Ads 468x60px

Pages

Sunday, May 23, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Keempat (Siri 2)


Ribut pasir melanda dengan dahsyat!!!

Pada post yang lepas saya telah menceritakan berkenaan dengan Peperangan Mu'tah (Jelajah Jordan Hari Keempat Siri 1). Saya asingkan post berkenaan kerana terlalu panjang dan tak nak kacau mood sedih pembaca.

Selepas melawat maqam para syuhada perang Mu'tah, kami meneruskan perjalanan ke Petra. Menurut jadual kami, kami akan pergi ke Petra, antara 7 keajaiban dunia! dan akan tidur di hotel Aqabah.

Jarak pandangan menjadi amat terhad. Sekitar 10 meter sahaja.


Ribut Pasir Di Husainiah!

Semasa dalam perjalanan, kebanyakan kami sedang tidur untuk mengumpul tenaga untuk melawat destinasi seterusnya. Semasa bas kami berada di sebuah kawasan yang dinamakan Husainiah, berlaku ribut pasir yang kuat. Husainiah terletak kira-kira 60 kilometer dari Petra. Kami terpaksa berhenti. Semua kenderaan di hadapan kami berhenti kerana ribut pasir yang kuat. Lori-lori besar pun turut berhenti. Kami menggunakan isyarat badan kenapa semua kenderaan berhenti kepada pemandu lori di sebelah bas kami. Apa yang saya paham berdasarkan isyarat badan yang diberikan mungkin ada kenderaan yang terbalik! Semuanya tidak mustahil kerana ribut tersebut memang kuat! ini merupakan pengalaman saya menghadapi situasi ini.

Semua kenderaan kami tidak bergerak. Tambahan pula kami memang sangat lapar, jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil makanan yang dibawa oleh Ustaz Solihin. Makan tangah hari. Tetapi makanan kami terletak di ruang simpanan beg bagasi. Ini bermakna kami kena keluar meredah ribur pasir. 

"Cimok, anta pergi la ambil makanan tu, kalau Koje nanti terbang la dia. Nanti kita semua tak dapat nak makan" Kata Soleh kepada Fadhil. 

"Eh, jangan2. Jangan la suruh Fadhil, nanti bas ni pula yang terbalik kalau dia pergi ambil makanan". Gurau Ustaz Ridzuan kepada kami. Semua ketawa.

Koje pun nak bergambar juga...Di masjid.


Kami terperangkap selama 3 jam! Pada pukul 4 petang, bas kami menuju ke masjid berhampiran untuk solat Asar. Keadaan masjid tersebut penuh dengan pasir. Setelah selesai menunaikan solat, kami masuk semula dalam bas. Kali ini dalam bas pula penuh dengan pasir. Berdebu. Tambahan pula masjid tersebut terletak di padang pasir. 50 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan kami setelah keadaan agak reda. Syukur. Tetapi rancangan kami untuk menziarahi Petra dibatalkan kerana kami terperangkap dalam ribut pasir selama 3 jam. Pengembaraan kami ke Petra akan diteruskan esok. Jadi kami terus ke Aqabah.

Kawasan yang cerah dengan cahaya lampu tersebut ialah Israel.

 
Sampai Ke Aqabah.

Aqabah. memang bandar yang cantik. Seperti Malaysia. Kerajaan Jordan ingin menjadikan Aqabah sebagai bandar pelancongan bebas cukai. Aqabah ini juga berhampiran dengan Negara Haram Israel. Aqabah dan Illat, Israel dipisahkan oleh laut yang bersih. Dari tepi pantai Aqabah, kita boleh lihat bandar Illat dengan jelas.

Bercakap berkenaan dengan cukai. Kami dimaklumkan jika barang yang dibeli disini melebihi 200 Dinar akan dikenakan cukai. Jika kurang dari 200 dinar tidak akan dikenakan cukai. Barang-barang yang diimport dari Eropah akan dikumpulkan di sini. Hal ini kerana barang-barang tersebut diimpot melalui kapal-kapal laut. Almaklumlah, di sinikan ada pelabuhan. Di sini juga ada perkhidmatan feri atau bot laju untuk ke Mesir, Saudi atau Israel.

Tanah di Aqabah merupakan yang paling mahal di Jordan. Saya dimaklumkan bahawa setiap 1000 kaki persegi tanah di Aqabah harganya sekitar 1 000 000 hingga 2 000 000 Dinar Jordan! Memang mahal. Harga 1 syuqqah (Rumah pangsa) pun hampir mencecah 1 000 000 Dinar. Sebab itulah Aqabah juga dikenali sebagai "Tanah Emas".

Kedai-kedai di sini juga kebanyakannya tidak ditutup pada hari Jumaat dan hari sabtu. Teksi di sini juga lain dari yang lain. Jika di Irbid teksi berwarna kuning, di Aqabah teksi berwarna hijau tetapi tetap model Toyota Corolla.

 Kami berpesta gambar pada malam itu.


Berjalan-jalan Pada Waktu Malam Di Aqabah.
Kami sampai di Aqabah pun selepas waktu maghrib. Setelah solat kami melepaskan lelah di hotel seketika kerana sebentar lagi kami akan berjalan di pantai. Menikmati pemandangan pada waktu malam. Saya dan Yaqzan membawa laptop, jadi kami mengambil peluang untuk online. Kami keluar dengan menbiarkan laptop kami online. 

Kami menikmati suasana di tepi pantai. Nyaman dan bersih. Tambahan pula pada malam itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Malam itu kami berpesta gambar. Banyak gambar yang diambil. Sebagai kenang-kenangan. 

 Mencari restoran makanan laut. Jalan-jalan cari makan...


"Eh, lapar la. Bila nak makan ek"? Kata Firdaus Al-Falanjai.

"Jom la kita makan seafood. Rindu beb" Celah Cimok.

"Jom"!!!!!! Balas kami.

Malam itu kami pergi ke restoran berdekatan dengan pantai untuk makan seafood. Dah lama tak makan seafood. Mengidam.


P/s: Ikuti post seterusnya. Post ni saya dah draft sejak 4 Februari 2010!!! Tp x publish lagi sebab depe publish lambat. Mungkin esok. 

P/s: Post bertajuk "Jalan-jalan Cari Makan". Catatan ekslusif dari kami kepada semua. 

2 comment:

Hamdi Ali said...

ana minx maap...

Solehhuddin said...

Ana dah lama maafkan.
Anta dah minta maaf, sekarang ni tunggu koje n keba plak minta maaf. hehe.

No hal la... Lg pn ana dah pecah rekod post paling lama terperap.
Anugerah tersebut digelar "Post Yang Dijerukkan".

Post a Comment