Ads 468x60px

Pages

Friday, January 8, 2010

WACANA ILMIAH SIRI 2 (Kepentingan Bahasa Arab)


Wacana Ilmiah Siri ke-2 tlh berlangsung pada 2 Januari yg lepas. Tak la ramai sangat yg dtg ke Rumah Permai. Dlm program nie telah dijemput 2 org panelis iaitu Ust Mohamad Redzuan Khalil dan akh Basyaruddin. Penulis tlh hadir bersama Darus Salam Crews iaitu Iqbal, Yaqzan n Fadhil. Program kali ni membincangkan tntg kepentingan Bahasa Arab. Dlm program ni Ust redzuan tlh membentangkan Peranan Bahasa Arab Dalam Menerokai Islam. Ust juga telah menyentuh mengenai kepentingan BA dlm kalangan Pendakwah dan pelajar aliran agama walaupun belajar dlm takhasus selain bahasa arab seperti Iqtisod wal masorif Islami, Fiqh wa Usul, Usuluddin dll (student lain jgn kecil hati k..).

Semasa Ust sentuh berkenaan topik BA dlm Al-quran, ust Redzuan juga menyatakan bahawa al-Quran merupakan satu-satunya mukjizat yg ada sehingga sekarang. Kenapa uslub penyampaian dlm Quran tinggi dan tiada tandingannya? Kenapa kita baca Quran x pernah pn boring? (Bg sesiapa yg menghayatinya sahaja) dan kenapa isi kandungan Quran berbentuk syair? Peroalan ini akan penulis jawab kemudian.

Di sini suka saya berkongsi apa yg telah dibincangkan berkenaan pendapat Ulama-ulama berkenaan dengan BA ini…

Ash-Syatibi meletakkan 2 perkara asas yg amat ketat:

1. Seseorang itu tidak layak utk membicarakan persoalan agama melainkan dia adalah seorang arab atau seperti org arab dlm menguasai bahasa Arab.

2. Apabila timbul pada seseorang itu sesuatu permasalahan (dlm bidang agama) maka hendaklah dia merujuk (bertanya) pakar bahasa arab.

Imam Syafie juga pernah mengatakan bahawa: Barangsiapa yg jahil Bahasa Arab ( Bahasa al-quran dan As-sunah) …maka kesilapannya (di dalam membicarakan hal2 agama) tidak akan dimaafkan kerana dia tidak menguasai ilmu itu untuk membezakan di antara yg benar dan salah.

Nah!!! Rasakan…

Mungkin ada yg mengatakan ini pendapat yg syadid yg menuntut kita selaku org Islam mempelajari Bahasa Arab… Tp kita selaku umat Muhammad s.a.w mestilah berusaha belajar bhs yg indah ini walaupun usaha itu sebesar Rumah Darus Salam. Itu pendapat saya. Kalau x mampu jgak cukuplah usaha kita sebesar kepala paip sinki Bayt Darus Salam ( rumah lain pun boleh gak). Yg penting usaha.

Dalam program ini juga, ust Redzuan ( calon PhD Bahasa Arab Universiti Yarmouk) juga menyentuh bahawa Rasulullah s.a.w seorang yg ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Hal ini merupakan kelebihan kepada Rasulullah dan bukannya kelemahan kerana menjadi bukti dan hujah bahawa Rasulullah bukan mereka dan mencipta al quran.

Banyak ilmu boleh dikaji dalam Quran.


Sewaktu sesi soal jawab, penulis telah bertanya adakah perkataan ummi tersebut menunjukkan juga Rasulullah tidak pandai mengira?

Sewaktu soalan ini diutarakan ada suara yg mengatakan “Rasulullah pandai mewarna kot”. Dan tak kurang juga tg mengatakan “ Nak juga masuk Iqtisod dalam soalan” dan pendengar yang lain turut ketawa. Pada penulis tiada soalan yg bodoh kerana masih dlm proses belajar. Tp mungkin mereka hanya bergurau atau mungkin ada sesetengah org yg ingin memperlekehkan soalan td. Ust menyatakan bahawa Rasulullah hanya x tahu membaca dan menulis kerana Rasulullah pernah berniaga barang dagangan Siti Khadijah. Inilah bukti Rasulullah pandai mengira kerana nenceburi bidang perniagaan.

Kesimpulannya Rasulullah ummi ( tidak pandai membaca dan menulis) dan tidak termasuk pandai mengira. NOKTAH. Tetapi hikmah Rasulullah dijadikan ummi supaya dpt menolak hujah org orientalis bahawa Rasulullah yg menulis Quran. Mungkin orientalis juga akan balas dlm al-quran ada ilmu Matematik jadi Rasululah yg cipta Quran.

Tak kan kita nk kata “Aku ada 2 bukti (Rasulullah tak pandai baca dan tulis) tp kau hanya ada 1 bukti je (Rasulullah pandai mengira) jadi akulah menang”? Adakah kita lega menang hanya sekadar 2-1 hanya kerana kita x mampu mematahkan hujah Orientalis tersebut? Kita hanya menang 67% sahaja? Adakah kita berpuas hati? Kalau la muaddal kita semua 67% puas hati? Mumtaz? Tak kan…

Jadi, marilah kita sama-sama mencari jawapan bagi persoalan ini.

Di kesempatan ini bukanlah penulis nak memperlekeh sesiapa tetapi nak mengajak supaya kita sama-sama menjadi org yg sentiasa berfikir dan bukan sekadar terima bulat2. Kita hendaklah menjadi org yg BIJAKSANA!!! Kenapa bijaksana? Kenapa tak bijaksini? Apa maksud bijaksana? Bijaksana yg bijaknya sampai sana? Sampai mana? 3 kilometer, 5 kilometr? Tak, sana lagi!!! Itulah maksud bijaksana. Inilah kehebatan nahu Bahasa Melayu!

Penulis rasa sangat bertuah kerana dapat menyartai program seumpama ini. Dapat rasai kehebatan Bahasa Al-Quran dan bahasa Syurga ini selain dapat makan kari ayam.

Owwhhh…ye…terlupa plak nk jawab soalan kt atas td kenapa Quran diturunkan oleh Allah dlm bentuk syair? Errmm… lain kali la plak. Kome fikir la ye..

Salam dari Darul Salam kpd semua...

0 comment:

Post a Comment