Ads 468x60px

Pages

Friday, January 1, 2010

Majlis Malam Mahabbah

Rabu: 30 Disember 2009
Program: Majlis Malam Mahabbah
Masa: 7.30malam
Tempat: Bayt Darus Salam

Sejak hari sebelumnya, rumah kami sudah tidak ada air. Tak tahulah. Bila call Sa'adun(tolong urus rumah kami juga), katanya esok baru datang. Barang-barang dapur semuanya sudah siap dibeli semalam di Balad dan Irbid Mall. Tinggal tunggu masa rewang dan majlis jer...

Tengah harinya, Yaqzan sudah call Saa'dun dan dia datang jam 3.00petang. Mula2 repair2 salur paip dalam rumah, lepastu bila dapati saluran tersumbat, terpaksalah buka nat saluran paip, huh... apalagi, air pun keluar memancut2 tinggi! habis basah semua bahagian karpet rumah dekat dengan pintu bilik air. Terpaksalah naik ke sutuh atas untuk tutup saluran air dari tangki.



Paip air tersumbat. Iqbal wat pe tu? Tolong Sa'adun ke?

Susah juga kalau air masih tak ada, macam mana nak masak nanti! Aduh....

Sa'adun datang semula bawa bersama pekerjanya untuk repair air. Huh! Repair x seberapa jer tapi upahnya 10 dinar! Musyh Makghul! Membasahkan karpet rumah kami adela...

Kami sempat bayar sekali sewa rumah bulan 1 dan bil2 air bulan lepas+ upah repair tadi= semuanya 205 dinar!huh...

Kami cadang nak pindah rumah selepas tamat akad setahun, sebab nak dapatkan faciliti yang lebih elok. Sayang juga dengan bayt darussalam, tapi apekan daya... Setahun ni kami cuba memanfaatkan semaksimum mungkin kebajikan dan kepenggunaan rumah ini untuk kebaikan bersama. Insya Allah...

Ok, berbalik kepada aktiviti rewang. Kami start persiapan awal sekitar selepas solat zuhur. Yaqzan di bahagian kebersihan, soleh bahagian lauk, iqbal bahagian cuci ayam dan fadhil bahagian nasi. Muizz yang datang selepas asar telah membantu memasak nasi, dengan resepinya Nasi Briyani Muizz. Terima kasih sebab bawakan periuk nasi, amat memudahkan kerja. Syukran ya!



Fadhil tolong uruskan nasi


Soleh masak ayam di dapur



Amir tolong membasuh


Yaqzan membersih


Muizz dihujung sana tue...

Menu kami pada hari ini ialah Ayam Masak Merah Darussalam, Nasi Briyani Muizz dan Salad Balad Thozij. Simple saja tapi cukup mengiurkan bagi yang dah lapar...huhu


Simple banner...hehe..

Selepas maghrib, Amir Siddiq pula datang dan membantu apa2 yang ada. Kami terus buat persiapan terakhir kerana selepas isyak, pasti ada tetamu yang akan sampai.

Jam 6.45malam, sahabat2 kami pun sampai. Memandangkan pc dekstop Fadhil yang baru dibeli amat mengancam dengan skrinnya yang besar lagi lebar, mereka pun menumpang bermain game bola PES, memang mengasyikkan! Semangat sungguh, dengan skill Muhtadi yang relax, ditambah pula aksi lagenda Bro Syuk. Hebat2!!

Majlis Start jam 7.30malam. Tetamu pun sudah ramai. Ketua kami bagi pelajar tahun satu Universiti Yarmouk, Akh Firdaus juga telah sampai. Yang diraikan, Akh Nizwan dan Adam juga telah sampai. Pelajar2 IKIP tidak ramai, kerana kebanyakan mereka pergi talaqqi dan ada juga yang sibuk dengan urusan lain. Tidak mengapa...

Program ini pada mulanya ialah perjumpaan pelajar tahun satu Yarmouk dan pengisiannya ialah muhadasah arabiyyah. Memandangkan Akh Nizwan dan sahabatnya Adam(Nigeria) dari USIM (Program kursus bahasa arab USIM-YARMOUK sebulan) akan pulang ke Malaysia esok, kami telah mengadakan majlis khas untuk mereka.

