Ads 468x60px

Pages

Saturday, January 30, 2010

Musafir: Jelajah Jordan Hari Pertama (siri 1)

Jam menunjukkan 8.05 pagi kami semua seramai 6 orang shabab dan lebih 20 akhowat serta Ustaz Haizal sekeluarga, Ustaz Ridhuan sekeluarga dan Ustaz Solihin sekeluarga berlepas daripada Irbid terus ke destinasi yang berdekatannya iaitu menziarahi ke Ummu Qais maqam sahabat-sabahat NABI yang mulia. Perjalanan jaulah kami dimulakan dengan ucapan taklimat serta penerangan tentang tentatif program yang akan dilaksana selama 6 hari 5 malam daripada pengarah program kami iaitu Ustaz Solihin. Beliau seorang pelajar Yarmouk yang menyambung pelajarannya dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam peringkat MASTER.
Seterusnya disambung pula dengan bacaan doa daripada ustaz, memohon kepada ALLAH S.W.T agar jaulah pada kali ini diberkati oleh NYA dan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Inilah antara tentatif progam kami pada hari pertama iaitu destinasi pertama ke ummu Qais yang mengambil masa selama 45 minit daripada Irbid. Kemudian ke lembah Ghour dan dikatakan ramai sahabat-sahabat NABI S.A.W yang sahid disana.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sebelum bertolak ke destinasi...

Ummu Qais.
Adalah tidak elok sekiranya tidak diceritakan serba sedikit sejarah tempat tersebut. Umm Qais menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah .

inilah kesan-kesan yang masih kekal kesan daripada gempa bumi


Ummu Qais terletak di kawasan berbukit dan memaparkan pemandangan yang memikat mata-mata yang memandang . Dari sini jelas kelihatan Tasik Tiberia (sejarah awal Jordan yang didatangi orang badwi sebelum dirampas Israel), Bukit Golan , juga pemandangan perkampungan di Utara Jordan dan sekiranya bernasib baik dapat melihat tompokan salji di puncak Gunung Hermon ataupun dikenali juga dengan nama jabal al-Syeikh. (Gunung tersebut sentiasa dipenuhi dengan salji terutamanya pada musim sejuk dan pada musim panas kawasan tersebut akan menjadi beku. Gunung tersebut terletak di Syiria dan merupakan gunung tertinggi di Syiria dan menjadi rebutan antara Syiria dengan negara yang hakikat sebenarnya tidak mempunyai negara iaitu Israel. Syiria telah menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan dalam membantu ekonomi negara tersebut).

gunung yang berwarna putih itulah yang dimaksudkan jabal syeikh


Menikmati keindahan pemandangan yang ada.


Kedudukan Ummu Qais yang strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara , hutan berbukit `Ajlun di selatannya , dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa.

Colleseum


Pada awalnya Alexander the Great telah menjadikan Gadara sebagai pusat tentera Ptolemy namun hanya seketika apabila Seleucid mengambil alih Gadara selama 100 tahun pada 198 SM . Tembok bandar yang dibina Seleucid kekal dan terletak berhampiran kawasan meletak kenderaan di sini . Seterusnya Gadara dikuasai Roman dan dihadiahkan kepada Raja Herod dan dipulangkan kepada Roman kembali setelah kematiannya . Gadara kemudian beralih tampuk pemerintahannya kepada kerajaan Byzantine . Awalnya Kristian agak sukar tersebar lantaran agama Greco-Roman telah dominan di sini . Namun berikutan Pemerintahan Milan pada 303 M agama Kristian telah tersebar luas malah sebuah Gereja berbentuk oktagon telah dibina di rangkaian Acropolis .

binaan yang masih lagi kukuh

perigi pada waktu dahulu

salah sebuah penempatan yang masih kekal


Musim panas 636 M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara . Dikatakan bahawa sewaktu perang Salib Gadara telah musnah akibat beberapa siri gempa bumi dan sewaktu Perang Salib II ia merupakan sebahagian dari Kerajaan Jerusalem di samping merupakan medan pertahanan dalam menghalang tentera Arab . Menjelang kurun ke-19 Gadara telah kosong dan penduduk di sini hidup secara nomad . Semasa zaman Othmaniyyah apabila Kanun Tanah Othmaniyyah dilancarkan maka Gadara telah dihidupkan dengan tuan tanah yang baru . Rata-rata golongan miskin menduduki persekitarannya yang kini merupakan pusat bandar Umm Qays. Perbezaan binaan zaman Othmaniyyah adalah dibina daripada batu kapur putih manakala bangunan yang lebih awal darinya dibina dari batuan igneus ( gunung berapi ) yang hitam dan dikatakan batu tersebut berasal daripada Iraq yang kuat dan pejal. Ketika dahulu, binaan bangunan juga menjadi salah satu kemegahan sesebuah kerajaan.

tempat perjumpaan umat Islam pada zaman Othmaniah

Ini adalah muzium tersimpannya banyaknya tinggalan lama


Ummu Qais telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat pada suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya. Walau bagai manapun banyak iktibar yang kita dapat ambil hasil penjelajahan ini dimana Allah SWT telah menunjukkan kepada kita bahawa sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaannya yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka. Jadi marilah kita sama muhasabah diri, kita jadikan ia sebagai peringatan kepada diri kita bahawa walau sehebat manapun kita, ada lagi yang lebih hebat. (ALLAH SWT). bersambung..... (nantikan siri 2)
  • menziarahi maqam sahabat- sahabat Nabi SAW...
  • apakah lembah ghour urdun?
  • Siapakah Sayidina Muaz bin Jabal?
  • Siapakan Amar bin Waqas?
  • Siapakah Sharhabil?
  • Siapakah Abu Ubaidah?
  • siapakah Dhirar bin Azwar?
  • Apakah sumbangan mereka semua terhadap islam?
  • apakah yang telah berlaku kepada mereka?

2 comment:

Solehhuddin said...

Subhanallah! Inilah bukti keagungan dan kehebatan Allah... Semoga kita dapat manfaat dari perjalanan kita di muka Bumi Allah ini. MOga-moga iman kita bertambah kepadaNya. Amin...

Hamdi Ali said...

kebanyakan penempatan yg masih kekal di ummu qais adalah dibina selepas berlakunya gempa bumi yang menggegarkan seluruh bumi syam satu ketika dahulu. adapun binaan sebelum gempa bumi jauh lebih menarik berbanding kotak2 rumah yg kita dapat lihat pada hari ini...
ALLAH yang mempunyai KUASA yg tiada pada selainnya mengatasi segalanya... SUBHANALLAH...

Post a Comment