Ads 468x60px

Pages

Sunday, January 31, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Pertama (siri 2)

Seterusnya perjalanan di teruskan ke lembah Ghour yang terletak tidak jauh daripada Ummu Qais. Lembah Ghour merupakan lembah yang paling subur di jordan. Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam di lembah tersebut dan dihantar ke seluruh Jordan. Di sini juga dikatakan tempat yang paling banyak motor di Jordan.(Wa ALLAH `Alam). Dalam perjalanan ke lembah juga kami berkesempatan melihat empangan sungai Yarmouk dan melalui kawasan kolam air panas yang paling ramai kunjungannya terutamanya pada musim sejuk. Kawasan lembah ini juga terletaknya banyak maqam-maqam sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang agung yang Dharih( yakni diyakini wujudnya jasad). Antaranya ialah Sayidina Muaz bin Jabal, Sayidina Abu Ubaidah, Sayidina amir bin Waqas dan ramai lagi. Dan ramai sahabat- sahabat Nabi S.A.W yang syahid disebabkan sakit taun. Seperti mana:
“Sabda Nabi S.A.W : Barang siapa yang mati disebabkan TAUN maka matinya adalah SYAHID”.
Destinasi kami yang pertama adalah menziarahi maqam As Syahid Sayidina Muaz bin Jabal. Adalah tidak manis sekiranya kita tidak mengenali sahabat Rasulullah S.A.W yang mulia. Ini sedikit sebanyak sejarah tentang Sayidina Muaz. Nama sebenar beliau adalah Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal bin Uwais al Anshori alkhazraji. Ibunya bernama Hind binti Sahal daripada Bani Rafa`ah/ Rifa`ah (رفاعة). Beliau telah memeluk Islam ketika berumar18 tahun dan beliau adalah yang terawal memeluk Islam. Selain itu beliau juga turut serta dalam perjanjian `aqobah bersama 70 yang lain daripada Ansor. Beliau juga turut serta dalam peperangan al Kubra di jazirah Arab iaitu perang Badar dan pada ketika itu beliau berusia 20 tahun. Selain itu juga beliau juga telah berjihad bersama-sama Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud, Khandak. Dan antara yang paling besar sumbangan beliau adalah terlibat juga dalam pembukaan Syam pada zaman al Faruq Sayidina Umar Al Khattab di bawah pimpinan Abu Ubaidah.
Kawasan masjid saidina Muaz bin Jabal

tenang merenung camera...


Beliau adalah seorang pemuda yang pemaaf, mulia pekertinya dan apabila berkata seperti keluar cahaya dan permata daripada mulutnya. Adalah beliau merupakan seorang yang hafiz Al-Quran dan di kalangan yang bersama-sama mengumpulkan Al-Quran dan merujuk padanya (Quran) dan apa jua keadaan.
قل الرسول صلى الله عليه وسلم: "خذوا القرآن من أربعة ,أبن مسعود وأبي ومعاذ بن جبل وسالم مولى ابي حذيفة"
~bermaksud ambillah Al-Quran daripada empat orang iaitu ibn Mas`ud, abi, Muaz bin jabal dan Salam maula abi Huzaifah~

Maqam Saidina Muaz bin Jabal
Maqam Anaknya Abdul Rahman

Beliau juga merupakan qhadi yang pertama yang diutuskan oleh Rasulullah S.A.W ke Yaman untuk menentukan hukum-hukum dan menyebarkan Agama ALLAH S.W.T di Yaman.pada tahun 10 hijrah selepas hujjatul wada’. Dan merupakan hari yang terakhir bersama dengan Rasulullah S.A.W sebelum diutuskan ke Yaman.
قل عنه الرسول صلى الله عليه وسلم: أعلم أمتي الحلال والحرام معاذ بن جبل
~yang paling tahu halal dan haram adalah Muaz bin Jabal~

