Ads 468x60px

Pages

Monday, February 28, 2011

SEMBANG-SEMBANG KITAB: BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.

     Rasanya, ni kali pertama post pasal bedah buku dlm blog DS ni. Insya Allah, diberikan kesempatan oleh Allah utk kami baca seberapa byk buku-buku yg ada dan dibedah secara sembang-sembang, maknanya, takdala ilmiah sangat. huhu~. (boleh ke camni? heh.)

     Untuk kali yg pertama ni, saya nak sembang pasal karya Dr. Kamariah Kamaruddin yg kini beliau merupakan sbg pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti putra Malaysia. Karya beliau itu ialah:

Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa : BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH.


     Untuk permulaan, buku ini sebenarnya kompomla mmg takda kat Jordan, dan saya sempat membelinya sewaktu cuti 3 bulan pada tahun lepas. Tak silap saya, buku ni dibeli kat Popular, AEON Bukit Tinggi, herm, x pasti juga. Pelik juga, selalunya, setelah beli buku, saya akan buat sedikit catatan pada buku itu;
  1. dibeli di mana
  2. masa dibeli
  3. harga (jika tidak dicatat)
  4. beli dgn siapa (kadang2 saja)
MENARIK
     Baik, sedikit sinopsis atau ikhtisar drpd karya Dr ini:
HIDUP DI ALAM KAMPUS mengajar mahasiswa tentang kesabaran dan kecekalan. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh kala mengharungi pelbagai isu dan masalah di universiti. Misalnya keazaman yang tinggi untuk melakukan tugasan atau penyelidikan yang diarahkan para pensyarah, adakalnya duji beberapa rintangan, iaitu masalah komputer, masalah kewangan, masalah komunikasi, masalah percintaan dan bermacam-macam masalah lain. 
  Mahasiswa dan bakal mahasiswa wajar memiliki buku ini sebagai persediaan mental dan emosi dalam menghadapi ujian-ujian yang mendatang tatkala menjengah ke alam kampus. Tip-tip daripada penulis tentunya dapat memberi inspirasi kepada dalam proses menggenggam segulung ijazah yang diidamkan!
     Nah! Rasa menarik tak? Herm, agaklah. Tp, berdasarkan pembacaan saya, gaya penulisan Dr biasa2 shj (ke aku yg x tahu menilai?), cuma yg mahalnya adalah pengalaman-pengalaman yg diselitkan dan juga cerita-cerita benar yg dibentangkan amat menyelami perasaan saya. Itu yg kita perlukan, contoh yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. Contoh juga amat penting kerana kata-kata org yg berkata-kata tanpa contoh-contoh diibaratkan sebagai sampah. Z.E.R.I.U.S!

     Ok, ok. Balik semula kpd topik. Buku ni ada 44 bab. Antara bab yg paling saya suka adalah Bab 21, 22, 23, 24 & 25.

BAB 21: APA HAK KITA UTK MENYATAKAN TIDAK

     Dalam bab ni, ada disebutkan ttg contoh seorang ibu beranak empat yg menyambung pengajian Ijazah Sarjana Sastera di Bangi. Serius, masa baca part ni, saya teringatkan ibu saya, Siti Ngesah binti Jayus yg kini sedang menghabiskan Master dlm administration (ok, aku ngaku yg aku lupa. haha). Beliau merupakan seorg guru di SRA Integrasi Sg Manggis. Mmg cita-citanya utk tidak sekadar berpuas hati dgn ijazah di tangan. Saya masih ingat lagi kata-katanya yang mengatakan
Ummi ni Di, naaaaak sangat sambung pelajaran sampai ke PhD. Dulu-dulu, Ummi pernah dapat tawaran utk pergi ke Maahad Muhammadi supaya dpt pergi ke Mesir, tapi atuk  takde duit, padahal mase tu yurannya cuma beberapa ratus je. Ummi nangis Di, beberapa hari terperap kat bilik... Jadi, sekarang ni, ummi nk gunakan peluang yg ada. Ummi jugak nk buktikan kat anak-anak, nk bagi semangat kat anak-anak supaya dpt belajar tinggi-tinggi, bukan macam Ummi, dah tua-tua baru nk ambil master...
(serius aku nangis)

BAB 22: KNOWLEDGE ORIENTED VS EXAM ORIENTED

     Serius aku terpukul dgn tajuk ni. Dalam tajuk ni, diketengahkan luahan seorang pensyarah:
memang saat memuntahkan segala fakta di dewan peperiksaan semua nampak menawan, tp saat saya berhadapan dgn segelintirnya di tempat awam, nampak sgt nilai hipokrit dalam diri mereka. Mana adab yg pernah saya utarakan dalam subjek Personaliti Manusia Islam tempohari?! Sekadar untuk segulung ijazah?

BAB 23: TIDAK PERLU DISUAP

     Analogi yg diberikan cukup menyedarkan:
Apa agaknya respons kita sbg masyarakat tatkala melihat seseorang yg sempurna sifatnya disuap makanan oleh org lain?

BAB 24: MEMBACA BUKAN SETAKAT NAK LULUS PERIKSA & BAB 25: KENAPALAH MALAS MEMBACA?


LAYAN JELAH! catatanrefleksi.wordpress.com
     Tajuk sahaja sudah memuhasabah diri kita sendiri. Saya setuju dgn pendapat beliau, membaca merupakan kunci kpd gedung ilmu. Saya pun dulu, kurg membaca. Tak tahulah mengapa, mungkin budaya ni dah jadi barah dalam masyarakat. Mana taknya, org yg baca buku di masa lenggang sudah dilabel ''ko ni poyolah'', ''bajet alim'', ''nk tunjuk pandaile tuh, heh'', ''hukeleh, ko bace buku byk2 pon markah lagi rendah drpd aku, WTFBH!''. Herm, camna nak rawat barah ni? Mungkin antaranya ibu bapa perlu main peranan. Insya allah, lps ni, anak-anak saya semuanya saya tanamkan sifat suka membaca. (fuiyyo, jauh angan-angan beb!)

     Herm, tu sajalah kot. Nak tulis banyak-banyak nanti byk spoil pulak kan? hehe. Ok, semoga bermanfaat!

1 comment:

AnA ImTiYaZ.. said...

Harga segulung ijazah!
pengalaman DR sgt berharga. tp malangnya xsmpat baca bab last. La ni dh smpi urdun menyesal plak xhbiskan..

tntg contoh fiqh muamalat y enta bawakkan tu,sgt mnarik.
Masya' Allah telitinya Islam..

Slam juang fillah!

Post a Comment