Ads 468x60px

Pages

Sunday, January 10, 2010

Dinar Emas

Agaknya, berapakah nilai syiling emas ni?

Dinar emas merupakan mata wang logam yang berbentuk kepingan syiling emas. Ia juga dikenali sebagai mata wamg syariah umat Islam kerana ditempa oleh Sayidina Umar al-Khattab. Dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 917 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping dinar. Harga dinar ditentukan mengikut harga pasaran emas semasa. Satu harga dinar emas harganya lebih kurang RM433.90 (Harga pada 14 Ogos 2008).

Pada bulan Mei 1997, rantau Asia telah dilanda krisis kewangan yang amat teruk. Mata wang diserang melalui pasaran saham dan perdagangan mata wang antarabangsa. George Soros, seorang spekulator mata wang antarabangsa bersama spekulator-spekulator dari dalam dan luar negara telah memperniaga dan memanipulasi Ringgit Malaysia sehinggakan berlaku susut nilai sebanyak 65% dan pada waktu yang sama Rupiah Indonesia telah susut nilai sebanyak 620% (hampir 10 kali ganda susut nilai Ringgit Malaysia!).

Krisis ini bermula dengan serangan spekulatif ke atas Bath Thailand, diikuti oleh mata wang Peso Filipina, Dolar Singapura dan Brunei, Rupiah Indonesia dan tidak ketinggalan Ringgit Malaysia. Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara di ASEAN mengalami susut nilai mata wang dan kerugian ekonomi yang teruk. Thailand misalnya, mengalami kerugian sebanyak USD20 bilion, Peso Filipina USD2 bilion, manakala Malaysia kerugian sebanyak RM9 bilion. Krisis ini berlaku kerana mainan spekulator semata-mata di mana wang negara tertentu boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya tanpa sekatan.

Tragedi ini membuka mata umat Islam untuk menilai semula sistem ekonomi dan kewangan yang sedia ada. Usaha “mengislamkan” sistem ekonomi dan kewangan Barat nampaknya masih belum memadai. adakah sistem ekonomi dan kewangan Barat ini masih belum dikurniakan hidayah? Pertubuhan bank-bank Islam dan pengenalan sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) masih mendedahkan sistem ekonomi dan kewangan Islam terhadap spekulasi dan manipulasi Barat.

Hari ini umat Islam mula mengakui keburukan sistem mata wang yang bersandarkan kepada Dolar Amerika Syarikat. Masing-masing dapat merasakan bagaimana umat Islam diperkotak-katikkan seperti kotak dengan sewenang-wenangnya. Kelebihan dinar emas dan dalil-dalil syarak telah membuktikan bahawa hanya sistem ini sahaja yang mampu mengembalikan kesucian ekonomi dunia daripada pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi.


Gambar ini menjadi bukti bahawa Dinar Emas menjadi rebutan!


Merujuk kepada penggunaan mata wang dinar, Al-quran telah menyebut persoalan ini dalam beberapa surah. Ayat-ayat Quran ini secara jelas menunjukkan kedudukan wang dalam kehidupan manusia.

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah harta sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinar pun , ia akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. (Ali-Imran: 75)

Begitu juga dengan mata wang dirham, Allah telah berfirman:

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya. Dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. (Yusuf: 20)

lagi firman Allah:

wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah-pemerintah daripada golongan kamu… (An-Nisa’: 59)

Suhayl bin Abdullah al-Tusytari ada menyatakan dalam tafsir al-Qurtubi tentang maksud ayat di atas:

“Mentaati sultan (pemerintah) dengan tujuh perkara: Penempaan dinar dan dirham, menetapkan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, jumu’ah, hari raya (puasa dan korban) dan jihad.

Rasulullah bersabda:

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ”Sesuatu sukatan itu menurut sukatan penduduk Makkah dan timbangan pula mengikut penduduk Madinah”.

Dengan meneliti kembali berat timbangan wang dalam Islam, maka nampak jelas bahawa: 1 uqiyyah menurut ukuran syarak adalah sama dengan 40 dirham. Sedangkan 1 dirham bersamaan dengan 20 qirath dan setiap 10 dirham bersamaan 7 mithqal. Kesemua nilai tersebut telah ditetapkan oleh timbangan-timbangan penduduk Madinah.

1 Uqiyyah = 40 Dirham

1 Dirham = 20 Qirath

10 Dirham = 7 Mithqal


Kaedah piawaan mata wang ini telah menjadi satu sistem di Madinah dan digunakan dalam urusan harian sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Sistem yang mempunyai standard tertentu ini memudahkan aktiviti kehidupan manusia.

Disebabkan timbul banyak masalah apabila menggunakan sistem mata wang Barat, wujudnya gesaan dan cadangan untuk mengembalikan semula dinar emas. Pada awal tahun 2001, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat saranan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas di Malaysia. Oleh itu, wujudnya pelbagai usaha daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti :

1. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

2. Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM).

3. Kolej University Islam Malaysia (KUIM).

4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

5. The Royal MIny Of Malaysia (Royal Mint).

6. Islamic Mint Sdn. Bhd.

7. Ramcell Sdn. Bhd.

Badan-badan di atas telah mengadakan seminar-seminar, diskusi, pameran dan sebagainya.

Sememangnya kembali kepada dinar emas bukan mustahil jika seluruh umat Islam bersatu-padu dalam merealisasikannya. Kelemahan umat Islam hari ini telah membenarkan kuasa yahudi menguasai dunia dan sekali gus menutup jalan kepada wang emas untuk terus berkembang.


Sumber: Dinar Emas. Realiti semasa penggunaannya di Malaysia, Salmy Edawati Yaacob dan AB. Mumin AB. Ghani.

5 comment:

YAQZAN YAZED said...

Moga ekonomi umat Islam bangkit semula!

fadhilah-alfadli said...

sokong fakta ni!!!!

Solehhuddin said...

Kpd Yaqzan Yazed:
Terima kasih atas sokongan anda terhadap umat Islam kerana anda juga salah seorang dari umat Islam. Amin...semoga maqbul doa anta.

Kpd fadhilah-alfadli:
Tahniah atas sokongan padu anda. Siap ada tanda seru 3 kali lg!!! Ana pun sokong je...

Ruhul Jadid (روح الجديد) said...

masih geram kenapa benda nie tak diimplementasikan dulu...
tue laa taon 2001 jahil ag..xtau ap inflasi..xtau ap kebaikan dinar emas..xtau ap kburukan dolar US..skang da tau tp da lambat..eh..lmbt k?? x ag..ad msa ag nih..hehe

Solehhuddin said...

Kpd Ruhul Jadid:
Bawa bersabar ye...
segalanya masih belum terlambat.
Kitalah yg kene ubah kalau tak da org yg nak ubah.
Semoga kita diberi kekuatan.

Post a Comment