“Iaitu (Allah) yang menjadikan api untuk kamu dari kayu yang hijau, maka seketika kamu nyalakan (api) dari kayu itu”. (Yasin: 80)
Cuba kita fahami ayat ini. Kenapa Allah jadikan api dari kayu yang hijau? Kenapa hijau?
Ayat ini telah dibincangkan dalam program Wacana Ilmiah Siri kedua oleh Ust Redzuan. Antara pendapat Ulama-ulama dan para pentafsir sebagaimana berikut:
1. Allah jadikan kayu yang hijau sebagai bahan bakar yg kita gunakan hari ini, zaman serba canggih. Dari dahan2 dan pokok ini akan mati. Ketika itu proses pereputan dan pemendapan akan berlaku. Proses ini akan berlaku dalam jangka masa yang lama. Setelah sekian lama bahan2 ini terpendam dalam Bumi, ia akan menghasilkan petroleum. Petroleum inilah yg kini lebih dikenali sebagai emas hitam. Emas hitam inilah yg kita gunakan sebagai bahan bakar. Subhanallah!!!
2. Satu lagi pendapat ialah, kenapa Allah berfirman dengan menggunakan warna hijau? Hal ini kerana, warna hijau simbolik kepada klorofil. Apa itu klorofil? Klorofil digunakan untuk proses fotosintesis dan proses ini juga turut menggunakan gas karbon dioksida seterusnya menghasilkan gas oksigen. Dengan gas oksigen inilah manusia gunakan untuk nyalakan api. Tanpa oksigen, sobah tak dapat dinyalakan. Subhanallah!!!
Macam mane pula fakta sebegini dapat dibuktikan? Jawapannya mudah! Berfikir dan dengan membuat kajian. Kalau tak faham bertanya. Konsep inilah yang dipegang oleh para Ulama. Sebab itulah Ulama dan Mufassirin merupakan org yg hebat dan dikagumi. Kalah sainstis kot…
Kuncinya mudah, hanya dengan bertanya. Allah turut berfirman…
“Maka bertanyalah kepada org yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Anbia’: 7)
Dengan ayat inilah menjadi hujah bahawa Allah menggalakkan kita mengkaji, bertanya dan berfikir. Sejarah juga telah membuktikannya.
Dalam Surah Baqarah ayat 30 malaikat sendiri bertanya soalan.
“Apakah engkau hendak menjadikan org yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah di sana (Bumi), sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?… Adakah Allah marah kpd Malaikat yg bertanya soalan tadi? Jawapannya tidak. Malah Allah bagi jawapan serta buktikan jawapan yg diberikanNya kpd Malaikat dlm ayat 31-33 Surah Al-Baqarah.(Kalau kita fikirkan soalan ini mcm nk pertikaikan ciptaan Allah kn?)
Nabi Ibrahim pun bertanya soalan (soalan yg lg super pelik) Sekali lagi adakah Allah memarahi nabi Ibrahim? Tidak! Dan sekali lagi Allah beri jawapan beserta pembuktian kebenaran jawapan yg diberi.
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata”Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan org mati”. Allah berfirman “Belum percayakah engkau?” dia Ibrahim menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap)”. Dia Allah berfirman, “Kalau begitu ambillah 4 ekor burung, lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing2 di atas sebuah bukit satu bahagian kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dgn segara”. Ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Baqarah: 260)
Malah nabi Musa pernah minta utk melihat Allah (permintaan ini lagi super power pelik!). Lalu adakah Allah marah nabi Musa disebabkan permintaan pelik tadi? No! Sekali lagi Allah beri jawapan beserta bukti.
Dan ketika Musa dtg utk (munajat) pada waktu yg telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, ”Ya Tuhanku tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau. "Berfirman (Allah), “Engkau tidak akan (sanggup) melihat Ku, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (sebagai sedia kala) nescaya engkau dapat melihat Ku”. Maka ketika Tuhannya menampakkan (KeagunganNya) kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata, “Maha suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah org yg pertama-tama beriman. (Al-A’raf: 143)
Ayat ini menunjukkan kalaulah terzahir keagungan Allah, maka umat manusia akan beriman kapada Allah. Ayat2 di atas buktikan bahawa kita boleh bertanya soalan. Bezanya kita x mampu la nak bagi jawapan sbgmana Allah bagi.