Majlis dimulakan dengan ummu furqon dan Akh Radhi menjadi MC.
"Tatakallam billughah Al Arabiyyah!!!"

Haha... agak kalut juga, tapi semua saling bantu membantu memberikan vocab dan dhomir yang sepatutnya. Inilah semangat ukhuwah yang perlu ditonjolkan! Akh Radhi dan ahli rumanya (Omah Bujang)- Akh Fadlan, Akh Naim dan Akh Farhan telah bermuhadasah memperkenalkan diri masing2 dan berkongsi perkara yang ingin dikongsi. Sebab perjumpaan hari ini merupakan giliran mereka muhadasah. Dan Bayt Darussalam sebagai rumah untuk program. Perjumpaan seterusnya kumpulan lain pula, mengikut ahli rumah.

Akh Nizwan dan Adam terpaksa pulang awal kerana ada hal yang perlu diuruskan. Mereka telah memberi ucapan awal sebelum sesi jamuan. Dimulakan dengan ucapan Adam. Nasihatnya sungguh berguna. Kita perlu berjuang dan usah mengalah. Kerjasama dan tolong menolong amat penting untuk mencapai kejayaan. Usah berpecah! Menuntutlah ilmu setinggi mungkin, orang Islam perlu maju di bidang ilmu. Bahasa Arab sangat penting dan perlu dipelajari. Kata2 perangsangnya cukup bermakna buat kami dan meninggalkan kesan api semangat berkorbar dalam diri untuk terus maju dan ke hadapan! Terima kasih Adam!!



Akh Naqie dan Yaqzan bersama Adam(Nigeria)

Giliran Akh Nizwan pula. Akh Nizwan berpesan agar berusaha mahirkan bahasa arab dengan baik supaya apabila pulang ke Malaysia dapat mempraktikkan bahasa tersebut dan mengajarkannya kepada yang lain. Tugas dan tanggungjawab masih banyak dan perlu diselesaikan. Ucapan terima kasih telah kami terima dengan salam penuh mesra dan kasih sayang, agar ukhuwah terus terjalin walaupun beliau sudah pulang ke Malaysia nanti. Insya Allah.


Yaqzan bersama Akh Nizwan

Sesi jamuan pun bermula. Yaqzan di bahagian cameraman sibuk mengambil gambar dan merakam video majlis pada hari tersebut. Muizz, Soleh dan Fadhil sibuk dibahagian makanan dan minuman. Ada sahabat yang bawakan halawiyat arab yang lazat, banyak pula tu. Wah.. terima kasih sungguh! Hidangan bertambah lazat dengan manisan tersebut dan minuman istimewa dari kami, Fresh Mango Darussalam.


Iqbal berbual bersama kedua-dua yang diraikan



Main PES! Bro Syuk the legend vs Mukhtadi the actor...



Bergambar...



Soleh dan Iqbal menghidang makanan



Kiri sekali ketua kami, Akh Firdaus



Posing, dari kiri: Akh Afiq, Akh Amirul, Akh Riduan, Akh Hasrul



Datang ziarah, kiri: Akh Huzaimi



Makan di bilik Soleh



Bro Syuk, Akh Iza'an dan Akh Naqie



Pelajar IKIP di Yarmouk



Makan di bilik Fadhil



Banyak selipar... Ramainya tetamu...



Halawiyat... terima kasih yang menyumbang ya!



Minuman Fresh Mango Darussalam


Sebelum mereka berdua pulang, kami sempat bergambar kenangan terakhir dan bersalaman berpeluk mesra tanda perpisahan buat seketika waktu. Bunga2 ukhuwah sejati islamiyah terus mekar dan segar di bumi syam barakah. Insya Allah...

Majlis terus disambung dengan muhadasah Akh Naim dan Akh Farhan yang masih belum selesai dan tidak sempat bermuhadasah tadi. Dalam gelak tawa dan lawak yang menghiburkan, masih terselit pengisian yang berguna buat sekalian tetamu yang hadir pada malam itu. Ucapan terakhir pula daripada ketua kami, Akh Firdaus. Beliau meminta izin untuk bercakap bahasa Melayu, mungkin bagi memudahkan dan lebih memahamkan tetamu. Banyak pesanan yang telah disampaikannya dan kami khusyuk mendengar dan intabih dengan kata2 beliau.