penerangan daripada penjaga Maqam Saidina Muaz bin Jabal
Beliau telah menghidapi penyakit taun `Amwas yang diambil sempena nama tempat yang terletak di Palestin di mana tempat bermulanya penyakit tersebut. Dan beliau Syahid bersama anaknya Abdul Rahman dan juga isterinya.
Seterusnya setelah diberi peluang menghidu bau wangi para syahadad yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di mana baunya sama sahaja dan menenangkan hati yang gelisah, kami meneruskan program kami dengan meneruskan perjalanan menziara hi maqam yang seterusnya iaitu Sayidina Aamir bin Waqas. Beliau adalah sepupu kepada Nabi S.A.W yang menerima bantahan daripada ibunya ketika ingin memeluk Islam.Nama sebenar beliau adalah Aamir bin Malik bin Ahaib bin Abdul Manaf. Adik-beradik nya adalah Said, Ameer dan `utbah. Adalah Said dan Ameer antara yang terawal yang memeluk islam manakala `Utbah mati dalam keadaan Kufur. Beliau juga termasuk dalam golongan sahabat yang awal memeluk islam.
masjid Saidina `Aamir

mendengar penerangan daripada Ustaz Solihin

Maqam saidina `Aamir bin Waqas


Beliau telah berhijrah daripada Kota Makkah ke Kota Madinah bersama sahabat- sahabat yang lain. Dan tinggal di Madinah sehingga tahun ke tujuh Hijrah. Beliau antara sahabat yang kuat dalam menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan turut serta dalam peperangan di luar jazirah Arab iaitu peperangan Syam di bawah pimpinan Abu Ubaidah radiya Allah dan syahid dalam peperangan tersebut.
Tepat pada pukul 1.25 ptg tetapi hakikat sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahui masa yang sebenarnya kami semua bertolak ke maqam Shurahbil dan berhenti sementara di masjid Sharhabil yang diambil sempena nama beliau untuk makan tengah hari. Nama sebenar beliau adalah Shurahbil bin Abdullah bin al matho’ bin al ghutrif bin abdul ` uzza bin jasamah bin Malik Al kindi al Yamani. Ibunya bernama Hasanah dan beliau telah di nasabkan dengan ibunya kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi kecil.

masjid Sharhabil

Beliau telah memeluk Islam ketika masih lagi berada di Makkah Al-Mukarramah. Bersamanya dua orang adik- beradiknya yang turut serta memeluk Islam iaitu Junadah dan jabar. Adalah Sharhabil daripada arab Quraisy dan antara salah seorang penulis Al-Quran yang sepuluh. Seorang yang memuliakan tetamu, wara’, terkenal dengan keberanian dan kepandaiannya. Beliau telah menyertai peperangan Yarmouk dan telah dilantik sebagai s alah seorang panglima perang.


Maqam Saidina Sharhabil



Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, beliau telah menyertai peperangan dalam memerangi golongan murtad. Kemudian Sayidina Abu Bakar telah melantik beliau untuk mengetuai tentera perang dan telah berjaya membuka Urdun, Syam dan Al Quds. Beliau adah seorang tentera perang berkuda yang hebat. Beliau telah Syahid disebabkan sakit taun `Amwas pada tahun 18 hijrah dan pada waktu yang sama wafatnya ketua kepada panglima perang iaitu Abu Ubaidah.
Pada jam 2.05 kami semua bertolak daripada maqam Sayidina Shurahbil ke maqam seorang sahabat nabi yang besar dan ketua panglima perang serta tentera di bawa hnya iaitu Sayidina Abu Ubaidah. Nama sebenar beliau adalah Abu Ubaidah `Amar bin al Jarrah bin Hilal al Qursyi. Merupakan salah seorang sahabat nabi S.A.W yang hebat dan yang terawal memeluk Islam. Beliau daripada Muhajirin. Dilahirkan pada 40 tahun sebelum hijrah dan salah seorang daripada 10 sahabat yang terus ke Syurga.

