang, bahan rujukan, musolla.. adakah dibalas dengan kemalasan? Patutkah?!
Ta’awun, perlu sangat! Kita pilih laluan sukar kerana untuk dapat manfaat paling maximum!
Ingat mudah? Hafal, bangkit qiam, datang program, istiqamah. Kesukaran dibalas dengan ganjaran! Allah… besarnya nikmat! Nikmat tak rasa sampai hilang nikmat! Bersyukurlah.
Serius --- bukan dipaksa tertekan.
Sungguh-sungguh --- bukan diasak penat.
Bukanlah harga perkara yang mahal itu dengan biasa-biasa. Semua itu sukar.
BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH!!!
Serius pada mujahadah di jalan ini. Biar kita menjadi mahal di mata Allah…
“Biarlah kalian menjadi sebahagian part pada mata ini. Pelajar tahfiz, Akademi Az Zikr --- semua yang usaha bersungguh”
Hubungan kita semua ialah hubungan rohani, ikatan kasih sayang special antara kita semua…
Tika ini, saya menahan air mata menahan sebak. Namun, saya dapat melihat air matanya mengalir. Dikesat lalu tertunduk. Sayu…
Tengah- Abang Asmi yang berkaliber!
Kami kembali semula ke normal mood. Masa yang ditunggu-tunggu tiba! Chef ternama juga motivator terhangat --- Abang Asmi!
Kalau Kembara Merentas Benua 1 dulu Abang berkongsi mengenai kaedah yang digunakannya untuk membakar semangat;
~Catatan planning harian (bila nak bekalkan kami jadual planning tu?hihi…)
~tulis: “Akanku pastikan bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang Al Hafiz”. Baca dan ulang!
Kali ini dalam Kembara Merentas Benua 2, Abang membawakan perkongsian istimewa buat Gen 5 Az Zikr team iaitu… jeng jeng jeng…
Otak !
(macam gempak jer..haha)
Apabila kita study, yang awal2 saja masuk, hujung2 fikiran sudah melayang. Mengapakah?
Kerana terdapat gelombang pada otak. Alpha, Beta, Teta, Delta.
Alpha --- fresh
Beta --- mengantuk
Teta --- terlelap
Delta --- (tak diberitahu.. boleh kaji ya)
Fresh, sedia menerima.. Bagaimana mengekalkan Alpha?
Kajian Dr. (sir) Norhisham Wahab (boleh search di google), Colour Healing Therapy atau Colour Vibrating Therapy.
Alpha --- 20 hingga 30 minit pertama, namun duration berubah mengikut latihan dan kebiasaan seseorang
Contoh:
Study 2 jam=
30 min pertama --- 25 min study, 5 min rest
30 min kedua --- 25 min study, 5 min rest
30 min ketiga --- 25 min study, 5 min rest
30 min keempat --- 25 min study, 5 min rest
Rehat untuk hilangkan stress, buat perkara yang tiada kaitan dengan study.
Boleh dipraktikkan pada hafalan ya!
Selamat mencuba!
Kami sayang Abang Asmi!
Penutup dan pulang
Selepas sedikit ucapan diberikan oleh cikgu akhawat Gen 5, Abang Imran memberi komen sorang demi sorang tentang hafalan dan perkara berkaitan. Malu tak malu, buat muka tebal jer sebab habis akhawat dengar segala komen dari abang tu.. huhu.. (tak aci, cikgu akhawat tak nak komen pun.. its ok.. akhawat dah speed.. tunggulah kami syabab pula speed lepas ni!)
Diakhiri dengan bacaan doa, penuh ikatan rohani kasih sayang.....
Diakhiri dengan bacaan doa, penuh ikatan rohani kasih sayang.....
Bacaan doa penutup...
Main-main air, ambil2 gambar, mandi2… wah, sedih pula nak tinggalkan wadi syuib yang berair ni.. (maklumlah kat Irbid tak jumpa macam ni.. huhu)
Kami rasa macam tak nak pulang...
Pulang dengan penuh gembira namun sedikit keletihan. Apa yang penting, perkongsian dan ilmu yang diperoleh. Moga menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang dan berjuang!
9 comment:
maaf der, tak dapat hadir.
terbaek...
"Akanku pastikan bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang Al Hafiz" ulang88x...
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian.
Jazakumulah khern.
asal letak gambar ak yg tgh sengal.. malu seyh>_<"
"Abang Jaq (ikon dan idola kami-Gen 5)"
Hmmm......=p
memang bess. lepas neh jom ramai ramai pegi rehlah! :)
nakkk pegii..jeleZ r ngn korg..T.T
(mmg korg tyg nk bg kitorg jelez kn?hehe)
Brader tuan, dityg untuk diambil pengajaran senarnye. hu3
der kat atas..sumpah rugi,ada ikan...haha..
Post a Comment