Tujuan perjumpaan ini adalah bagi menyuburkan bibit2 ukhuwah yang telah sedia ada antara satu sama lain. Wujudnya program seperti ini juga adalah untuk membangkitkan dan menyuburkan syiar Islam, iaitu bahasa Arab yang kini sudah ramai yang mengambil enteng perkara ini. Kita berkumpul untuk menguatkan ukhuwah, walaupun dalam gelak tawa namun sebenarnya kita sedang hidupkan sunnah nabi. Ketika nabi sampai di Madinah, persaudaraan itu amat diutamakan. Memupuk persaudaraan, membuktikan iman kita kepada Allah. Hadis nabi, tidak beriman seseorang itu, sehingga mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. Moga2 kita sesama kita tergolong dalam 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah, Insya Allah.

"Biasanya orang boleh membina ukhuwah dengan tiga perkara, pertama kita boleh makan bersama2, makan satu talam, bukan sekadar makan sahaja, tetapi kita iftar bersama2, kedua kita boleh tidur bersama2, bukan sekadar kita tidur berkongsi bilik dan sobah, namun kita tidur bersama2 dengan satu tujuan, iaitu kita bangkit qiamullail bersama2, ketiga kita solat bersama2, bukan sekadar kita solat bersama2 di rumah, tetapi Insya Allah kita hidupkan masjid dengan solat berjemaah, Insya Allah..."~Ketua batch 1st Year Yarmouk.

Biarlah kita jadi seperti
glow in the dark, bersumberkan phosphorus yang mengumpulkan cahaya dari kawasan cahaya sekitar dan memancarkan semula ketika dalam gelap yang pekat. Sinar ukhuwah itu tetap subur, duduk bersama berprogram agar kita sedar, aspek ukhuwah islamiyah ini akan memandu kita ke arah jalan yang benar. Kita semua ibarat 5 jari, ada yang panjang, ada yang pendek, sekiranya hilang satu jari, tidak sempurnalah ia. Sekiranya kelima2 bersatu, lengkaplah ia, simbolik ukhuwah sesama kita, walau ada yang sibuk, walau ada yang susah, namun kita masih kuat, kita saling membantu, bila kita berkumpul, kelima jari akan bersatu, terus terusan memberikan komitmen bagi program mulia seperti ini Insya Allah.



1st Year Yarmouk, ukhuwah sejati...



Kami ahli bayt darussalam, dari kiri: Yaqzan, Iqbal, Soleh, Fadhil



Muizz dan Fathullah... Terima kasih Muizz, nasi briyani yang lazat!!


Moga Allah berkati kita semua. Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen menjayakan program, moga perjumpaan seterusnya lebih hangat dari biasa!!!

~Salam ukhuwah dari bayt darussalam

P/S: Kredit to Amir Siddiq kerana bertindak sebagai promoter blog bayt darussalam ini. Syukran ya!!

6 comment:

Belle said...

Bagusnya Bait Darus Salam uruskan tempat n makanan utk program nie.
Sekalung tahniah kerana jayakan program berunsur pemantapan ukhuwwah nie.

Selalukanla anjurkan program mcm nie, yang ada pengisian skali.
Mantapkan ukhuwwah antara batch, sbg langkah pertama utk berukhuwwah dengan org dr semua peringkat insyaAllah.

Ahmad Naqiuddin said...

ape2 pon..
klu post korang ade gamba aq, mmg post korang best..
klu x de
mmg hambar
hahahah

Hamdi Ali said...

sis belle: iA
bro naqiu: owh, gtu ek?? time kaseh ye.. haha
pasni bleh fight ngan soleh...

Hamba Allah said...

salam alaik..

wah..bestnyee..
sedapnye ikhwah2 masak... huhu..
Tahniah!

Aswadsky said...

Welcome to the world of blogging...God, how I wish I could taste yoy guys and your cooking...may you have many more to do in the future~ haha

Hamdi Ali said...

Nur shira: tq. memang meriah! huhu
langit kehitaman: tq 2. jom tukar2 makanan, haha. semoge kite makin dekat pada allah

Post a Comment