Pintu masjid Abu Ubaidah

Maqam Saidina Abu Ubaidah di sebalik cermin..

Beliau telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu hijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Turut juga terlibat dalam Bai`ah ar Ridhuan. Beliau diberi gelaran oleh Rasulullah S.A.W sebagai أمين هذه الأمة yakni keamanan umat Nabi S.A.W. Beliau adalah seorang yang tawadu’, zuhud,mulia akhlak, sangat berlapang dada. Dan dikisahkan tentangnya apabila Sayidina Umar Al Khattab memerintahkan seseorang untuk mencari golongan yang layak untuk menerima zakat dan beliaulah yang paling layak untuk menerimanya. Walau pun beliau seorang pemimpin yang disegani tetapi hati beliau tidak sesekalipun terikat dengan kemewahan dunia yang sepatutnya pemimpin mampu untuk memperolehnya. Betapa hebat dan tingginya iman dan ketaqwaannya terhadap Allah S.W.T dan kecintaan yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W.

Maqam Saidina Abu Ubaidah

Beliau sangat hebat dalam kesenian perang dan taktik perang yang terbaik dan pelbagai.Disamping itu juga, beliau turut menyertai kebanyakan perang bersama-sama Rasulullah S.A.W. Dan Sayidina Abu Bakar ketika pemerintahannya telah meletakkan kepercayaan terhadapnya untuk memimpin tentera dalam membuka Bilad Syam. Beliau telah Syahid fi Sabilillah disebabkan sakit taun `amwas pada tahun 18 hijrah.

Perigi pada zaman Saidina Abu Ubaidah


Pada pukul 3.08 kami telah sampai di destinasi seterusnya iaitu menziarahi maqam sahabat Nabi S.A.W iaitu Sayidina Dhirar bin Azwar. Beliau merupakan adik kepada Khawlah bin Azwar. Beliau merupakan salah seorang ketua perang berkuda yang tangkas menunggang kuda sambil menghayung pedang demi menegakkan kalimah . لا إله إلا ا لله محمد رسول الله . Beliau juga mampu membebaskan tentera Islam yang ditahan secara berseorangan tanpa diketahui oleh pihak musuh.

Masjid Dhirar

Ini adalah maqam Saidina Dhirar bin Azwar



kami diberi peluang untuk menghidu bau wangi para syuhada

Ini adalah lubang tempat keluarnya bau wangi daripada syuhada yang dijanjikan oleh Allah

Pada jam 3.45 ptg kami segerombolan bertolak setelah penat menziarahi makam-makam sahabat di Ghour Urdun ke Amman. Sama-samalah kita berdoa kepada para sahabat Nabi SAW dan niat di dalam hati agar kita mengambil dapat iktibar dan sama-sama menanam semangat roh pejuang Islam ini demi menegakkan agama Allah SWT. Takbir!!! Ini hanya sekadar perkongsian dan masih banyak lagi yang perlu kita sama-sama kaji dan hayati sejarah-sejarah Islam yang terdahulu.
Nantikan hari yang kedua daripada kami....
  • ke Jabal Nebo....
  • apakah yang terdapat disana?
  • ke Madaba... apakah ia? nama orang? nama tempat? atau...???
  • ke maqam Nabi Allah Syuib..
  • apakah sejarah laut mati?
  • apakah yang menyebabkan Allah menurunkan bala disana?
  • siapakah Nabi Yusha'?
  • apakah mukjizat yang Allah kurniakan kepadanya?