Lagi firman Allah…
Dan mereka (org2 kafir itu) tidak datang kpd kamu (membawa) sesuatu yg aneh, melainkan Kami datangkan kepadamu yg benar dan penjelasan yg paling baik. (Al-Furqan: 33)
Kenapa Allah berfirman dengan ayat “penjelasan yg paling baik”? Ini membuktikan apa2 saja soalan pasti ada jawapannya & sekaligus membuktikan Islam ialah agama Faith & Prove! Cuma kita saja yg mgkn x tau jawapan kpd sesuatu soalan.
Meskipun demikian, ada juga soalan yg sebenarnya x perlu dilayan. Contohnya ialah kisah bani Israel yg saja mengada2 tanya ttg jantina, warna, tua ke muda, dll soalan ttg haiwan yg hendak dikorbankan. Benda ni ada dalam surah al-Baqarah.
Persoalan dan kesimpulan.
Sebenarnya, penulis ingin bertanya soalan. Macam mana nak power? Taklah... dahulu ada dakwaan dan artikel yang menceritakan berkenaan hikmah hukuman sebat bagi penzina yg belum berkahwin mengikut sains. Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa jika disebat di belakang badan, enzyme dalam badan penzina yg belum berkahwin ini akan menghasilkan antibodi yg dapat melawan penyakit AIDS. Tetapi jika sudah berkahwin, enzyme ini sudah tidak mampu menghasilkan antibodi yg dapat melawan AIDS. Adakah fakta ini benar?
Penulis tidak mempertikaikan hukum Islam tetapi mempertikaikan fakta ini. harap jangan salah faham. Dahulu ada seorang India yg bertanya kepada penulis ”kalau macam tu macam mana enzyme tu dapat membezakan tuan badannya samada belum berkahwin atau sudah berkahwin”? Ini pengalaman penulis sendiri tetapi penulis sendiri tak tahu jawapannya tetapi kita wajib yakin bahawa setiap perintah dan hukum Allah ada hikmahnya.
Penulis telah mengambil tindakan bertanya pelajar sains di Jordan nie yg boleh dipercayai tapi beliau kate ” kita jgn sgt fikir bende2 mcm nie...sebaik-baik perkara ialah pertengahan...ibadah ada kadarnya, main ada kadarnya...n nk fikir pn ada kadarnya. Macam wuduk, kenapa kentut tp masih basuh anggota wuduk? Kenapa tak basuh tempat keluar angin?” Penulis berasa sangat-sangat sedih dah tersentak. Persoalan ini bukan mempertikaikan zat dan sifat Allah! Tetapi sekadar ingin tahu kajian sains dan beliau merupakan pelajar sains di Jordan ni.
Cuba bayangkan suatu hari nanti ada org bukan Islam bertanya soalan yg sama kepada kita. Kalau kita berjaya jawab dan berusaha meyakinkannya mungkin dia akan memeluk agama Allah ini. Alangkah besarnya pahala dan saham kita...Semoga kita semua tergolong dlm kalangan org2 yg berfikir...Amin.
4 comment:
malangnya ak pn xleh jwb prsoalan tue...
tp mst ad sbb di sebalik dy...klu nk tau kna rr ty org medic..
bkn salah pn..kta kna cari ilmu tue sbb ilmu tue luas..
kenapa Allah bg hukuman x sama dalam hudud bg penzina muhsan & ghair muhsan..
mst ad sbb2 tertentu..
wlupn hudud itu hak Allah, Allah mengetahui segalanya tp Allah ciptakan kita untuk belajar ilmu Allah jgn blajar sekerat jalan..kalau itu mmg perkara yg menjangkaui pemikiran kita..logiklah jgn difikirkan sgt..
salam.
mantap dan bagus pengisian post ni. setiap soalan itu pasti ada jawapan. tp jgn la kita pertikaikan hukum Allah. Ada hikmah di sebalik semua kejadian itu.
Panduan hidup kita pada hari ini adalah Al Quran dan Hadis. Jd, berpeganglah pada keduanya, supaya kehidupan kita sentiasa tenang dan aman.
insya Allah....
kita sama2 kaji Al-Quran n sunnah
hidup kan hidup kita dgn ilmu..
ilmu juga lah yg dapt mningkatkan keimanan kita terhdp Allah....
Kpd Ruhul Jadid (Arip)...
Terima atas pandangan anda. Setiap yg Allah jadikan itu pasti tidak sia2. Kalau kita tak nak kaji jgn plak kita nk mempersenda org yg berfikir dan mencari kebenaran.
Kpd Shazmil...
Ya, mesti ada hikmah disebalik setiap kejadian.Quran dan Sunah panduan kita.
Kpd Iqbal Adnan...
Jom kaji. Antakan rajin mengkaji disamping pandai berdakwah.
Post a Comment