Jumaat: 01 Januari 2010
Program: Meniti Perhentian Terakhir
Masa: 9.00pagi - 5.00malam
Tempat: Dewan Mudarraj Kuliah Tarbiyah
Ini program pertama tahun baru, 2010...
Program: Meniti Perhentian Terakhir
Masa: 9.00pagi - 5.00malam
Tempat: Dewan Mudarraj Kuliah Tarbiyah
Kami bersiap dengan baju melayu, terus bergerak ke dewan, memandangkan hari ini hari Jumaat, Solat Jummat tengah hari nanti. Tepat pada masanya, majlis terus bermula sejurus kami ambil tempat duduk masing2.
Ini program pertama tahun baru, 2010...
Lanskap pentas Meniti Perhentian Terakhir...
Slot pertama ialah Kursus Jenazah Teori, telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rasyidi bin Ali, pelajar Universiti Muktah, sebelum ini menuntut di KUIS selangor. Kami telah diterangkan dgn kaedah mazhab shafie tentang pengurusan jenazah, bermula memandikan, mengkapankan, mensolatkan dan mengebumikan jenazah. Alhamdulillah, slot yang menarik, dibantu juga oleh Ustaz Mahdi(Master Usul Fiqh) untuk menjawab solaan peserta yang agak rumit.
Ust Rasyidi membentangkan kertas kerja
Makan di kelas kuliah tarbiyah
Kami... Darussalam Crew
Selepas solat Jumaat pula sesi praktikal pengurusan jenazah. Yaqzan, soleh dan Iqbal telah berada dalam satu kumpulan dan Fadhil ke kumpulan lain. Kumpulan kami bertiga telah dibimbing oleh Abang Nazim dan dibantu oleh Akh Zaid. Kami belajar cara menyusun kain kapan, mengangkat jenazah, membersih dan memandikan dengan jenis2 air tertentu, mengkapankan jenazah dan mengkebumikan, belajar cara diturunkan jenazah ke liang lahad. Memang seronok dan sangat praktikal. Banyak maklumat yang kami dapat daripada apa yang dipelajari.
Kami tidak mampu bergelak tawa banyak, walaupun peserta lain gembira dgn gelak tawa kerana lucu dan lawak. Belajar mengurus jenazah bukanlah perkara mainan, kematian pula sangat dekat, bila2 masa ia boleh berlaku. Paling penting, adakah amalan kita sudah cukup? Ampunkan dosa kami Ya Allah....
Kami tidak mampu bergelak tawa banyak, walaupun peserta lain gembira dgn gelak tawa kerana lucu dan lawak. Belajar mengurus jenazah bukanlah perkara mainan, kematian pula sangat dekat, bila2 masa ia boleh berlaku. Paling penting, adakah amalan kita sudah cukup? Ampunkan dosa kami Ya Allah....
Penerangan oleh Abang Nazim, baju hitam, kiri
Peralatan bantuan menguruskan jenazah
Mengkapankan jenazah
Jenazah yang siap
Solat jenazah berjemaah
Mengusung jenazah ke liang lahad
Yaqzan... Ciuman terakhir...
Selepas zuhur, slot disambung dengan sesi Kursus Imam disampaikan oleh penceramah dari kalangan kami sendiri iaitu Akh Firdaus bin Abd Kadir. Banyak hadis telah disampaikan mengenai kelebihan solat jemaah, dan kisah sirah mengenai kedudukan saf dan amaran2 bagi yang meninggalkan keutamaan solat berjemaah. Sangatlah terkesan dihati kami apabila penceramah mengingatkan dengan kata2: "Nabi sangatlah berasa kecewa ke atas ummatnya yang tidak solat berjemaah di masjid, sedangkan tiada keuzuran syraie padanya" Lebih2 lagi pelajar Irbid yang dekat dgn masjid Jamiah, apa tindakan kita? Mana intabih kita.. Ya Allah, banyaknya dosa kami Ya Allah... Kuatkan kami untuk bersama solat berjemaah di masjid. Kami hamba yang ingin mengimarahkan masjid mu Ya Allah!!!!
Akh Firdaus menyampaikan perkongsian darinya
Sesi penutup telah diselitkan dengan persembahan nasyid dari Irbidian, dgn lagu Menanti di Alam Barzakh dan Layar Keinsafan. Walaupun teknikal tidak berapa sempurna, namun mesej yang sampaikan adalah penting dan menyedarkan semua persrta tentang keinsafan dan dekatnya mati dalam meniti kehidupan. Insya Allah...
Irbidian.. Sempoi dan insaf...
Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani... Kami lemah.. Kami hina.. Ampunkan Kami.. Limpahkan keampunan dan perlindungan pada setiap diri kami, Ya Allah.... Tunjuki kami dengan jalan-MU yang lurus. Engkau Maha Hebat, Engkau lah Cinta segala-galanya!!! Kami sayang Allah!!!Ampunkan kami... Terima taubat kami... Allah jua yang terhebat.. Allahu Akbar!!
Moga kita sentiasa mengingati selalu ajal dan kematian. Insya Allah...
Moga kita sentiasa mengingati selalu ajal dan kematian. Insya Allah...
P/S: Secara keseluruhannya objektif tercapai dan sangat menarik apabila dapat berpraktikal, namun sedikit kekurangan kerana tiada slot kursus bilal seperti yang telah diwar-warkan. Namun tidak mengapa, semuanya baik. Pengisian yang mantap! Syabas kepada yang terlibat!
2 comment:
koje,hg terlupe satu perkare. vid oleh rumah bujang.. menarik tuh. boleh menang award..
Opp sori terlupa.. nanti akan keluar dalam post lain ya!!
Post a Comment