Saturday, January 30, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Pertama (siri 1)

Jam menunjukkan 8.05 pagi kami semua seramai 6 orang shabab dan lebih 20 akhowat serta Ustaz Haizal sekeluarga, Ustaz Ridhuan sekeluarga dan Ustaz Solihin sekeluarga berlepas daripada Irbid terus ke destinasi yang berdekatannya iaitu menziarahi ke Ummu Qais maqam sahabat-sabahat NABI yang mulia. Perjalanan jaulah kami dimulakan dengan ucapan taklimat serta penerangan tentang tentatif program yang akan dilaksana selama 6 hari 5 malam daripada pengarah program kami iaitu Ustaz Solihin. Beliau seorang pelajar Yarmouk yang menyambung pelajarannya dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam peringkat MASTER.
Seterusnya disambung pula dengan bacaan doa daripada ustaz, memohon kepada ALLAH S.W.T agar jaulah pada kali ini diberkati oleh NYA dan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Inilah antara tentatif progam kami pada hari pertama iaitu destinasi pertama ke ummu Qais yang mengambil masa selama 45 minit daripada Irbid. Kemudian ke lembah Ghour dan dikatakan ramai sahabat-sahabat NABI S.A.W yang sahid disana.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sebelum bertolak ke destinasi...

Ummu Qais.
Adalah tidak elok sekiranya tidak diceritakan serba sedikit sejarah tempat tersebut. Umm Qais menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah .

inilah kesan-kesan yang masih kekal kesan daripada gempa bumi


Ummu Qais terletak di kawasan berbukit dan memaparkan pemandangan yang memikat mata-mata yang memandang . Dari sini jelas kelihatan Tasik Tiberia (sejarah awal Jordan yang didatangi orang badwi sebelum dirampas Israel), Bukit Golan , juga pemandangan perkampungan di Utara Jordan dan sekiranya bernasib baik dapat melihat tompokan salji di puncak Gunung Hermon ataupun dikenali juga dengan nama jabal al-Syeikh. (Gunung tersebut sentiasa dipenuhi dengan salji terutamanya pada musim sejuk dan pada musim panas kawasan tersebut akan menjadi beku. Gunung tersebut terletak di Syiria dan merupakan gunung tertinggi di Syiria dan menjadi rebutan antara Syiria dengan negara yang hakikat sebenarnya tidak mempunyai negara iaitu Israel. Syiria telah menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan dalam membantu ekonomi negara tersebut).

gunung yang berwarna putih itulah yang dimaksudkan jabal syeikh


Menikmati keindahan pemandangan yang ada.


Kedudukan Ummu Qais yang strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara , hutan berbukit `Ajlun di selatannya , dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa.

Colleseum


Pada awalnya Alexander the Great telah menjadikan Gadara sebagai pusat tentera Ptolemy namun hanya seketika apabila Seleucid mengambil alih Gadara selama 100 tahun pada 198 SM . Tembok bandar yang dibina Seleucid kekal dan terletak berhampiran kawasan meletak kenderaan di sini . Seterusnya Gadara dikuasai Roman dan dihadiahkan kepada Raja Herod dan dipulangkan kepada Roman kembali setelah kematiannya . Gadara kemudian beralih tampuk pemerintahannya kepada kerajaan Byzantine . Awalnya Kristian agak sukar tersebar lantaran agama Greco-Roman telah dominan di sini . Namun berikutan Pemerintahan Milan pada 303 M agama Kristian telah tersebar luas malah sebuah Gereja berbentuk oktagon telah dibina di rangkaian Acropolis .

binaan yang masih lagi kukuh

perigi pada waktu dahulu

salah sebuah penempatan yang masih kekal


Musim panas 636 M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara . Dikatakan bahawa sewaktu perang Salib Gadara telah musnah akibat beberapa siri gempa bumi dan sewaktu Perang Salib II ia merupakan sebahagian dari Kerajaan Jerusalem di samping merupakan medan pertahanan dalam menghalang tentera Arab . Menjelang kurun ke-19 Gadara telah kosong dan penduduk di sini hidup secara nomad . Semasa zaman Othmaniyyah apabila Kanun Tanah Othmaniyyah dilancarkan maka Gadara telah dihidupkan dengan tuan tanah yang baru . Rata-rata golongan miskin menduduki persekitarannya yang kini merupakan pusat bandar Umm Qays. Perbezaan binaan zaman Othmaniyyah adalah dibina daripada batu kapur putih manakala bangunan yang lebih awal darinya dibina dari batuan igneus ( gunung berapi ) yang hitam dan dikatakan batu tersebut berasal daripada Iraq yang kuat dan pejal. Ketika dahulu, binaan bangunan juga menjadi salah satu kemegahan sesebuah kerajaan.

tempat perjumpaan umat Islam pada zaman Othmaniah

Ini adalah muzium tersimpannya banyaknya tinggalan lama


Ummu Qais telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat pada suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya. Walau bagai manapun banyak iktibar yang kita dapat ambil hasil penjelajahan ini dimana Allah SWT telah menunjukkan kepada kita bahawa sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaannya yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka. Jadi marilah kita sama muhasabah diri, kita jadikan ia sebagai peringatan kepada diri kita bahawa walau sehebat manapun kita, ada lagi yang lebih hebat. (ALLAH SWT). bersambung..... (nantikan siri 2)
  • menziarahi maqam sahabat- sahabat Nabi SAW...
  • apakah lembah ghour urdun?
  • Siapakah Sayidina Muaz bin Jabal?
  • Siapakan Amar bin Waqas?
  • Siapakah Sharhabil?
  • Siapakah Abu Ubaidah?
  • siapakah Dhirar bin Azwar?
  • Apakah sumbangan mereka semua terhadap islam?
  • apakah yang telah berlaku kepada mereka?

Friday, January 29, 2010

Hari Sebelum BerJJ & Perkongsian Ketiga.

IRBID: Warga DS telah mengambil keputusan untuk mengikuti Jelajah Jordan atau Jaulah (جولة)Jordan ataupun lebih dikenali sebagai Jaulah Batu dalam kalangan senior. Kenapa batu? Itu satu persoalan yang akan pembaca semua fahami setelah kita mendalami post yang ditulis oleh kami. Kami sebenarnya baru 2 hari pulang daripada mengikuti JJ dan di sini, kami mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua, pengalaman JJ kami, terutamanya kepada sanak-saudara dan sahabat-handai di Malaysia juga di seluruh dunia...

***

Pagi Khamis tu, yakni pada 21 Jan kami berbalad, tapi tanpa Iqbal Sabry kerana masyaqqoh (مشقة) yang tak dapat beliau elakkan. Walaubagaimanapun, kekosongan itu diisi oleh Amir Siddiq aka Mirsi...


Mirsi, hang tak mau pergi ka???




Beginilah keadaan di Syari3 Jami3ah. Di jalan inilah warga Permai akan menaiki bas. Selalunya, kekedai dalam pukul 8-9 pagi masih belum beroperasi, tapi tutup biasanya lepas tengah malam.



Duar Sa3ah (دور ساعة)... mercu tanda di Balad (بلد).




Mahaall مَحَالُّ) di sekitar persisiran Balad.


Kami sebenarnya pergi ke balad berniatkan untuk membeli baju bundle kat Balad ni. Baju kat sini murah-murah, paling murah yang ana pernah beli rube3 (ربْع) dinar, lebih kurang RM1.25. Tapi, seluar, dahla susah cari saiz, agak mahalpula tu. 4-6 dinar tu harga standart. Hah, darablah 5, sebab 1JOD lebih kurang RM5 gitu. Kedai bundle di Balad lebih dikenali dengan nama Baleh (بالة). Kenapa? Ust Ridhuan, seorang penuntut PhD Bahasa Arab di sini ada menyatakan bahawa Baleh ni datang daripada jenama Bally Shoe, dari Switzerland. Diceritakan bahawa dulu, memang banyak kasut-kasut bally kat sini yang terpakai, maka berlaku asimilasi budaya di situ. Lama-kelamaan, orang merujuk pakaian-pakaian yang terpakai sebagai Baleh. Begitulah kisahnya. Samalah juga dengan budaya kita di Malaysia, kata nak beli Ridsect, sekali beli Shieldtox. Kata nak beli Pampers, sekali beli Drypers, tapi mungkin sekarang dah kurang gejala ni. Hehe. Terima kasih kepada sekolah, kerana mengajar benda begini. Sebut pasal sekolah, teringat pasal SBT. Apakah SBT? Nanti kita cerita lagi tentangnya.



Ada satu masa tu, kami masuk satu kedai. Ada seorang laki yang menjaga kedai tu diluar. Dalamnya pula, ada anaknya, tolong dia jaga kedai. Anaknya seperti gambar di atas, sedang dipeluk oleh Bro Yaqzan. Ana ada cerita tragis dengan budak ini. Disebabkan dah lama tak bercakap bahasa Arab, nak cuba berbual dengan budak ni. Maklumlah, Markaz Lughoh dan kuliah di universiti dah habis, kuranglah peluang nak cakap Arab. Berikut dialog ana dengan beliau yang telah diterjemah dan diringkaskan:

Hang anak pekedai ni ke?
Yela.
Berapa umur hang?
10 tahun...
Biar betul 10 tahun, hang nampak kecik lagi... Jgn tipu aku...
Hang ape tau? Org cakap Arab pun die x paham, nak pertikai aku pulak...

...

Pergh. Terasa ana. Walaupun tak berapa faham apa beliau cakap, tapi, entah macam mana
dapat faham ayat yang akhir tu. Sebenarnya, awal-awal tu beliau tanya pasal kholawi (خلوي) ana aka telefon bimbit, sebab nampak cam canggih ( K630i je), tapi, ada beberapa benda yang beliau cakap, tak dapat difahami. Beliau pun benganglah. Aduh, pedihnya. Pandai hang berkata-kata, wahai budak.



Berpoyo-poyoan sambil mencari baju.




Cari, Koje. Jangan tak cari. Banyak seluar saiz hang...




Mirsi yang kegirangan (dalam Teksi Wira).




Nilah ma3allim (معلّم) yang bawa Teksi Wira ni. Koje tanya beliau, bagaimana kereta Wira ni? Ni kereta Malaysia , tahu tak? Jawab beliau: " Bagus, ana rasa selesa pandu kereta ni". Agak bangga mereka berdua pada masa itu. Ana dengan soleh pula, pulang berasingan.



Masa nak balik tu, ana sempat beli kaki Agumon. Sedap beb, takla beku kaki. Hehehe.


Pukul 12.30 tengah hari pula, ada mesyuarat untuk seminar ekonomi yang akan dilangsungkan pada 19 & 20 Februari ini. Sempatlah berbincang, walaupun tanpa kehadiran 2 orang AJK.



Bro Sahel, Ana & Bro Soleh



Bro Syazwan selaku Pengarah dan Bro Koje sebagai Bendahari yang belum ada kerja khusus.



Selepas Isyak pula ada kuliah tafaqquh Fiqh bersama Ust Mahadi, penuntut Master Ekonomi & Perbankan Islam. Ajar tentang bab solat lagi, di samping tu, adalah juga diselitkan satu dua cerita. Antaranya adalah tentang dunia jangan diletak dalam hati. Ada 2 orang syeikh dulu, Sheikh A hidup mewah, Syeikh B pula hidup papa. Pada suatu hari, B suruh anak muridnya menyampaikan salamnya kepada A. Setelah disampaikan salam itu, A meminta anak murid tu supaya memberitahu B agar jangan tertipu dengan harta kekayaan. Maka, terkejutlah anak murid tu secara menganga atau tidak, itu tidak diberitahu. Mengapa kaget? Sebab A amatlah kaya, hidup serba kemewahan, manakala B, gurunya pula hidup dalam kedhoifan. Mana mungkin si kaya menasihati si miskin agar tidak tertipu dengan dunia??? Walau bagaimanapun, si anak murid tetap menyampaikan hasrat A. Pabila diberitahu saja tentang pesanan itu, B terasa huzil (tension) sebentar. Beliau menafikan pesanan yang bersifat tuduhan itu. Tetapi, lama-kelamaan, B pun berterus terang. Sebenarnya, walaupun A dilimpahi kemewahan, akan tetapi, beliau langsung tak berharap kepada kemewahan itu. Walhal B pula, disebalik pengiriman salam itu sebenarnya menunjukkan hatinya yang cemburu dengan kemewahan A itu. Maka, bertaubatlah B... Oleh itu sahabat sekalian, letaklah dunia itu di tangan anda semua, kerana jika akhirat memerlukan ruang yang lebih luas, anda mampu membuang dunia itu dengan senangnya. Jika berada di dalam hati, agak susah sedikit hendak dibuang kerana memerlukan kos pembedahan yang agak tinggi...

Setelah kuliah habis, kami, pelajar Yarmouk tahun 1 berkumpul di rumah Muhtadi. Ada Majlis Mahabbah (MM)kali kedua. Mereka yang hadir ke kuliah tadi pun dijemput sama. Jom kita lihat, apa yang ada kat MM ni...



Daus aka tuan rumah sedang menuang kari



Nasi yang tinggal untuk pelajar Jais. Kesian mereka, ada perjumpaan untuk menyusun maddah.




Sedap beb!




Tomato mengandungi lycopene, amat baik untuk kesihatan kulit, kot...



Tak cukup ayam kari, ayam goreng ala-ala bakar pun ada!




Shahir aka Mr Donald Trump merangkap pengerusi majlis.



Ustaz Mahadi tak nak cakap sebenarnya, tapi, setelah ada kata-katanya dalam kuliah yang 'backfire' beliau kembali, terpaksalah beliau bercakap. Heheh.
(Tuan Rumah berhak minta tetamu mengimami Solat, apatah lagi memberikan ucapan - Hasil usaha Bro Soleh)




Antara yang hadir... Tersenyum besar Bro Syuk. Muhtadi aka tuan rumah yang cool hanya berkain pelikat. Bro Fath tengah tengok Koje ke???



Riskhon aka tuan rumah jua...



Makan Time!!!



Tetamu undangan: Ust Ciku & Ust Rukes



Suke...



Ikut Sunnah...


Pukul 10 je, kami minta diri dulu sebab nak bersiap-siap untuk esok hari. Tapi, time dalam pukul 11 gitu, datang Mirsi membuat kagetan aka surprise, untuk menyambut hari lahir Koje, walaupun lambat sehari.



Antara yang hadir di DS



Nampak horror, tapi habis pada waktu tu juga!


Itu sahaja... Bersambung pada post yang akan datang... Hari Pertama JJ...



***
PERKONGSIAN KETIGA

تي تي تي تي, زَيْ ما رُحْتِ جِيتِ

(titititi, zai ma ruhti jiiti)

- Maksudnya: Seseorang yang pabila telah pulang dari hijrah, sama sahaja keadaannya seperti mana sebelum dia berhijrah.


Lebih kurang begitulah maksudnya. Tapi ni ana dapat dari Dr. Umar, banyak versi yang ana dengar sebenarnya.


Contoh penggunaan:

يا بُنيّ, انظر إلى فلان. هو قد تخرّج من جامعة اليرموك, ولكنّه ما زال لم يتغير. تي تي تي تي, زي ما رحت جيت

(ya bunayya, unzhour ila fulan. huwa qod takhorroja min jami3atilyarmouk, walakinnahu ma zala lam yataghoyyar. titititi, zai ma ruhti jiti.)


-Maksudnya: Wahai anakku, tengoklah kepada si fulan. Dia dah grad dari U Yarmouk, tapi, masih belum berubah. Sekarang, dia samalah macam dia dahulu yakni sebelum dia datang belajar di Yarmouk.


Selamat mencuba!